SIAPA sangka, bermula dengan penyertaan teater di sekolahnya, Liam Hemsworth semakin menyerlah dalam bidang lakonan dan menjadi antara bintang popular di Hollywood. Hakikatnya, aktor Australia ini mengikut jejak langkah dua abangnya, Luke Hemsworth dan Chris Hemsworth yang turut mempunyai nama di layar perak. Bagi Hemsworth, hubungan mereka tetap mesra, walaupun terpaksa bersaing sesama mereka. “Kami adik-beradik yang sentiasa kompetitif. Persaingan itu adalah satu perkara yang bagus,” kata aktor tampan ini. Mengimbau penglibatan awalnya dalam bidang seni, Hemsworth menghadiri uji bakat sejak berusia 16 tahun dan memulakan kariernya yang pertama pada 2007 sebagai pelakon jemputan dalam rancangan Home and Away and McLeod’s Daughters. Peranannya sebagai Josh Taylor dalam Soap Opera Neighbours dan sebagai Marcus dalam siri televisyen kanak-kanak, The Elephant Princess, turut berjaya mengetengahkan bakatnya sebagai bintang remaja ketika itu. Hemsworth, kemudiannya berjaya membuktikan 'taringnya', apabila menerima tawaran untuk memegang membintangi filem The Expendables (2009) di samping bintang lagenda, Sylvester Stallone. Bagaimanapun, wataknya dikeluarkan dari skrip dan kemunculannya hanya dapat disaksikan menerusi The Expendables 2 (2010). Penangguhan itu berlaku atas permintaan abangnya sendiri, Chris, yang bertujuan untuk memberi laluan terhadap peranan utama Hemsworth dalam filem Thor (2011). Bagaimanapun karier seninya mula menyerlah selepas menerima gelaran “ The Next Generation of Hollywood’s Leading Men” oleh majalah Details pada 2010. Gelaran itu sekali gus meletakan Hemsworth sebagai aktor yang laris di Hollywood. Tuah cinta lokasi Populariti yang memuncak ketika itu, membuatkan Hemsworth turut dilamar membintangi filem Amerika, The Last Song, di samping Miley Cyrus. Membawa watak sebagai pasangan kekasih, siapa sangka cinta lokasi turut dibawa hingga ke luar penggambaran. Pernah bertunang, hubungan pasangan ini bagaimanapun sering dilanda masalah. Atas nasihat teman-teman, Hemsworth terpaksa menjauhkan diri daripada Cyrus. "Sikap Cyrus selalu memalukan Liam sedangkan nama aktor itu sedang meningkat naik di Amerika. Sekiranya berterusan ia boleh memberi kesan negatif terhadap karier Liam," kata sumber. Namun, jika di pandang dari sudut positif, kisah-kisah cinta mereka turut menyumbang terhadap populariti Hemsworth. Di saat hubungan yang masih terjalin, Hemsworth turut menerima banyak tawaran lakonan. Selain membintangi filem Arabian Nights, arahan Chuck Russell, aktor ini turut diberi peranan utama sebagai Gale Hawthorne dalam filem The Hunger Games. Di usia 23 tahun, Hemsworth turut memenangi kategori Fave Kiss menerusi Nickelodeon Australian Kids’ Choice Awards 2010 dan berkongsi kemenangan itu bersama Cyrus. Malah 2012 adalah tahun yang cemerlang buat anak kepada pasangan Leonie dan Craig Hemsworth ini dan ianya turut diakui oleh Presiden Australians in Film (AiF), Andrew Warne yang menyatakan karier seni Hemsworth kian bersinar. Babak intim dalam Paranoia Nekad melupakan kisah cintanya dengan Cyrus, aktor kacak ini semakin rancak mengatur karier seninya. Kembali dengan peranan utama menerusi filem, Paranoia, Hemsworth yakin kemunculannya kali ini bakal menggegarkan Hollywood. Bergandingan bersama Gary Oldman dan Harrison Ford serta bintang cantik, Amber Heard, filem ini dijangka berada di pawagam pada 12 September ini. Diarahkan oleh Robert Luketic, dan layar skrin oleh Barry L. Levy serta Jason Dean Hall, filem ini diadaptasi daripada novel dengan judul sama oleh Joseph Finder pada 2004. Paranoia mengisahkan kesempitan yang dialami oleh seorang pemuda, Adam Cassidy (Liam Hemsworth) yang diperintahkan oleh ketuanya, Nicholas Wyatt (Gary Oldman) untuk mengintip Jock Goddard (Harrison Ford) iaitu bekas mentor Nicholas sekali gus pesaing perniagaannya. Nicholas dan Jock berperanan sebagai ketua di sebuah syarikat perniagaan bersaing sesama sendiri demi meraih keuntungan. Namun, dia terkejut apabila menyedari bahawa dia hanya dipergunakan oleh Nicholas dan juga Jock. Tak ingin terjebak dengan masalah, Adam mencari jalan untuk menjatuhkan dua ketua tersebut. Selain sarat dengan pelbagai aksi suspens, filem ini turut menampilkan adegan intim Hemsworth dengan Amber Heard. Malah, disebabkan adegan itu, pasangan ini juga turut dikaitkan dengan hubungan cinta lokasi. Bagaimanapun, bagi segelintir pengkritik filem, ia hanyalah sebagai pelaris filem itu, sementelah Hemsworth baru saja putus tunang dengan Cyrus.
|
nurelle posted on 8-9-2013 02:57 PM
Iolls kenal dia ni lepas tunang ngn miley je..
tu pun sebab memati ingat miley bertunang dgn Thor ...
teeYaa posted on 9-9-2013 04:45 PM
teringat satu lawak ni iolls baca kat 9gag.. tapi tak jumpa plak. tapi lebih kurang gini la..
ADVERTISEMENT