Pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak dibenarkan sewa rumah mereka kepada warga asing. Bagi mereka yang mengingkari arahan itu akan berdepan dengan penalti dan hak pemilikan rumahnya akan ditarik balik.
Sinar Harian melaporkan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh selama tiga bulan mulai semalam, pemilik rumah PPR terbabit dikehendaki mengosongkan rumah mereka yang disewa warga asing. Menurut menterinya, Zuraida Kamaruddin, sekiranya pemilik gagal mengosongkan premis berkenaan dalam tempoh tersebut, tindakan pengusiran terhadap penyewa warga asing itu akan dikuatkuasakan. “Tindakan ini diambil adalah bagi memastikan tiada lagi warga asing menduduki rumah PPR dan ini akan dimulakan dengan rumah yang di bawah jagaan KPKT dan seterusnya kita akan bergerak kepada sektor-sektor yang lain.”
Tambah Zuraida, penguatkuasaan tersebut dilakukan dalam memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan untuk mendapatkan rumah selain isu-isu sosial yang sering ditimbulkan oleh warga asing yang menduduki kawasan rumah terbabit. “Pihak kami juga mahu mengawal selia isu harga sewa di kawasan berkenaan yang mana difahamkan kebanyakan warga asing akan menawarkan kadar yang lebih tinggi berbanding rakyat tempatan.” - CARI
|
4
Bagus |
2
Marah |
13
Terkejut |
5
Sedih |
2
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mongoose_kidz replied at 6-6-2018 11:06 AM
byk kali aku baca tajuk dia...mcm x kena je..ke aku yg lampi
mongoose_kidz: byk kali aku baca tajuk dia...mcm x kena je..ke aku yg lampi
azwanaliori replied at 6-6-2018 11:36 AM
Hmm bg rumah kerajaan murah2 buat sublet plak beli bebanyak sewakan balik kat yendon bangla miangmar ...
slavehunter replied at 6-6-2018 01:38 PM
Eh hari tu dia kata lain...dia benarkan warga asing sewa. Dah kena bash buat uturn ker...?
ADVERTISEMENT