View: 7017|Reply: 34
|
Menteri Dari Parti Amanah Isytihar Harta, Mat Sabu Miliki Harta Paling Kurang
[Copy link]
|
|
sumber : carian internet
Hasil pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan ketua setiausaha kementerian diwajibkan mengisytiharkan harta mereka, dilaporkan tiga menteri kabinet daripada Parti Amanah merupakan individu yang paling awal mengisytiharkan harta mereka.
Memetik laporan Free Malaysia Today, ketiga-tiga menteri tersebut terdiri daripada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, yang juga merupakan presiden Amanah; Menteri Pertanian Salahuddin Ayub, timbalan presiden dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefli Ahmad, yang merupakan pengarah strategi Amanah.
Berdasarkan laporan, setakat hujung bulan Januari tahun ini, Presiden Amanah itu memiliki jumlah aset bernilai RM688,000. Antaranya simpanan wang tunai bernilai RM105,600, jumlah pelaburannya bernilai RM220,000, aset perumahan yang dimilikinya bernilai RM758,000 yang terdiri daripada 5 buah rumah dan termasuk dua lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Perak.
Pengisytiharan harta itu dibuat pada 13 Mac tahun ini juga menyatakan beliau tidak memiliki kereta atas namanya sendiri, namun hutang yang perlu dibayar beliau berjumlah RM70,000.
Timbalan Presiden di Pusat iaitu Salahuddin pula mempunyai jumlah aset bernilai RM740,570, dengan simpanan wang tunai bernilai RM30,570. Setakat bulan September tahun lalu, aset perumahan yang dibawah nama beliau bernilai RM750,000, kereta yang dimilikinya bernilai RM230,000 dan hutang yang perlu dibayar adalah berjumlah RM270,000.
Manakala bagi Timbalan Presiden di Johor iaitu Dzulkefly, setakat kiraan sehingga Oktober tahun lalu, jumlah asetnya bernilai RM1,984,050. Menurut pengisytiharan yang dibuat, beliau memiliki RM71,000 simpanan wang tunai. Setakat Januari tahun ini, jumlah pelaburannya bernilai RM68,250 dan aset perumahan pula bernilai RM2,200,000.
Selain itu, Dzulkefly juga memiliki sebuah rumah di Selangor yang bernilai RM2 juta yang merupakan hadiah bapa mertuanya.
Perisytiharan harta mereka dibuat sebagai sebahagian daripada kempen Aku Janji yang dilancarkan sejak September tahun lepas.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ppbm bila lagi ? Aku nak tengok madey punya brapa |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dah pernah komen dah kat thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
Anak nazri teksi lagi kaya dari mat sabu. .... |
|
|
|
|
|
|
|
Sian nye sikit nya cash depa |
|
|
|
|
|
|
|
mamat ni last sekali kot
dia akan sorok tanam dulu kemudian baru boleh isytihar harta
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus macam ni. Pemimpin sepatutnya macam ni. Nanti bila dah abis penggal esok pun bagitahu juga. senang nak recon. |
|
|
|
|
|
|
|
Mat Sabu paling banyak cash antara 3 org ni, paling sikit hutang. Kereta takde ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw: aku rasa dah pernah komen dah kat thread ni
{:give
Dejavu ke |
|
|
|
|
|
|
|
byk jugak simpan cash smpai 100k
|
|
|
|
|
|
|
|
Cash banyk woooooo....yang atas nama proxy boleh tengok tak? ni yg selalu ahli politik buat...guna proxy utk rembat project... |
|
|
|
|
|
|
|
Cam ni sapo pun blh buat
Nak wayang pun agak2 lah |
|
|
|
|
|
|
|
takde skill under table lagi..
tunggu nanti veteran2 ajar.. |
|
|
|
|
|
|
|
so, apa senarai2 harta yang ada, setakat declare mcm sembang kedai kopi tunjuk sekali buku akaun bank, nama property, investment semua tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut rakaman fon tu, memang geli jugak la kerongkong
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau golongan raja/sultan buat cmni, bgus juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|