Kesian pasangan kembar ini, tak pasal-pasal kena 'tangkap basah' dengan cikgu. Itulah, siapa suruh berdua-duaan di tangga sekolah selepas sesi persekolahan. Kan dah malu nak ke sekolah.
Insiden melucukan itu berlaku ketika pasangan berkenaan, Syazwan dan Syazwani, 14, menunggu kakak mereka untuk menjemput pulang. Kisah itu tular di laman sosial apabila kakak kepada pasangan kembar itu, Syahirah Shafawiza, 22, memuat naik kisah lucu mereka di Insta Storynya. Esok aku tak nak pergi sekolah! Memetik mStar Online, Syahirah atau panggilan mesranya Angah sepatutnya menggantikan bapanya untuk menjemput pasangan kembar terbabit yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf di Batu Gajah, Perak, namun terlewat kerana perlu menjemput seorang lagi adiknya berusia 11 tahun di sekolah berasingan. Dek kerana lewat tiba, Syazwan dan Syazwani memutuskan untuk menunggunya di tingkat tiga bangunan sekolah selepas tamat sesi persekolah sebelah pagi. Ini semua salah Angah! Cikgu baru Menurut Syahirah, dia dimarahi bapanya selepas menceritakan insiden itu kepada keluarga mereka. “Ayah marah saya sebab lambat ambil mereka kat sekolah. Sebab saya lambat ambillah, kan adik-adik dah kena tegur sebab berdua-duaan,” katanya kepada mStar Online. Mengulas mengenai guru yang 'mencekup' kedua beradik yang mesra dengan panggilan Abang dan Kakak itu, Syahirah menjelaskan tiada perkara serius berlaku kerana semuanya hanya salah faham. “Guru tu mungkin baru atau tak kenal adik-adik saya ni sebenarnya kembar. Jadi, dia mungkin ingat Kakak dan Abang tu pasangan kekasih," katanya. Gara-gara kejadian itu, sekolah mereka diserbu wartawan untuk bertemu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM). Rata-rata netizen terhibur dengan insiden melucukan yang berlaku kepada pasangan kembar terbabit. Takkan cikgu baru tu nak pindah sekolah balik? Alahai, kenapalah mereka menunggu di tingkat atas bangunan sekolah yang sudah sunyi tanpa murid lain. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua orang supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan fitnah, okey? - CARI
|
25
Bagus |
23
Marah |
33
Terkejut |
25
Sedih |
29
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin replied at 27-7-2018 12:00 PM
Cikgu bangang. Dengar explanation tak boleh ke?
palmolive replied at 27-7-2018 12:16 PM
cikgu tu dulu sekolah taliban kah?
kenapalah mereka menunggu di tingkat atas bangunan sekolah yang sudah sunyi tanpa murid lain
armin replied at 27-7-2018 02:51 PM
Ni kisah baru ke lama? Sebab tulis atas tu umur budak tu dah 22tahun.
ADVERTISEMENT