Sebaik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan cadangan memulakan projek kereta nasional baharu, pelbagai respon disuarakan rakyat termasuk figura politik.
Masing-masing dengan pendapat sendiri sama ada positif mahupun negatif. Hingga kini, rata-rata cenderung memandang negatif cadangan berkenaan. Sehubungan itu, laman Facebook Amran Fans menyuarakan harapannya terhadap kereta nasional baharu yang bakal dikeluarkan agar tidak akan mengamalkan konsep 'copy and paste' seperti sebelum ini. Loading FB Post...
"Ramai yang kata, 'alah, buat kereta nasional pun bukannya rakyat bangga. Beli Wira dia ubah suai jadi Evo, beli Inspira dia ubah suai jadi Lancer'. "Bang, dah Proton keluarkan kereta yang boleh diubah suai, memanglah ramai yang akan ubah suai. Inilah kesilapan Proton, malas nak mampus. Kerja tahu nak copy paste je. "Kesimpulannya, jika mahu rakyat berbangga dengan kereta nasional ni senang je. Berhenti keluarkan kereta copy paste. Buat body sendiri, tapi dalam masa sama reka bentuk nak kena kemas, enjen nak kena mantap," katanya. Rata-rata bersetuju dengan pendapat Amran dan meminta Tun M agar menumpukan kepada penambahbaikan pengangkutan awam. Tak payah membazirlah Tun Bagaimanapun, ramai juga yang masih menyokong produk keluaran Proton selain menyifatkan pembeli lebih memilih jenama berbanding rupa. "Tengok Nissan Almera, hodoh pun orang beli juga sebab jenama 'Nissan'," komen netizen. Sementara itu, segelintir netizen membandingkan kenderaan keluaran Perodua dan Proton dari segi harga pasaran dan penggunaan minyak petrol. Dalam pada itu, beberapa pengguna menyelar tindakan segelintir netizen yang gemar bersungut di laman sosial. "Cuba pergi kelas industri automotif, mesti kau menyesal buat posting macam ni," komen netizen. Setiap keputusan yang kita ambil ada akibat baik dan buruknya. Nak puaskan hati semua orang memang susah. Bagaimana pula dengan anda? - CARI
|
9
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
system_failure: Start dari Gen 2, sume adalah design sendiri..Engine Campro pun buatan malaysia sepenuhnya.Persona, Preve, Suprima semua ni proton generasi baru yg dh ...
ADVERTISEMENT