Siapa sangka fesyen Islamik juga mampu terpilih untuk diperagakan di pentas fesyen di New York. Bertuah sekali bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed apabila tudung-tudung rekaannya telah terpilih untuk diperagakan bersempena PLITZ New York Fashion week 8 September yang baru berlalu. Rekaan yang menarik dan ceria oleh Norjuma nampaknya berjaya menaikkan kembali permintaan pasaran terhadap tudung bawal yang menurun populariti disebabkan kemunculan tudung ‘sarung’ yang memiliki awning. Tambahan pula harga tudungnya sangat berpatutan.
Kepada yang berminat, apa lagi, lepas ni boleh borong tudung bawal Norjuma banyak-banyak untuk dipakai ke mana saja. Kredit gambar, Facebook Aidijuma.
|
nurfariezza posted on 10-9-2013 01:16 PM
rsenye ikut pattern jgak..
ari 2 i ade bli yg byk tone, mmg kureng la...color cpt luntur n b'bulu ...
ADVERTISEMENT