Apabila tiba musim peperiksaan, kebiasaannya perpustakaan-perpustakaan akan dipenuhi dengan para pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran sama ada belajar sendirian ataupun secara berkumpulan.
Bagaimanapun, ada gejala yang dipraktikkan oleh sesetengah pelajar di sesetengah pusat pengajian tinggi awam dan swasta iaitu belajar di restoran seperti McDonald, Starbucks dan kedai-kedai mamak. Ia sudah menjadi trend masa kini bagi pelajar-pelajar yang ingin berjaga dan belajar sehingga awal pagi.
Seorang pengguna twitter dikenali dengan nama Ili telah menaikkan status sekadar bertanya dan ingin tahu tentang gaya hidup pelajar-pelajar UiTM yang dilihat mewah kerana mampu menghabiskan masa belajar di kafe Starbucks. Ia adalah respon kepada status seorang pengguna twitter lain yang mencadangkan agar Starbucks membuka cawangan baru di Shah Alam kerana kafe yang sedia ada sudah terlalu padat.
Suasana di kafe Starbucks yang penuh dengan para pelajar pada musim peperiksaan. Betul-betul study ke melepak?
Ada netizen yang mempunyai pendapat yang sama dengan wanita ini kerana dia turut melihat kebanyakan pelajar sekarang terikut dengan gaya hidup mewah dan tidak cermat mengurus wang pinjaman ptptn yang diberikan.
Netizen memberi komen bahawa pelajar-pelajar yang suka melepak dan belajar di restoran sebegitu adalah yang jenis suka berborak dan membuat perbincangan. Lagipun, mereka boleh makan dan minum serta menggunakan wifi percuma tanpa had. Tetapi, kerajaan Selangor juga ada menyediakan benda yang sama di medan selera. Ke tak cukup standard?
Ramai juga netizen yang tidak selesa dengan trend pelajar sekarang. Maklumlah, restoran dan kedai makan dijadikan tempat mereka belajar sehingga memenuhi ruang dan tiada meja untuk orang lain yang membawa keluarga atau yang ingin melepak di situ.
Pelajar yang mendapat pinjaman ptptn perlulah bijak dan berjimat cermat mengurus wang. Janganlah terlalu terikut dengan trend masa kini yang kadang kala dilihat agak keterlaluan. Apa pendapat kalian? - CARI |