CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kat Kampus Dah Takda Ruang Studi Ke?" - Student UiTM Diselar Melepak Di Starbucks

12-6-2018 12:18 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 14363| Komen: 81|Original author: Oleh: Whitney


Apabila tiba musim peperiksaan, kebiasaannya perpustakaan-perpustakaan akan dipenuhi dengan para pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran sama ada belajar sendirian ataupun secara berkumpulan.

Bagaimanapun, ada gejala yang dipraktikkan oleh sesetengah pelajar di sesetengah pusat pengajian tinggi awam dan swasta iaitu belajar di restoran seperti McDonald, Starbucks dan kedai-kedai mamak. Ia sudah menjadi trend masa kini bagi pelajar-pelajar yang ingin berjaga dan belajar sehingga awal pagi.

Seorang pengguna twitter dikenali dengan nama Ili telah menaikkan status sekadar bertanya dan ingin tahu tentang gaya hidup pelajar-pelajar UiTM yang dilihat mewah kerana mampu menghabiskan masa belajar di kafe Starbucks. Ia adalah respon kepada status seorang pengguna twitter lain yang mencadangkan agar Starbucks membuka cawangan baru di Shah Alam kerana kafe yang sedia ada sudah terlalu padat.


Suasana di kafe Starbucks yang penuh dengan para pelajar pada musim peperiksaan. Betul-betul study ke melepak?


Ada netizen yang mempunyai pendapat yang sama dengan wanita ini kerana dia turut melihat kebanyakan pelajar sekarang terikut dengan gaya hidup mewah dan tidak cermat mengurus wang pinjaman ptptn yang diberikan.


Netizen memberi komen bahawa pelajar-pelajar yang suka melepak dan belajar di restoran sebegitu adalah yang jenis suka berborak dan membuat perbincangan. Lagipun, mereka boleh makan dan minum serta menggunakan wifi percuma tanpa had. Tetapi, kerajaan Selangor juga ada menyediakan benda yang sama di medan selera. Ke tak cukup standard?


Ramai juga netizen yang tidak selesa dengan trend pelajar sekarang. Maklumlah, restoran dan kedai makan dijadikan tempat mereka belajar sehingga memenuhi ruang dan tiada meja untuk orang lain yang membawa keluarga atau yang ingin melepak di situ.


Pelajar yang mendapat pinjaman ptptn perlulah bijak dan berjimat cermat mengurus wang. Janganlah terlalu terikut dengan trend masa kini yang kadang kala dilihat agak keterlaluan. Apa pendapat kalian? - CARI 

37

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
25

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 12-6-2018 12:35 PM
acah2 orka..zaman kitorang dulu bertebaran je kat tgh lama foyer menara tu hah...study waktu siang le..malam zZzZzzzzz...
Quote prettyuglybabe 12-6-2018 12:38 PM
tak duduk setabak tak urban hipsturrrrrss la kata mereka..
Quote kikuri 12-6-2018 12:42 PM
best la ade starbuck... zaman akak dulu berebutlah kerusi batu area kolej nak stadi reramai sambil makan kuaci... stadi dalam bilik karang ganggu pulak roomate...
Quote noorhairiahma 12-6-2018 12:42 PM
study kat starbucks, penuh dengan student.

habis kami yang nak melepak bergosip membawang ni nak pergi mana?

library????
Quote bintangct 12-6-2018 12:42 PM
Dulu2 sek2 penuh student lepak Skg senduuu jeee.. zmn dah berubah
Quote Themilo 12-6-2018 01:16 PM
untung la duk kampus shah alam.. iols dulu kat dungun mereput ja study dalam kolej rumah papan.. sambil jeling-menjeling bini izzue islam tuh.. huh!
Quote besarkecik 12-6-2018 01:52 PM
Tetiba teringat budak uitm sanggup jadi pengemis mintak pinjam rm100 dekat iols utk lepak dekat stabak baru baru ni.
Quote azimodin 12-6-2018 02:13 PM
zaman iouls dulu MCD jadi mangsa. masa tu wifi limited & telefon paling terkenal pon masih lagi nokia express music. Tapi apalah beza sangat harga MCD dengan starbuck kan. Part PTPTN tu iouls x rasa bersalah pon sebab hutang dah habis bayar. yang penting jangan buat tempat tu macam rumah sendiri. Discuss benda penting lepas habis terus balik. pastu jangan la order air satu tapi duduk macam x reti nak balik.

common sense
Quote AbukRokok 12-6-2018 02:18 PM
ko hingat budak2 jenis ni nk heli ke protin ke protune ke? mesti cari H T dan koman2 kpop
Quote vanillaninja 12-6-2018 02:21 PM
Starbucks dah ganti McD Seksyen 3 sebagai tempat berkuntum para students ke?
Quote munchkin 12-6-2018 02:21 PM
Menyemak je.  dulu study kat library dan dalam bilik je. Koser nak tunjuk study pada orang.
Quote PenjualAPAD 12-6-2018 02:28 PM
Masuk otak ke study bising2 camtu
Quote cairel_azlie 12-6-2018 03:26 PM
dok starbucks tapi minum segelas duduk 5 jam...adehh kesian tokey kedai....
Quote siputsedut 12-6-2018 03:29 PM
Kalau group discussion mcm x sesuai je buat kt library...aku x pernah belajar u kat malaysia so x tau keadaannya mcm mana...brp yuran brp allowance..tp kalau ada duit..why not...yg sesak ujung bln pun diorang...bkn kita
Quote siputsedut 12-6-2018 03:32 PM
munchkin replied at 12-6-2018 02:21 PM
Menyemak je.  dulu study kat library dan dalam bilik je. Koser nak tunjuk study pada orang.

Meols dlu xleh stadi dlm bilik..roomate aku chinese prc...masuk je bilik terus bogel...huhu masuk kencing dlm toilet pon bukak pintu..dh la katil aku opposite dia..malam2 nk tido terpaksa pandang dinding..lenguh belakang mengiring sebelah..kalau ngiring sebelah sana nampak la tetek ngn fefet sheols tersembul..dh la penuh hutan belantara..agaknya sbb tu la meols ni bengap sikit..byk tgk aurat org nangis
Quote munchkin 12-6-2018 03:35 PM
Hahahaha. Tercemar pandangan
Quote fly_in_d_sky 12-6-2018 03:41 PM
study kat rumah ...
Quote idakamaruddin 12-6-2018 03:43 PM
Themilo replied at 12-6-2018 01:16 PM
untung la duk kampus shah alam.. iols dulu kat dungun mereput ja study dalam kolej rumah papan.. sam ...

iols kt jengka blk study malam kene intai2 dulu takut ada babi nk melintas hahaha kalau mak babi n anak2 xpe lagi ni takut babi tunggal yg ada tanduk kt mulut tu..dh byk kes pagar runtuh sbb hempuhan cik babi


Quote minahmanja 12-6-2018 04:09 PM
zaman iols dlu study kat cafe kamsis jek... lg best, ngantuk terus balik bilik.. hehehe

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top