Reen Rahim, bukan nama baru dalam industri lakonan. Sudah 5 tahun menceburi dunia seni, namun entah kenapa namanya seakan-akan tidak kedengaran di media sosial walaupun wajahnya banyak memenuhi drama televisyen. Penampilannya yang sopan juga menjadikan dia antara bakat baru yang diminati peminat drama. Namun, apabia Reen memuat naik gambar yang menampakkan sebahagian dadanya ketika bercuti di Greece, ia menimbulkan huru-hara dalam kalangan peminatnya. Bukan apa, yang banyak komennya adalah lelaki yang tidak pernah pun mengikutinya tetapi lebih memberi komen yang sangat 'daring'. Maklumlah, bila gambar seksi yang dipamerkan, maka berduyun-duyunlah lelaki memberi komen yang tidak senonoh. Ada yang terus mengecam Reen. Para pengikutnya turut menegur gaya pemakaian Reen dan mengharapkan Reen berubah. Nampaknya Reen semakin 'daring' hingga membuatkan ramai lelaki gatal tidak segan silu meninggalkan komen nakal. Jadi, siapa yang salah di sini? - CARI |
Orix replied at 28-6-2018 01:30 PM
Muka dia ni kalau tgok iols terus terbayang bini mawi worldddddd
ADVERTISEMENT