CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Tersebutlah Kisah Si Bubur Lambuk

25-5-2018 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6712| Komen: 17

Antara juadah berbuka puasa paling popular tentunya bubur lambok.  Ada orang eja lambuk – huruf “ U’ bukan “ O ”. Tak kisahlah.

Pada bulan Ramadan, bubur lambok ada di merata tempat . Tapi yang ingin saya  saya ceritakan kali ini ialah bubur “lambok” Masjid Jamek Kg.Baru Kuala Lumpur.


Khususnya ingin saya tanya mana datangnya nama “lambok “? Begini. 

Saya dilahirkan di Kg Baru Kuala Lumpur a long time ago.. Masa saya kecik kecik tahun 60-an dulu bubur  “lambok’ sudah pun diagihkan kepada orang ramai khususnya penduduk Kg Baru setiap Ramadan. Ini amalannya sejak tahun 50-an lagi.

Pada zaman saya kecik kecik – bubur itu disediakan oleh pihak masjid. Seperti sekarang. Tapi tidak ada sponsor. Duit masjid dan sedikit sumbangan orang berada yang digunakan untuk beli barang keperluan untuk masak bubur.



Tukang masak khas terdiri daripada anggota kariah masjid yang menjalankan tugas menyediakan juadah istimewa. Macam sekarang juga ada daging dalam bubur. Tapi daging ketulan besar. Makan gerenti puas hati. Bukan cebisan daging . Mungkin masa tu harga daging lembu tak semahal sekarang. Maka ketulan besar mampu dijadikan ingredient bubur.

Lepas solat asar bubur akan diagihkan. Yang datang ambil ialah anak anak  - semuda  lapan tahun usia. Paling tua 12 tahun. Mewakili ibu bapa atau keluarga masing masing.  Jika satu keluarga ada lima anak kecil maka kelima lima akan datang ambil bubur untuk buka puasa. All are welcome. Tak ada sekatan tak ada quota. Bayangkan betapa ramainya budak budak datang setiap petang.

Mereka datang bawa bekas sendiri. Biasanya mangkuk kaca, mangkuk tingkat dan ada juga bawa Tupperware . Bukan seperti  sekarang bubur sudah siap dibungkus dalam paket plastik untuk diambil oleh orang dewasa dan kanak kanak.

Dulu hanya kanak kanak beratur dengan sabar sambil menghidu harumnya bau bubur panas yang baru dimasak. Bagi yang berpuasa, meleleh air liur. Dugaan  yang amat menyeksakan.

Tiba giliran, kakitangan masjid – volunteer sebenarnya – akan cedok bubur daripada periuk besar dengan gayung dan isi bekas yang dibawa kanak kanak tadi. Isu sampai penuh. Bukan kemut kemut. Begitulah keadaannya setiap Ramadan.

Cuma ketika itu bubur itu dipanggil bubur harissa. Bukan bubur lambok. Tak perasan bila bubur harissa jadi bubur lambok. Mungkin tahun 70-an awal 80-an. Bagaimana namanya bertukar waullahualam. Saya tanya pakar pakar buat bubur lambok masa kini di Masjid Kg Baru. Ada yang setua saya dan orang asal Kg Baru. Mereka pun tak tahu. 

Foto Carian internet
Bagi golongan yang agak muda (apatah lagi yang benar benar muda) bubur ini sememangnya bubur lambok. Dari mana nama itu datang dan apa makna “lambok” tak siapa yang ada jawapannya. Namun ada kawan kawan seusia saya yang masih ingat bubur harissa. Tidak ramai.  Tapi mereka juga tak tahu apa sudah jadi – bagaimana harissa jadi lambok. 

Nak tanya orang lama, mereka sudah tiada lagi. Al fatihah buat mereka -semoga roh mereka dicucuri rahmat Illahi. Yang nyata, bubur harissa juga sudah pergi. Dilupakan. Malah kewujudannya dulu pun tidak diketahui. As is it never existed. Yang tinggal bubur lambok.
Jika ditanya adakah harissa sama dengan lambok jawapan saya ialah sama tapi tak serupa. 

