“Kami perlu teruskan perjalanan ini. Kami tidak akan tunggu. Kami tidak akan bazirkan masa mempertahankan Najib."
Tan Sri Annuar Musa berkata demikian ketika mengulas mengenai mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. Memetik MalaysiaKini, Setiausaha Agung Umno itu turut menyifatkan Najib sebagai 'beban'. “Kami dalam Umno tidak boleh bawa beban ini selamanya. Perlu diputuskan. Jika ini semua tanggungjawab beliau (Najib)," katanya seperti dipetik The Malaysian Insight. Tambah Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, Najib kini hanya ahli parti, bukan lagi Perdana Menteri mahupun presiden parti. Jadi, tiada kepentingan bagi parti untuk menyokongnya lagi. "Parti lebih penting berbanding mana-mana individu. Kami tidak akan tunggu Najib selesaikan kesnya di mahkamah,” katanya.
Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Najib tidak 'makan hati' dengan kenyataan Annuar Musa. “Saya harap Najib tak tersentak hati atau terasa hati dengan pendapat-pendapat yang sedemikian. “Saya juga tidak mengharapkan minda dan perasaannya terganggu dengan komen yang sedemikian serta lalui proses perundangan yang sedang dijalankan ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan,” katanya. - CARI
|
16
Bagus |
15
Marah |
23
Terkejut |
10
Sedih |
34
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dodolgemokgila replied at 9-8-2018 03:27 PM
Cacai dan lobai jah masih gigih menjilat jubo najib.
ADVERTISEMENT