CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kendall Jenner 'Cabut Lari' Lepas Anjing Peliharaan Gigit Kanak-kanak

6-8-2018 06:23 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 5129| Komen: 12|Original author: Oleh: Ain

Description: Anjing peliharaan model terkenal, Kendall Jenner dilaporkan menggigit seorang kanak-kanak perempuan ketika dia sedang bersiar-siar dengan kekasihnya, Ben Simmons.
Anjing peliharaan model terkenal, Kendall Jenner dilaporkan menggigit seorang kanak-kanak perempuan ketika dia sedang bersiar-siar dengan kekasihnya, Ben Simmons.


Kredit foto: People

Memetik TMZ, polis dilaporkan telah menghubungi Kendall berhubung perkara itu.

Sumber pihak berkuasa memaklumkan kepada portal berkenaan bahawa Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) menerima panggilan pada pagi Ahad mengenai seorang kanak-kanak yang digigit anjing jenis Doberman Pinscher milik Kendall di Restoran Beverly Glen Deli, Los Angeles.



Difahamkan, mangsa bersama ibunya sedang makan di sebuah restoran berhampiran dengan meja pasangan berkenaan apabila haiwan terbabit menggigit kanak-kanak itu.

Menurut sumber, luka akibat kesan gigitan tidak parah dan staf restoran hanya memberi ais kepada mangsa untuk melegakan kesakitan tanpa memerlukan rawatan susulan.



Bagaimanapun, Kendall dan Simmons sudah membayar bil dan beredar dari restoran sebelum ibu mangsa sempat bersemuka dengannya.

Kendall juga dilaporkan pergi dari restoran itu tanpa meninggalkan sebarang nombor telefon atau nota memohon maaf.

Justeru, mereka menghubungi polis untuk membuat laporan dan kes itu kemudian dirujuk kepada Pusat Kawalan Haiwan.


Kredit foto: IG Kendall Jenner

Aduhai Kendall, macam mana boleh terlepas walaupun sudah pasang abah-abah (harness)? - CARI
11

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
24

Sedih
24

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Spicymami 6-8-2018 09:42 PM
Apalagi sama juta2 la haha
Quote greantea 7-8-2018 08:33 AM
repot polis. pastu saman juta2. pastu pg melancong satu dunia. ala bukan luak pon duit dia.
Quote iloveyou 7-8-2018 08:52 AM
saman la juta2, celah gigi dia je tu nak bayar
Quote dekmieDandy 7-8-2018 09:05 AM
teringat kes Choi Siwon

orang kene gigit tu meninggal lepas kena gigit

jangkitan kuman
Quote MsKoreanfanatic 7-8-2018 09:11 AM
yg sibuk bwk anjing time makan buat apa.. dah susahkan org lain~
Quote Mina2215 7-8-2018 11:08 AM
Tehegeh2 bawak hanjing buat apa kalau tak reti kawal. Menyusahkan masyarakat
Quote MeghanK 7-8-2018 11:11 AM
satu family bimbo
Quote Zaien 7-8-2018 12:55 PM
x tanggungjwbnya tuan hanjeng nih... so bimboo!
Quote snazzydaisy 7-8-2018 03:51 PM
Hmmm, shallow biatch!
Quote nisako 7-8-2018 05:14 PM
saman jgn x saman……….
Quote dani-rox 7-8-2018 09:57 PM
saman kawkaw. jgn bagi terlepas mcm kes apak dia yg langgar keta org sampai mati.
Quote mieymiey 8-8-2018 10:35 AM
Basketball player juga boyfriend dia.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052701 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top