KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2013: Sungguhpun hanya bergelar ibu tiri kepada pelakon Nabila Huda, Nourish Hassan turut risau dengan kemalangan yang menimpa anak dan cucu kepada suaminya, Amy Search, petang kelmarin. Lebih daripada itu, Nourish menjelaskan lebih lanjut mengenai pengakuan Amy yang menyifatkan kemalangan tersebut sebagai satu pentunjuk kecil untuk Nabila. "Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf. "Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis. Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya. "Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah," jelasnya dalam sebak sehingga menitiskan air mata. Meneruskan cerita, Nourish memberitahu Amy sangat terasa hati apabila anaknya itu tidak pulang berhari raya dengannya, sebaliknya dia sempat meluangkan masa beraya di rumah rakannya di Singapura. "Itulah doa dari seorang bapa yang betul-betul mengambil berat terhadap anaknya. Sesungguhnya, tanpa doa dan restu daripada bapa dan ibu, apa yang dihajati anak tidak akan tercapai. "Saya tidak boleh menyorok lagi perasaan saya. Saya sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Saya hanyalah ibu tiri saja. Saya tahu, Amy dan Nabila ada sedikit krisis sebelum ini. Saya juga tahu, abang Amy pergi ke hospital pun disebabkan dia amat merisaukan cucunya itu. Saya betul-betul berharap dengan kejadian yang berlaku ini sedikit sebanyak mampu merubah hati Nabila," katanya.
|
onetwonine posted on 10-9-2013 12:51 PM
UALA LUMPUR, 9 SEPT 2013: Susulan daripada kemalangan yang menimpa pelakon Nabila Huda semalam, bapa ...
p.timur3831 posted on 10-9-2013 12:51 PM
knp lh nourish ni x abs2 nk bg statement psal amy n nabila???kalau bleh, jgn lh dsharekn masalah fam ...
ADVERTISEMENT