Seorang ibu durjana sanggup membunuh bayinya yang baru sahaja dilahirkan, hanya kerana bayi itu berjantina perempuan.
Memetik laporan Hindustan Times, suspek, Reeta Devi dikatakan tidak mahu lagi anak perempuan kerana sering bertengkar dengan suaminya mengenai dua anak perempuan mereka yang lain sebelum kelahiran anak ketiga ini. Timbalan Pesuruhjaya Polis, Vijay Kuma berkata, hasil bedah siasat mengesahkan bayi tersebut mati akibat dicekik, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh. “Devi telah ditangkap selepas tiada bukti menunjukkan suaminya, Asharfi Mahto melakukan perbuatan itu.” Difahamkan, wanita berusia 32 tahun itu melahirkan anak ketiganya kira-kira pukul 3.50 pagi di sebuah hospital di Montinagar, Ahad lalu.
Tambah Vijay Kumar, bayi yang dilahirkan dalam keadaaan sihat itu didapati sudah tidak bernyawa lagi selepas dua jam kemudian dengan kesan hitam pada hidungnya dan bibirnya. "Kemudian doktor segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki bayi terbabit dibunuh oleh ibunya ketika bayi itu ditinggalkan bersendirian." - CARI |
60
Bagus |
36
Marah |
35
Terkejut |
46
Sedih |
26
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT