CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Minta Nad Zainal Kurangkan Bawa Watak ‘Rentan’

1-6-2018 05:19 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 11284| Komen: 47|Original author: Oleh: Amirah

Description: Selepas mendirikan rumahtangga, Nad Zainal sering menerima watak berat dalam lakonan yang bermain dengan emosi.
Selepas mendirikan rumah tangga, Nad Zainal sering menerima watak berat dalam lakonan yang bermain dengan emosi.

Namun suaminya, Muhammad Faliq Amirudin sudah berpesan untuk tidak selalu menerima tawaran lakonan yang memerlukan dirinya beremosi kerana bimbang ia terbawa-bawa hingga ke rumah.


Foto: IG Nad Zainal
"Alhamdulillah, selepas berkahwin saya lebih banyak ditawarkan dengan watak seperti watak ibu, wanita berkahwin dan drama berat. Saya selesa dan tiada masalah untuk membawakan watak yang bermain dengan emosi. Cuma suami ada ingatkan saya jangan selalu sangat terima watak 'rentan', satu atau dua kali dalam setahun, cukup.

"Sebabnya, saya akui kadang-kadang saya terbawa-bawa emosi itu hingga ke rumah. Kadang-kadang balik dari penggambaran, saya termarah suami. Bukan saja suami, pengurus saya pun saya marah. Tapi mujurlah mereka sebenarnya sangat memahami kerja dan cara lakonan saya," katanya.


Foto: IG Nad Zainal
Dia juga berkongsi tentang perkembangan terbaru dirinya yang kini sibuk dengan perniagaan yang dijalankannya di bazar. Dia menjual kasut, beg tangan dan biskut raya sempena bulan Ramadhan.

"Bulan puasa ni saya tidak jalani penggambaran, jadi saya gunakan masa dengan berniaga di bazaar di merata tempat. Saya jual kasut, beg dan kuih raya. Kuih-kuih itu kawan saya yang buat.

"Untuk raya nanti, telemovie lakonan saya bertajuk Raya Semanis Madu arahan Adlin Aman Ramli akan ditayangkan di saluran Astro," tuturnya pada Malaysian Digest.

Foto: IG Nad Zainal
Ditanya tentang persiapan raya, dia dan suami sudah pun membuat persiapan awal dan tidak sabar menyambut bersama anaknya, Fahad dan ini akan menjadi pengalaman pertama beraya dikampung tidak lama lagi.

"Tahun ini kami sekeluarga akan beraya di rumah ibu bapa kami di Ampang dan kemudian akan pulang ke kampung suami di Johor pada hari raya kedua.

"Persiapan semua awal-awal lagi saya dah buat. Baju Yem (nama timangan anaknya) ada lima pasang, baju saya ada enam pasang dan baju suami ada empat pasang.

Foto: IG Nad Zainal
"Saya tak sabar nak tengok Yem beraya di kampung dengan sepupu-sepupu dia," katanya.

Lama juga tidak nampak kelibat Nad Zainal di kaca televisyen. Kemunculan artis baru banyak memberikan saingan tempat dalam bidang lakonan. - CARI
13

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 1-6-2018 06:15 PM
Kepala dia mmg sejenis kepala besar drpd bdn dia ke?? Ke sbb teknik gmbr??
Quote besarkecik 1-6-2018 06:17 PM
Patutnya tak payah berlakon terus.
Quote LautBiru52 1-6-2018 06:30 PM
Suka tgk yem. Debot
Quote slipar_jepon 1-6-2018 06:34 PM
Laki dia keje ape eh? #tanyeje
Quote lumie 1-6-2018 06:56 PM
Dia ni maintain kurus. Tp cm kurus tak sihat
Quote Victorioussss 1-6-2018 07:48 PM
Muke xhensem banyak lak cekadak
Quote ezacbee 1-6-2018 08:01 PM
Victorioussss replied at 1-6-2018 07:48 PM
Muke xhensem banyak lak cekadak

Kening mana kening.. Hehe
Quote famri7 1-6-2018 08:15 PM
kiah_mai_pulak replied at 1-6-2018 10:15 AM
Kepala dia mmg sejenis kepala besar drpd bdn dia ke?? Ke sbb teknik gmbr??

Dia memanv kepala besar sis..atara artis kepala besar : Betty norsham, Niel
Quote kiah_mai_pulak 1-6-2018 09:02 PM
famri7 replied at 1-6-2018 08:15 PM
Dia memanv kepala besar sis..atara artis kepala besar : Betty norsham, Niel

Tu la.. mcm x balance dgn portion bdn dia tu.. lebih mcm pattern bdk2 lembam
Quote munchkin 1-6-2018 10:29 PM
Makin cantik dia. Tapi bila depan2 boasa je
Quote RatuDunia94 1-6-2018 11:05 PM
Antara retis yg rajin menyemak kat comment ig retis2 di malaysia.. G ig retis a jumpa komen sheols, g ig retis b eh jumpa juga like sheols, g ig retis c pon ada juga. Semak betul. Xde life ke?
Quote cha-cha 1-6-2018 11:23 PM
Laki dia kerja apa? Yeke terbawak2 watak lakonan sehingga termarah2 kat rumah? Ke memang seorang yang pemarah sejak azali?
Quote caprut 1-6-2018 11:25 PM
RatuDunia94 replied at 1-6-2018 11:05 PM
Antara retis yg rajin menyemak kat comment ig retis2 di malaysia.. G ig retis a jumpa komen sheols,  ...

haha. tau xpe
Quote Carcosa 1-6-2018 11:55 PM
Dia ni apsal teruk eh kulit muka dia.
Quote katibism 2-6-2018 12:15 AM
RatuDunia94 replied at 1-6-2018 11:05 PM
Antara retis yg rajin menyemak kat comment ig retis2 di malaysia.. G ig retis a jumpa komen sheols,  ...

Nad kengkang khenz

Quote katibism 2-6-2018 12:17 AM
Nah meols tefek bukti ya ukhti #throwback



Quote Zaien 2-6-2018 01:09 AM
Hahahah netizen x lupe ye nad kenkang hahahaha
Quote bambimbom 2-6-2018 06:33 AM
nad kangkang!!! hahahaha tp bab menempek komen2 kt ig retis lain mmg aku setuju.. hp berjahit kt tgn kot..
Quote masnona 2-6-2018 06:47 AM
Takminat la sejak tgk video kangkang die dlu

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.134335 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top