DARI kiri remaja bawah umur, Mohammad Firdaus, Yaser dan Fairuz dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang semalam.
GEORGE TOWN – Tiga beradik dan seorang rakan mereka, yang berdepan 67 pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan serta memiliki barang curi, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen dan dua Mahkamah Majistret di sini semalam. Di Mahkamah Sesyen 1, Mohammad Fairuz Samsuri, 27, bersama-sama dua adiknya, Mohammad Firdaus, 25, dan seorang lagi yang masih di bawah umur serta rakan mereka Mohamed Yaser Yacobpu Ghani, 21, didakwa merompak seorang warga emas berusia 69 tahun serta dua warga asing di Lorong Sungai Dua Gelugor pada pukul 2 pagi hingga 3 pagi 4 Ogos lepas. Hakim Khairul Anuar Abdul Halim membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesalahan berkenaan.
|
AdamBillionaire posted on 7-9-2013 03:02 AM
ni mesti adk bradik tiri atau pegida punya adk bradik..
muka lain2 xserupa..
ADVERTISEMENT