Tiga bulan penjara dan denda RM6000, hukuman yang dijatuhkan kepada seorang guru mengaji selepas didapati bersalah mencabul anak murid perempuannya berusia lima tahun.
mStar Online melaporkan, Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman kepada Mohd Redzuan Zakarian, 33, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes. Mahkamah juga memerintahkan bapa kepaa seorang anak berusia tiga tahun itu dipenjara jika gagal membayar denda namun Redzuan telah membayar denda tersebut. Walau bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguam Zulhazmi Sharif yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM4,000 kepada RM8,000 dengan seorang penjamin.
Tambah sumber, kesalahan itu dilakukan di ruang tamu rumah tertuduh di Sungai Besi, di sini antara 8 malam dan 9 malam pada 9 Februari 2017. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -CARI
|
6
Bagus |
2
Marah |
8
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT