CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kuza Berhijab Kerana Allah

6-9-2013 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25821| Komen: 143



Pelakon Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani kini tampil dengan imej baru apabila mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadhan lalu. Penampilan manis pelakon drama seram, ‘Kekasihku Seru’ ini mendapat perhatian ramai apabila hadir pada Majlis Mesra Raya Aidilfitri Seniman 2013 di Saloma Bistro, baru-baru ini.


“Alhamdulillah, saya mula berhijab sejak Ramadhan lepas. Saya pakai tudung bukan kerana sudah mendapat Hidayah atau sebagainya, tapi saya pakai kerana memenuhi tanggungjawab saya sebagai seorang Islam. Sudah lama saya memasang niat dan mencari kekuatan untuk berhijrah. Alhamdulillah, hati saya kini benar-benar terbuka dan saya sudah bersedia untuk berhijrah,” ujar Kuza kepada GUA.

“Ada orang berhijab kerana fesyen, tapi saya berhijab kerana Allah. Niat bertudung datang dari hati saya yang ikhlas. Lagipun umur saya sudah memasuki 40 tahun, jadi saya rasa kini sudah tiba masanya untuk saya berubah ke jalan kebaikan. Sebelum berhijrah, saya cukupkan dulu solat lima waktu dan dari situ Allah menggerakkan lagi hati saya untuk berhijab. Kini, saya banyak dekatkan diri saya di masjid selain melayari internet untuk mendalami ilmu agama.”




Berkongsi mengenai penghijrahannya lagi, Kuza memberitahu dia menyampaikan hasratnya kepada keluarga terlebih dahulu mengenai niatnya untuk bertudung dan bersyukur kerana mereka semua menyokong sepenuhnya niatnya itu. Kuza turut menambah hatinya kini lebih tenang sejak mengenakan tudung.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini, Allah mempermudahkan segala urusan saya. Saya berasa tenang menjalani kehidupan sekarang. Saya masih mendapat tawaran berlakon walaupun pada awalnya, saya kehilangan dua tawaran berlakon kerana membuat keputusan untuk berhijab.

Saya redha dan anggap ini sebagai dugaan dari Allah. Jika tidak hari ini, mungkin esok lusa ada lagi rezeki saya. Saya percaya rezeki itu datangnya daripada Allah dan bukannya daripada manusia,” ujar Kuza yang merancang untuk menerbitkan drama pada tahun depan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chetaton 6-9-2013 08:35 AM
Berkongsi mengenai penghijrahannya lagi, Kuza memberitahu dia menyampaikan hasratnya kepada keluarga terlebih dahulu mengenai niatnya untuk bertudung dan bersyukur kerana mereka semua menyokong sepenuhnya niatnya itu. Kuza turut menambah hatinya kini lebih tenang sejak mengenakan tudung.


Kalau family tak sokong, mmg famili jahil lah tu
Apa2pun tahniah atas penghijrahan ni.
Semoga istiqomahhh

Quote nurfariezza 6-9-2013 08:45 AM
Alhamdulillah...

jgn jd cm bakyah sdah...
Quote tapibukanaku 6-9-2013 08:47 AM
nurfariezza posted on 6-9-2013 08:45 AM
Alhamdulillah...

jgn jd cm bakyah sdah...

bakyah tu jadi mentor nanti kot..
Quote peachy_lurve 6-9-2013 08:49 AM
alhamdulillah..chekta bile lg??da 4 series jugakkn
Quote nurfariezza 6-9-2013 08:51 AM
tapibukanaku posted on 6-9-2013 08:47 AM
bakyah tu jadi mentor nanti kot..

part politik 2 xbole kot..nnt t'pesong plak..
tp part aumm2 2 cnfirm hebat...
Quote bottombikini 6-9-2013 09:04 AM
masa taun 97/98 ekonomi meleset sikit dulu pun ramai retis pakai tudung...pastu tak lama satu persatu hilang

harap gelombang kali ni masing2 istiqamah lah
Quote pelukis.plan 6-9-2013 09:09 AM
Berkongsi mengenai penghijrahannya lagi, Kuza memberitahu dia menyampaikan hasratnya kepada keluarga terlebih dahulu mengenai niatnya untuk bertudung dan bersyukur kerana mereka semua menyokong sepenuhnya niatnya itu. Kuza turut menambah hatinya kini lebih tenang sejak mengenakan tudung.


pakai ja la tudung.. tu pun nak bagitau keluarga
lain la kalau nak kahwin kena la bagitau
ni benda wajib macam solat
tak kan tiap kali nak solat kena bagitau
Quote Incanto 6-9-2013 09:11 AM
Alhamdulillah
Quote tomet05 6-9-2013 09:29 AM
alhamdulillah tahniah
Quote mass_mirza 6-9-2013 09:37 AM
alhamdullilah.... hidup kena berubah menjadi lebih baik...
Quote ragarotan 6-9-2013 09:46 AM
ok bagus lah...tahniah

jgn jd mcm siti fazurina plak
Quote aseela 6-9-2013 09:55 AM
pernah jumpa dia sekali...memang natural beauty...alhamdulillah...moga di tetap dan di kuatkan iman
Quote Dadadi 6-9-2013 10:04 AM
Alhamdullilah...semoga istiqamah...
Quote daun_kesum 6-9-2013 10:08 AM
Alhamdulillah ... semoga trus istiqomah
Quote tapibukanaku 6-9-2013 10:41 AM
nurfariezza posted on 6-9-2013 08:51 AM
part politik 2 xbole kot..nnt t'pesong plak..
tp part aumm2 2 cnfirm hebat...

aummm versi hampir nak kertu..
Quote nurfariezza 6-9-2013 10:46 AM
tapibukanaku posted on 6-9-2013 10:41 AM
aummm versi hampir nak kertu..

hahaha....
klu versi kertu, bnyi aumman dia harus lah lg ganas..
Quote zaujahzauji 6-9-2013 10:52 AM
dia ni sepupu kot ngan Ayu Al Yahya yg pernah kena gossip dengan AJAI dulu tu. Budak Ayu tu pun dah bertudung, anak dah 2.cantik sangat2 n x rugi pun dia x jadi ngan AJAI dulu.laki dia berganda2 kaya dari AJAI.
Quote tapibukanaku 6-9-2013 10:53 AM
nurfariezza posted on 6-9-2013 10:46 AM
hahaha....
klu versi kertu, bnyi aumman dia harus lah lg ganas..

nanti pasni lagi panjang berjela lah caption si bakyah kat ig dia
Quote hemoh2 6-9-2013 10:55 AM
bagus le dah bertudung...baju tu je, longgarkan sikit cek kak...tentu lebih manis...

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.053231 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top