CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Dari Parti Amanah Isytihar Harta, Mat Sabu Miliki Harta Paling Kurang

11-6-2018 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9274| Komen: 34


sumber : carian internet


Hasil pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan ketua setiausaha kementerian diwajibkan mengisytiharkan harta mereka, dilaporkan tiga menteri kabinet daripada Parti Amanah merupakan individu yang paling awal mengisytiharkan harta mereka.

Memetik laporan Free Malaysia Today, ketiga-tiga menteri tersebut terdiri daripada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, yang juga merupakan presiden Amanah; Menteri Pertanian Salahuddin Ayub, timbalan presiden dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefli Ahmad, yang merupakan pengarah strategi Amanah.

Berdasarkan laporan, setakat hujung bulan Januari tahun ini, Presiden Amanah itu memiliki jumlah aset bernilai RM688,000. Antaranya simpanan wang tunai bernilai RM105,600, jumlah pelaburannya bernilai RM220,000, aset perumahan yang dimilikinya bernilai RM758,000 yang terdiri daripada 5 buah rumah dan termasuk dua lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Perak. 


Pengisytiharan harta itu dibuat pada 13 Mac tahun ini juga menyatakan beliau tidak memiliki kereta atas namanya sendiri, namun hutang yang perlu dibayar beliau berjumlah RM70,000. 

Timbalan Presiden di Pusat iaitu Salahuddin pula mempunyai jumlah aset bernilai RM740,570, dengan simpanan wang tunai bernilai RM30,570. Setakat bulan September tahun lalu, aset perumahan yang dibawah nama beliau bernilai RM750,000, kereta yang dimilikinya bernilai RM230,000 dan hutang yang perlu dibayar adalah berjumlah RM270,000.

Manakala bagi Timbalan Presiden di Johor iaitu Dzulkefly, setakat kiraan sehingga Oktober tahun lalu, jumlah asetnya bernilai RM1,984,050. Menurut pengisytiharan yang dibuat, beliau memiliki RM71,000 simpanan wang tunai. Setakat Januari tahun ini, jumlah pelaburannya bernilai RM68,250 dan aset perumahan pula bernilai RM2,200,000.

Selain itu, Dzulkefly juga memiliki sebuah rumah di Selangor yang bernilai RM2 juta yang merupakan hadiah bapa mertuanya. 

Perisytiharan harta mereka dibuat sebagai sebahagian daripada kempen Aku Janji yang dilancarkan sejak September tahun lepas.- CARI
6

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 11-6-2018 11:43 AM
Ppbm bila lagi ? Aku nak tengok madey punya brapa
Quote Catpaw 11-6-2018 12:04 PM
aku rasa dah pernah komen dah kat thread ni
Quote noor2 11-6-2018 12:07 PM
Anak nazri teksi lagi kaya dari mat sabu. ....
Quote Burong_Hantuk 11-6-2018 12:16 PM
kaya jugak mat sabu nih.
Quote tensic~ 11-6-2018 12:17 PM
Sian nye sikit nya cash depa
Quote fly_in_d_sky 11-6-2018 12:18 PM
pokaibanktokyo replied at 11-6-2018 11:43 AM
Ppbm bila lagi ? Aku nak tengok madey punya brapa

mamat ni last sekali kot
dia akan sorok tanam dulu kemudian baru boleh isytihar harta


Quote paz 11-6-2018 12:20 PM
Bagus macam ni. Pemimpin sepatutnya macam ni. Nanti bila dah abis penggal esok pun bagitahu juga. senang nak recon.
Quote moonbug 11-6-2018 12:20 PM
Mat Sabu paling banyak cash antara 3 org ni, paling sikit hutang. Kereta takde ke?
Quote ckenj 11-6-2018 12:21 PM
owhh cmtu...
Quote besarkecik 11-6-2018 12:21 PM
Catpaw: aku rasa dah pernah komen dah kat thread ni

{:give

Dejavu ke
Quote idakamaruddin 11-6-2018 12:22 PM
byk jugak simpan cash smpai 100k

Quote cairel_azlie 11-6-2018 12:40 PM
Cash banyk woooooo....yang atas nama proxy boleh tengok tak? ni yg selalu ahli politik buat...guna proxy utk rembat project...
Quote mjla 11-6-2018 12:43 PM
Cam ni sapo pun blh buat
Nak wayang pun agak2 lah
Quote spankee_fili 11-6-2018 12:54 PM
takde skill under table lagi..
tunggu nanti veteran2 ajar..
Quote shamsadis 11-6-2018 12:55 PM
so, apa senarai2 harta yang ada, setakat declare mcm sembang kedai kopi tunjuk sekali buku akaun bank, nama property, investment semua tu
Quote Maideen. 11-6-2018 12:56 PM
Mat Sabu memang seorang yang boleh dikatakan "Harta tiada, rupa pon kurang". Namun
hatinya mulia...

Dia, masa dalam PAS dulu,  kalau pergi outstation, beliau lebih suka menompang dirumah kawan kawannya daripada tinggal di hotel.

Dulu lama jugak Mat Sabu menompang dirumah kawan baiknya (ketika itu) yang merupakan bekas suami kepada isterinya sekarang yang bernama Normah.

Jadi tidak hairan jika Mat sabu tidak banyak harta...

Wallahualam.
Quote dewi_rina 11-6-2018 12:59 PM
Wow cash 100k abam mat
Quote Dunhill. 11-6-2018 01:05 PM
Maideen. replied at 11-6-2018 12:56 PM
Mat Sabu memang seorang yang boleh dikatakan "Harta tiada, rupa pon kurang".  Namun
hatinya muli ...

Kalau ikut rakaman fon tu, memang geli jugak la kerongkong
Quote batmana 11-6-2018 01:11 PM
kalau golongan raja/sultan buat cmni, bgus juga

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.142388 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top