Aktor tersohor, Rosyam Nor menyatakan wataknya sebagai Tailong dalam filem terbaru terbitan Skop Productions dan Grand Brilliance, 'KL Gangster 2' merupakan watak paling jahat yang pernah dilakonkan. "Watak Tailong dalam filem terbaru arahan Syamsul Yusof ini merupakan watak paling jahat pernah saya bawakan berbanding watak jahat sebelum ini di dalam filem 'Lenjan' dan 'Castelo'. Saya diberi peluang untuk memegang peranan yang kena dengan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon yang telah lama terlibat dalam dunia seni. Saya harap filem ini dapat menarik peminat-peminat dari kalangan generasi baru," jelas Rosyam ketika ditemui di tayangan filem 'KL Gangster 2' di TGV One Utama, Damansara pada Isnin. "Saya andaikan watak Tailong sebagai binatang reptilia. Saya harus ingat bahawa ini bukan sahaja lakonan, tetapi saya harus membuat penonton merasakan benci dengan watak yang saya bawa. Saya mahukan watak ini bukan sahaja jahat dari segi aksi, tetapi perlakuan, perbuatan dan segala-galanya," tutur hero filem 'Castello' ini. Mengulas mengenai pengalamannya bekerja dengan pengarah muda seperti Syamsul, Rosyam menjelaskan yang dia merasakan pengalaman ini sebagai satu cabaran. "Apabila saya kerja dengan pengarah muda, saya kena lihat apa yang Syamsul mahukan. Sebagai seorang pelakon, saya perlukan cabaran. Saya harus melihat kepada fizikal saya dan harus kekalkan untuk berlakon dalam filem aksi seperti ini. Saya kena pastikan fizikal saya dalam keadaan bagus untuk bekerja dengan pengarah muda. Saya buat semua babak aksi dalam filem ini, kecuali satu babak," cerita Rosyam lagi. Rosyam juga menjelaskan yang dia takut dalam membawa peranan ini kerana dia merasakan tanggungjawab ini sebagai sebuah tanggungjawab yang besar. Memandangkan filem sebelum ini telah sukses dan barisan pelakon lain juga telah berjaya membawakan watak masing-masing, Rosyam cuba untuk melakukan kelainan dalam mewarnai watak ini. Dalam pada masa yang sama, Rosyam menjelaskan yang dia rasa sangat kecewa dengan filem ini yang telah tiris di laman internet sebelum waktu tayangan. "Saya kini kurang berlakon drama ataupun filem. Saya rasa sangat sedih. Saya ingin orang lihat aksi saya di layar perak. Saya sendiri pun belum melihat filem ini kerana saya mahu melihat filem ini bersama-sama dengan penonton di pawagam. Jadi, saya sangat kecewa dengan hal ini. Kini saya cuma berharap peminat dapat menonton dan menyokong filem ini apabila ditayangkan di pawagam kelak," ujar Rosyam mengakhiri perbualan.
|
maxim posted on 11-9-2013 09:29 AM
part ending time gado2 tu best gile.. sorg2 je beliau lawan aaron ngan ady bebir ...
Suchi posted on 11-9-2013 09:31 AM
ko dah tgk eh
kan dia kata mmg saja nak bg org nyampah
so dah berjaya lah sbb ko geli hahaha
beldandy posted on 11-9-2013 09:32 AM
last week masa kat umah adik aku depa duk tgk citer tu kat lappy..donlod torrent katanya
tp aku l ...
maxim posted on 11-9-2013 09:34 AM
haah tailong watak baru..tp sbb ni pre-kuel kan, kira cam watak sebelum KLG1 la
maxim posted on 11-9-2013 09:33 AM
tu la..watak camni sesuai la..xyah la nak jadik "Danish"..lagik la nak muntah
maxim posted on 11-9-2013 09:29 AM
part ending time gado2 tu best gile.. sorg2 je beliau lawan aaron ngan ady bebir ...
Suchi posted on 11-9-2013 09:42 AM
so sapa menang?
jangan bitau iols yang aron kayu jati tu lak yg menang
ADVERTISEMENT