Eh, ramainya menentang keras hukuman sebat terhadap pasangan lesbian di khalayak ramai. BACA JUGA: Seks Sejenis Dalam Kereta, Pasangan Lesbian Disebat Depan 100 Saksi Laman sosial sesak dengan pendapat masing-masing berhubung kes sebat di khalayak ramai yang dikenakan terhadap pasangan kekasih songsang di Terengganu. Bagaimanapun, ramai yang bersimpati dengan nasib kedua-dua wanita itu dan mengecam hukuman yang dijalankan. Menerusi ruangan komen, boleh dikatakan majoriti yang tidak bersetuju dengan hukuman itu adalah golongan bukan Muslim yang menurut mereka ia merupakan satu tindakan kejam kerana memperlakukan wanita seperti haiwan.
Hukuman kejam dan zalim! Isu ini secara tidak langsung mencetuskan perbalahan di kalangan pengguna media sosial. Yang meroyan isu sebat ni, buat jenayah ke? "Benda dah tertulis dalam Al-quran dan hadis, jadikanlah sebagai panduan," komen netizen. Kenapa nak marah sangat? Sementara itu, orang ramai meminta mereka yang tidak jelas mengenai prosedur hukuman supaya mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sebelum mengecam dan menghina. "Sebarkan video hukuman sebat supaya orang bukan Muslim faham bagaimana ia dijalankan," kata netizen. Dalam pada menerima kecaman hebat, masih ada segelintir netizen bukan Muslim menghormati dan menyokong hukuman yang ditetapkan mahkamah Syariah. Pengajaran supaya tak langgar fitrah alam Semua agama mengajar kita menjadi baik dan menghormati antara satu sama lain. Terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai, tetapi janganlah menggunakan kata-kata kesat dan menghina jika tidak dapat menerimanya. - CARI
|
17
Bagus |
23
Marah |
27
Terkejut |
31
Sedih |
16
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 4-9-2018 02:19 PM
Sajat.. ko jgn gi ganu
ADVERTISEMENT