Tidak dinafikan, rakyat negara ini suka minum, makan dan menghabiskan masa di kedai mamak. Lebih-lebih lagi bagi golongan lelaki, kedai mamak adalah tempat paling selesa untuk mereka berjumpa dan melepak dengan rakan-rakan.
Walaupun kedai mamak sering dilaporkan sebagai kedai makan yang kotor dan tidak mengamalkan aspek kebersihan tetapi ia tetap menjadi kunjungan orang ramai. Tetapi, baru-baru ini terbongkar pula rahsia penggunaan pewarna yang tidak dibenarkan pada ayam goreng yang dijual dikedai mamak. Jika perasan, warna ayam gorengnya lain dari yang lain dan kelihatan sangat cantik serta menggiurkan. Sebab itulah ramai yang gemar makan ayam goreng mamak ini. Sedap betul nampak ayam goreng ni. Tetapi, rupanya kedai mamak gunakan pewarna jenama ini pada ayam gorengnya. Pewarna ini tidak boleh dimakan kerana berbahaya dan boleh menyebabkan kanser! Rata-rata netizen ingin memboikot untuk makan kedai mamak kerana bukan sahaja terkenal dengan premis yang kotor tetapi menggunakan bahan terlarang yang boleh menyebabkan kanser kepada pemakannya. Lagipun ramai juga netizen yang was-was dengan pekerja mamak sama ada mereka muslim atau tidak. Resipi membuat ayam goreng ala-ala kedai mamak juga pernah dikongsi di laman sosial tetapi apabila netizen cuba membuatnya, hasilnya tidak sama. Apa tidaknya, pewarna yang digunakan adalah pewarna yang tidak boleh dimakan tetapi digunakan di kedai-kedai mamak semata-mata menjadikan ayam gorengannya cantik. Patutlah buat sendiri tidak menjadi. Berhati-hatilah memilih makanan yang dijual kerana para peniaga sentiasa bersaing untuk menarik pengunjung ke kedai mereka. Jika anda mementingkan aspek kebersihan dan halal, lebih baik masak sendiri di rumah kerana lebih terjamin. Setuju tak? - CARI |
5
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
1
Sedih |
11
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kurga: kat pewarna tu terang-2 ade bg tau x boleh dimakan.. tp, pewarna tu untuk apa ye?
JerryJemima replied at 5-6-2018 02:01 AM
Kena salahkan pengeluar pewarna tu sekali.
Apsal buat label produk yg mengelirukan mcm tu. Ada l ...
ADVERTISEMENT