Ada pembaca di sini yang sudah membuat tempahan membeli serbuk arang pemutih gigi? Boleh batalkan sahaja tempahan itu! Kenapa? Ini kerana seorang pengguna Twitter telah menyebarkan satu tangkap layar yang memaparkan muat naik pelajar cemerlang Malaysia, Dr Amalina Bakri di akaun Instagramnya memberikan info mengenai produk itu. Paparan itu menyatakan, ramai netizen telah bertanya kepada Dr Amalina mengenai status serbuk arang yang dikatakan boleh memutihkan gigi.
Bagi menjawab persoalan itu, Dr Amalina telah bertanyakan rakannya yang merupakan seorang doktor gigi. Menurut rakannya itu, dakwaan bahawa arang berkenaan boleh memutihkan gigi adalah penipuan semata-mata! Rakan Dr Amalina menyatakan hanya terdapat dua cara memutihkan gigi iaitu dengan cara memberus gigi dan kedua, menggunakan gel hidrogen peroksida. Rakannya turut yakin dengan kenyataannya dan menganggap dakwaan produk itu mampu memutihkan gigi adalah tidak masuk akal. Netizen yang membaca muat naik tersebut turut mengakui serbuk arang itu akan merosakkan gigi. Seorang pengguna Twitter berkongsikan kenyataan sama yang menafikan bahawa serbuk arang mampu memutihkan gigi. Faktor psikologi juga dikatakan menjadi punca ramai mempercayai ia mampu memberi impak memutihkan. Bukan itu sahaja, bahan ini juga dikatakan mampu menipiskan lapisan gigi. Sementara itu, ada juga yang memberikan petua memutihkan gigi seperti menggunakan kulit oren, kayu sugi atau kayu miswak. Bagi yang gemar membeli produk pemutih ini, tidak usahlah mudah terpedaya. Ramai yang sudah tertipu dengan sabun pemutih viral dan pelbagai produk lagi. Selepas ini kita perlu lebih berhati-hati ya. - CARI
|
12
![]() Bagus |
16
![]() Marah |
12
![]() Terkejut |
24
![]() Sedih |
18
![]() Lawak |
21
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Eva_yy_Ellin replied at 19-7-2018 04:12 PM
Ada petua orang tua-tua, nak putihkan gigi gosok dengan arang.
Mungkin founder ambil daripada petua ...
234126 replied at 19-7-2018 11:14 AM
Hydrogen peroxide tu mmg jadi.just celup je berus gigi (wajib dilute dulu) pastu gosok ikut suka hat ...
samasam90 replied at 19-7-2018 10:07 PM
ada nampak kat ig dr amalina post ne.. terus check online, ada kat watsons.. sis guna jenama apa?
ADVERTISEMENT