Seorang lelaki maut selepas dia sengaja merempuh pesawat yang diterbangkannya ke rumah sendiri dipercayai untuk membunuh isterinya.
Memetik The Sun, Duane Youd dari Payson, Utah, Amerika Syarikat, melakukan serangan 'luar biasa' itu beberapa jam selepas dia ditahan kerana melakukan keganasan terhadap isterinya. Jurucakap polis, sarjan Noemi Sandoval berkata, isteri dan seorang kanak-kanak yang berada di dalam rumah berkenaan bagaimanapun, terselamat daripada serangan itu selepas berjaya melarikan diri walaupun bahagian depan kediaman dua tingkat itu sedang marak dijilat api. Menurut laporan, kejadian berlaku pada jam 2.10 pagi Isnin (waktu tempatan) dan pKredit foto: The Sun/AP Youd kemudian meminta untuk pulang ke rumah bagi mendapatkan trak dan barang-barangnya pada tengah malam. Beberapa jam kemudian, dia berlepas dari Lapangan Terbang Spanish Fork-Springville kira-kira 15 batu dari rumahnya menuju ke kawasan kejiranannya sebelum bertindak merempuh rumahnya sendiri. Rekod mahkamah dalam talian menunjukkan bahawa Youd pada 23 Julai bersetuju untuk menghadiri sesi kaunseling perkahwinan dan keluarga selama enam bulan sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan selepas didapati melakukan keganasan rumah tangga pada 8 April. - CARI
|
18
Bagus |
26
Marah |
35
Terkejut |
22
Sedih |
12
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT