Sebut saja mengenai 'air', ia sudah cukup untuk mencetuskan perseteruan lama antara Malaysia dan Singapura. Selama lebih setengah abad Singapura bergantung harap pada bekalan air mentah daripada negara kita, kini perjanjian itu 'terancam' seiring dengan kehendak Malaysia yang ingin menampung beban hutang negara. Situasi ini menjadikan hubungan antara kedua-dua negara kembali tegang.
Menurut laporan Associated Press (AP), semalam Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya ingin menaikkan harga jualan air mentah kepada Singapura sehingga lebih sepuluh kali ganda berbanding kini yang hanya dijual pada harga 3 sen untuk setiap 1,000 gelen. Susulan itu, pelbagai reaksi diberikan netizen dari kedua-dua negara berhubung isu perjanjian air ini. Perjanjian berat sebelah "Agak-agaklah, takkan nak kekal 3 sen untuk setiap gelen dalam keadaan sekarang ni," komen netizen. Dalam masa sama, segelintir netizen mempertikaikan mengapa Malaysia perlu mendapatkan bekalan air terawat daripada Singapura. Malaysia tak boleh proses air terawat sendiri? Sementara itu, tindakan Tun M menggesa penyemakan semula perjanjian itu sangat dipuji sebilangan rakyat yang sebelum ini berasa bagai 'ditindas' pemerintah terdahulu. Jangan main-main dengan Tun M! "Berbelas tahun kita 'tunduk' kepada Singapura, baru kali ni boleh angkat kepala sikit," luah netizen. Pun begitu, isu ini turut mendapat perhatian netizen dari negara jiran yang mempertahankan pendirian pemimpinnya untuk tidak tunduk dengan permintaan Malaysia. Malaysia, jangan main-main dengan Singapura! Dalam pada itu, ada juga yang mempertikaikan tindakan pemimpin pada 1987 yang menolak untuk melakukan semakan semula harga air. Bagaimanapun, beberapa netizen membidas kritikan itu dengan mendakwa tidak adil jika hanya Tun M dipersalahkan tanpa membabitkan dua bekas PM sebelum Tun kembali berkuasa iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Apa pula pandangan pembaca berhubung isu ini? Adakah anda bersetuju dengan Tun M untuk menaikkan harga air itu? - CARI
|
30
Bagus |
22
Marah |
28
Terkejut |
25
Sedih |
27
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fofuler replied at 14-8-2018 04:29 PM
Kenapa wartawan cari sekarang ni suka buat artikel pastu tempek screenshot tweets atau fb comments n ...
precious_chicas replied at 14-8-2018 05:29 PM
takyah heran kalau tetiba raja selatan berbunyi...heheh.
Dulu lagi tunM masa dia PM-4 dah usulkan ...
ADVERTISEMENT