Olivia Golding dikejarkan ke Hospital Southmead Bristol empat minggu lalu apabila dia tidak dapat bergerak selepas mengambil sejenis gas yang boleh membuatkan seseorang ketawa. Doktor mengesahkan bahawa penggunaan gas nitrous oksida(NOS), sejenis dadah boleh menyebabkan penyakit Lichtheim iaitu degenerasi pada saraf tunjang. Menurut ibu berusia 24 tahun itu, dia tidak dapat berjalan dengan betul serta perlu bergantung sepenuhnya kepada kakaknya untuk menjaga dia kesan daripada dadah tersebut. "Fikirkan keluarga anda sebelum mencuba-cuba mengambil NOS. Lihatlah saya sekarang harus hidup dalam keadaan kurang sempurna dan ia amat menyedihkan kerana terpaksa menyusahkan keluarga saya. "Saya selalu khuatir tidak dapat menggunakan kerusi roda dengan cekap kerana saya tidak mampu mengawal kaki dan tangan seperti biasa kerana sudah hilang daya. "Setiap hari saya perlu mengambil empat jenis ubat saraf untuk mengurangkan rasa sakit," ujar Olivia. Dia juga memberitahu, gas berkenaan begitu mudah didapati. Ia dijual dengan mudah di kedai-kedai, di luar kelab malam dan di festival untuk belon. Olivia juga mengakui sekiranya dia tahu akibatnya dari awal, dia pasti tidak akan menggunakannya untuk suka-suka. "Saya mahu semua orang tahu bahawa kesan keseronokan 10 saat tidak setanding dengan kehilangan keupayaan seumur hidup. "Semua ini telah menghancurkan hidup saya. Ya, saya bodoh kerana mengambilnya, tapi saya harap saya tahu akibatnya sebelum saya melakukannya dulu," katanya. Selain kecewa kerana tidak dapat menguruskan diri sendiri, Olivia mendakwa dia juga menerima ancaman daripada netizen yang mempertikaikan keupayaannya sebagai seorang ibu. "Hubungan saya dengan anak saya, Parker sangat menakjubkan. Saya kecewa tidak dapat bermain dengannya, tetapi dia adalah sumber kekuatan saya untuk bangkit dari katil setiap pagi. Jika tidak, saya akan berbaring sepanjang hari. "Bahaya dadah jenis ini perlu didedahkan. Saya mahu orang ramai tahu kesannya kepada tubuh manusia," ujar Olivia dalam wawancara bersama Metro UK. - CARI |
5
Bagus |
14
Marah |
14
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
najib888 replied at 4-9-2018 05:19 PM
Ni ubat tahan sakit orang nak beranak... dah pi buat main kenapa??
Merana seumur hidup...
najib888 replied at 4-9-2018 05:19 PM
Ni ubat tahan sakit orang nak beranak... dah pi buat main kenapa??
Merana seumur hidup...
putericahaya999 replied at 4-9-2018 09:55 PM
kenapa ketawa pun kena beli gas
tonton saje lah hantu kak limah
kerabuBiru replied at 4-9-2018 09:16 PM
Wehh betul kaa..xbahaya ker
Umo 24 dah nmpak tua tp yg ko pegi telan gas turbo keta fast n furi ...
najib888 replied at 2-10-2018 09:16 PM
Ye betul.. N2O2.. nitrus oxide..
utk medical, mixture antara nitrogen dan oxygen adalah 50:50.. ...
ADVERTISEMENT