"La ni dia (UMNO) nak bertanding (jawatan) ketua pun boleh bertanding. Saya dapati, calon ketua (Presiden) terbaik ialah Khairy."
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Khairy Jamaluddin merupakan calon terbaik untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini bagi memimpin parti terbabit. Memetik BH Online, Dr Mahathir berkata, Ketua Pemuda UMNO itu paling layak menyandang jawatan itu memandangkan parti berkenaan dilihat menjadi kucar-kacir sejak kekalahannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pada pemilihan UMNO kali ini, semua jawatan yang ada bebas dipertandingkan pada hujung bulan ini. Sementara itu, mengulas berkenaan pergolakan politik di Perlis, Dr Mahathir menyifatkan UMNO berada dalam keadaan kucar-kacir sehingga gagal menentukan hala tuju perjuangan mereka. - CARI
|
mommymonster82 replied at 4-6-2018 10:04 AM
Melompatla wak jahid .
cmf_shalom replied at 4-6-2018 11:27 AM
Pada pandangan AK..tun X payah la lagi nk cakap psl calon-calon ..mcadangkan sapa ganti sapa..atau a ...
wirazam replied at 4-6-2018 12:16 PM
saya lebih suka idris jusoh
saladin780 replied at 4-6-2018 12:23 PM
Kan..najib tu pon sape yg pilih dulu
ADVERTISEMENT