Apa pula bezanya? Kelazatannya. Harissa jauh lebih lazat. Tapi itu kata saya – citarasa saya. Waullahualam. Selamat berpuasa semua. 

22

Bagus
17

Marah
23

Terkejut
31

Sedih
24

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 26-5-2018 11:06 AM
Owhh sedapnya bubur lambok kpg baru..sejak posa blom meeasa bubur lambok..last year selalunya masjid sedekah masa kita masuk bazar dpt 2 belas dan kurma..org yg bagi tu pon tgk org je nak bgi muka mcm indo bangla dia xkasi{:nose
Quote KuewTeuwKungFu 26-5-2018 11:13 AM
Sedanyerrr bbur lmbok kg br
Quote sinalegna 27-5-2018 12:13 AM
Bubur lambok paling sedap kenangan masa kecik2 dulu air tangan bilal masjid tmpt aku, hari masak untuk sedekah.. Al- Fatihah utk arwah
Quote ~boolean 27-5-2018 01:31 AM
Cerita tentang bubur lambok, teringat seorang kawan yang mencarut-carut bila agihan sedekah bubur dapat ke imigran bangla, indonesia dan lain2..

Sedangkan dia pijak parking masjid pun jarang2, apalagi nak derma duit pada masjid.

Tapi bila bangla2 yang setiap malam mengimarahkan masjid walaupun tak berkemampuan nak menderma, dicela pula bangla2 ini hanya kerana tak sama taraf di mata dia..

Bangsat kawan aku yang seekor ni...
Quote chinta89 27-5-2018 08:33 AM
owh mcm tu ke kisahnya
Quote MarryPottet 27-5-2018 03:01 PM
bubur kg baru ni kurang sedap bagi aku sebab rencah daging bila dicampur udang segar & udang kering rasanya jadi tak ngam gitu. bubur lambuk paling sedap jika rencahnya ikan kembung/selar bakar dan generous dgn pucuk paku merah. lain2 daun mcm pucuk paku hijau, daun kunyit & daun selasih sekadar secukupnya. lada hitam pon 1 important ingredient. kat kampung aku bubur letak daging dipanggil bubur sup atau bubur arab, bukan bubur lambuk
Quote HYSB 27-5-2018 04:20 PM
Alkisahnyaa macm ni rpnye selame ni th makn je huhuh
Quote spankee_fili 28-5-2018 11:29 AM
puasa kali ni tak makan lagi bubur lambuk..
minggu ni nak balik kampung, mesjid kat kampung masak bubur lambuk sedap amat..
bubur kaler putih and isi daging takdela meriah sangat..namun begini tetap maveles!
Quote nasab2111 28-5-2018 04:27 PM
first time rase bubur lambuk yg dpt free dr masjid kg baru. mmg beza skit dgn yg beli. tu jela nk ckap. jgn marah.hehehe
Quote misscendol 25-6-2018 11:53 AM
setakat ni kalau ade org bg mesti aku tolak. sbb kami mmg xdan nk sentuh
Quote zameyla 25-6-2018 12:09 PM
kami orang penang biasa panggil kanji...
letak daging atau udang fresh/kering....
Belah utara tak letak pucuk2 daun atau isi ikan..


Quote nononcrux 26-6-2018 11:07 AM
taun ni tak rase bubur lambok
Quote mamapea 26-6-2018 11:44 AM
rospinki replied at 26-5-2018 11:06 AM
Owhh sedapnya bubur lambok kpg baru..sejak posa blom meeasa bubur lambok..last year selalunya masjid ...

nk sedekah pun pilih org ke...teruknya
Quote lynakajang 14-10-2019 12:18 PM
Persoalan yg masih belum terjawab: kenapa bubur assyura orang johor adalah bubur lambuk?
Quote pikah89 27-7-2021 11:07 AM
Suka nye bubur lambuk mak kite
Quote downiey 27-7-2021 11:26 AM
sedap nye bubur lambuk
Quote bictoria 27-7-2021 12:11 PM
bubur lambuk bubur asyura sedap nyum  nyum

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049325 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top