Tindakan seorang lelaki warga Bangladesh memecah masuk sebuah rumah di Jalan Sungai Kampung Puah, Lembah Gombak, mengundang padah apabila dia ditahan oleh orang awam.
Harian Metro melaporkan, lelaki yang hanya memakai seluar dalam itu memecah masuk kira-kira pukul 4.30 pagi melalui tingkap dapur. Difahamkan, dia menanggalkan seluar dan baju sebelum masuk ke dalam rumah kerana bimbang pakaiannya tersangkut pada tingkap. Suspek berjaya mengambil beg tangan dan dompet yang mengandungi kad pengenalan mili isteri dan anak-anak mangsa. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata,
"Suspek yang hanya memakai seluar dalam terus berjalan kaki keluar dari rumah mangsa sebelum kegiatannya disedari jiran mangsa yang kebetulan sedang berada di luar rumahnya berborak bersama beberapa orang rakan. "Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan terus ditahan sebelum kumpulan lelaki berkenaan bertindak membogelkannya lalu memaklumkan kejadian kepada mangsa." Susulan itu, mangsa terus menghubungi pihak polis. "Semakan lanjut ke atas suspek, ini adalah kali pertama suspek melakukan kegiatan pecah rumah dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," tambahnya. -CARI
|
1
Bagus |
2
Marah |
2
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
awaynepian replied at 22-6-2018 05:55 PM
sakit pulak hati baca bnda macam ni..
datang sini nak cari rezeki ke nak jadi perompak??
htr balik ...
moonbug replied at 23-6-2018 05:59 PM
Bila nak hantar pulang pendatang-pendatang ni?
ADVERTISEMENT