CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Backup Arkib Portal Lihat artikel

Tumpaskan Tuan Rumah, Portugal Julang Trofi Juara Euro 2016

11-7-2016 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5180| Komen: 36

Description: Perlawanan tamat Portugal menang 1-0 ke atas Perancis
Oleh Izzah Abbasy

Portugal berjuang habis-habisan selepas menjuarai trofi antarabangsa utama yang pertama selepas mengejutkan tuan rumah Perancis 1-0 pada perlawanan akhir Euro 2016.

Portugal terpaksa beraksi tanpa kapten pasukan Cristiano Ronaldo akibat kecederaan lutut seawal minit ke-25 perlawanan, selepas dirempuh pemain Perancis, Dimitri Payet pada awal babak pertama.


Namun kehilangan Ronaldo tidak mematahkan semangat Portugal untuk terus beraksi dengan cemerlang dengan mengekang pelbagai serangan Perancis yang menguasai perlawanan.

Antoine Griezmann mempunyai peluang untuk meletakkan Perancis di depan pada minit ke-10 namun tandukannya diselamatkan penjaga gol Rui Patricio.

Patricio sekali lagi menjadi penghalang buat Perancis apabila menyelamatkan rembatan pemain Newcastle United, Moussa Sissoko pada minit ke-34.

Perancis turut terlepas peluang untuk berada di depan dalam babak kedua dimana percubaan Olivier Giroud diselamatkan Patricio.

Andre-Pierre Gignac yang menggantikan Giroud hampir memenangi perlawanan untuk Perancis dalam masa kecederaan namun tendangannya terkena tiang.

Perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan dimana Portugal lebih banyak menyerang dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

Walaupun cedera Ronaldo dilihat berada di tepi padang memberikan semangat dan juga arahan kepada rakan sepasukannya.


Pada minit ke-104, tandukan pemain gantian, Eder berjaya diselamatkan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum sepakan percuma Raphael Guerreiro terkena palang lapan minit kemudian.

Pertukaran taktikal yang dibuat jurulatih Portugal, Fernando Santos ternyata membuahkan hasil apabila Eder menjaringkan gol kemenangan seminit kemudian menerusi satu rembatan jarak jauh.

Perlawanan tamat Portugal menang 1-0 ke atas Perancis yang menyaksikan Ronaldo, selaku ketua pasukan menjulang trofi yang julung kali dimenangi skuad Selecao itu.

Kredit : Astro Awani

15

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unhas 11-7-2016 05:52 AM
Kompom ronaldo balon dior taun ni sebab bawak madrid menang champion ngn portugal menang euro
Quote (=_=) 11-7-2016 05:57 AM
unhas replied at 11-7-2016 05:52 AM
Kompom ronaldo balon dior taun ni sebab bawak madrid menang champion ngn portugal menang euro


Quote elastico 11-7-2016 06:06 AM
portugal menang tanpa ronaldo..lepas nih tekanan kat messi,masih lagi takde trofi peringkat antarabangsa
Quote dauswq 11-7-2016 06:11 AM
Pertama kali champion euro cup

Tahniah

Mesti ronaldo semangat tinggi nk main world cup
Quote mommymonster82 11-7-2016 06:34 AM
Oklah tu france kasi can tahun ni..
Kesian gakla since 1975 ..so okla...
Quote Otaku85 11-7-2016 06:50 AM
Portugal main bas.
Quote gagakbiru 11-7-2016 07:13 AM
Quaresma dikaitkan dengan team kedah main final euro tu..mesti naik harga lepas ni
Quote (=_=) 11-7-2016 07:16 AM
Otaku85 replied at 11-7-2016 06:50 AM
Portugal main bas.

Main cantik tapi kalah tak guna jugak..portugal belajar dengan greece 2004 selepas kalah pada mereka kat final
Quote Otaku85 11-7-2016 07:20 AM
(=_=) replied at 11-7-2016 07:16 AM
Main cantik tapi kalah tak guna jugak..portugal belajar dengan greece 2004 selepas kalah pada mere ...

Baik semua team pakat main bas baru seronok tengok match bola sepak :zz
Quote Syd 11-7-2016 07:56 AM
dauswq replied at 11-7-2016 06:11 AM
Pertama kali champion euro cup

Tahniah


Quote Aliaskotonggo 11-7-2016 08:20 AM
main macam taik pun menang...oklah tu.
jangan jadi macam malaysia, main macam taik pun kalah
Quote cutebaby5907 11-7-2016 08:25 AM
yg penting menang x kire la main mcm ape pun
Quote alesandra 11-7-2016 09:13 AM
kesian deschamps masa coach monaco ..champions league kalah ngan porto.dgn france  pulak kalah ngan portugal.badi portugal kah?apa2pun terima kasih kalahkan jarman
Quote lkick2113 11-7-2016 09:20 AM
alesandra replied at 11-7-2016 09:13 AM
kesian deschamps masa coach monaco ..champions league kalah ngan porto.dgn france  pulak kalah nga ...

ntah kenapa, aku nak gelak baca statement ni........

@hzln

Quote lkick2113 11-7-2016 09:22 AM
tapi aku tak puas hati....perancis kalah.....tapi betul la kata orang, element nasib tu penting......
Quote MissMamamia75 11-7-2016 09:43 AM
Sapa sangka PORTUGAL yg duduk tempat ketiga dlm grup..kejap kalah..kejap seri..kejap Menang..mampu jadi JUARA EURO 2016... hip hip hooray buat Portugal..CR7..moga mampu jd juara World Cup pulak..
Quote makkaupurple 11-7-2016 11:05 AM
alesandra replied at 11-7-2016 09:13 AM
kesian deschamps masa coach monaco ..champions league kalah ngan porto.dgn france  pulak kalah nga ...

Selayaknya..benzema dan ben arfa hanya tersenyum sinis
Quote alesandra 11-7-2016 11:18 AM
makkaupurple replied at 11-7-2016 11:05 AM
Selayaknya..benzema dan ben arfa hanya tersenyum sinis

ben arfa tu aku boleh hadam.tapi benzema caprut algerian tu tak payah nak senyum sinis sgt la...ntah2 kalo dia ada.. france tak lepas pun ke final.tak luak laaaa
Quote toksira 11-7-2016 11:35 AM
Syabas Portugal

Aksi ronaldo di luar padang mengalahkan head coach portugal
Amat bersemangat....

Lihat semua komen(36)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.089166 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top