CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Tak Layak Jadi Juara, Tapi Nombor 10!" - DSV Takkan Mohon Maaf Pada Aishah

29-8-2018 10:15 AM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 41318| Komen: 357|Original author: Oleh: Ain

"Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin... 'you take it or leave it'."

Datuk Seri Vida (DSV) memberi kata dua kepada penyanyi Aishah yang mendakwa rantai emas putih bertatah batu permata diterimanya sebagai hadiah kemenangan Gegar Vaganza 2017 adalah palsu.





mStar Online melaporkan, DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bertegas untuk tidak memenuhi permintaan Aishah yang mahukan wang tunai atau barang kemas sama nilai, sebaliknya menawarkan Lavida Coin sebagai pertukaran.

"Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000.

"Kenapa saya perlu bagi duit pula kat dia? Lagipun rantai itu saya bagi seikhlas hati.

"Kalau dia tak nak Lavida Coin bermakna dia orang paling rugi atas muka bumi ini," katanya kepada mStar Online.



Tambahnya lagi, rantai berkenaan sebenarnya tiada dalam senarai hadiah utama bagi juara GV4. Jadi, beliau berhak menolak permintaan Aishah.

"Saya nak pihak Astro jumpakan saya dengan Aishah sebab hadiah itu bukan ditawarkan kepada juara seperti yang diuar-uarkan.

"Saya bagi atas dasar ikhlas dan tiba-tiba dia buat begini pula. Saya mahu nama saya dibersihkan," katanya.

Terkilan diperlakukan sedemikian rupa, DSV mencadangkan gelaran juara Aishah ditarik memandangkan rantai berkenaan bukannya ganjaran utama, sebaliknya hanyalah hadiah tambahan.


Kredit foto: IG Aishah/DSV

"Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik... dia tak layak dapat nombor satu tapi nombor 10.

"Buat apa saya nak minta maaf. Saya tak buat apa-apa salah. Lagipun rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu," katanya.

Bagaimanapun, ramai di kalangan netizen bersependapat dengan Aishah mengatakan barangan kemas berkenaan kelihatan palsu. 

Kalau benar, malulah DSV menganiayai orang lain. Namun, jika salah orang ramai harus memohon maaf kerana telah memfitnah dan mencemar imej DSV. - CARI
18

Bagus
21

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
20

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 29-8-2018 10:22 AM
rantai emas putih tu mmg tak palsu kan. yang palsu tu batu permata dia. ko ni pun vida ... kalau bagi ikhlas .. tak payah la nak uar2kan harga rantai tu 80k kalau ko tau nilai dia cuma berapa ringgit sangat. sbb mulut ko gatal tunjuk harga gah macam tu yang buat org marah.
Quote taji2906 29-8-2018 10:25 AM
aikkk... pulak dah dia nak suh tarik balik kemenangan.. sebab tak bersyukur dgn hadian rantai pelesu rm80k tu ka? ahahhahaha.. vida makin hurmmm....
Quote borrow 29-8-2018 10:27 AM
sombongnya ....
Quote dinopower2 29-8-2018 10:27 AM
pittjie replied at 29-8-2018 10:22 AM
rantai emas putih tu mmg tak palsu kan. yang palsu tu batu permata dia. ko ni pun vida ... kalau bag ...

bygkan pamoga bodoh bleh sembuh kanser modal rm20 jual rm200....mana la tak kaya

stop la vida senget oooi....
Quote adda001 29-8-2018 10:28 AM
sombong dan riak betul dsv ni.
Quote lilacomot 29-8-2018 10:30 AM
dasar penipuu...xnk ngaku salah tu dh kantoi..pigidahhh..kaya atas penipuan duit org je laa ko ni
Quote manehnya 29-8-2018 10:32 AM
pehall la dua dua makcik nih...
Quote Denco 29-8-2018 10:32 AM
Edited by Denco at 29-8-2018 10:33 AM

minah muka mcm sotong ni mmg aku x penah berkenan

jahat betul ko buat aishah eh ...hanat sgt perangai org kaya mcm ni
Quote prettyuglybabe 29-8-2018 10:32 AM
hanetnya mulut pompuan ni..
just say sorry je tak boleh ke..
dah sah-sah pakar cakap tak ori..
Quote pittjie 29-8-2018 10:33 AM
dinopower2 replied at 29-8-2018 10:27 AM
bygkan pamoga bodoh bleh sembuh kanser modal rm20 jual rm200....mana la tak kaya

stop la  ...

cam ne ya nak convince customer2 dia not to buy product dia? bukan la nak dengki dgn melayu berniaga tapi nampak sgt ketidak jujuran dia ni meniaga. propa merata.
Quote kucen 29-8-2018 10:35 AM
dinopower2 replied at 29-8-2018 10:27 AM
bygkan pamoga bodoh bleh sembuh kanser modal rm20 jual rm200....mana la tak kaya

stop la  ...

tak tau kenapa masih ade orang nak percaya pamoga tu
Quote keds 29-8-2018 10:36 AM
Ratu Propa .......
Quote Andyscenes 29-8-2018 10:36 AM
DSV hmmm... sudah riak lagi takbur
Quote BoongaKertas 29-8-2018 10:37 AM
teruk nya dsv ni...omg. mmg org2 kaya ni bongkak ke? susah sgt ke nak merendah diri mohon maaf. nak gak tu tegakkan benang basah! aishah siap ada report pakar kot, apehal beria makcik vida ni nak main wayang lg?? eh iols emo org2 tua kena tipu ni. tak berkat lah kaya chuols tu makcik vida oiiii
Quote RooneyMara 29-8-2018 10:40 AM
Sombong nya ayat dia!
Quote gam_gajah 29-8-2018 10:41 AM
bila la agaknya vida ni nak jatuh terlungkup
Quote lee_sakura 29-8-2018 10:42 AM
aku rase kalau dsv jumpa aishah, dsv akan memekik terjerit telolong bising marahkn aisyah....sbb die ni ego, angkuh dan sombong...aisyah suruh mtk maaf je tp di pulak putar belit mcm die mangsa keadaan...bodoh punya dsv
Quote myakayina 29-8-2018 10:44 AM
jgn bongkak sangat lah DSV..
Quote ygarif 29-8-2018 10:44 AM
Aishah patut berbincang secara peribadi, bukan wat heboh tak habis2

Lihat semua komen(357)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.190801 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top