CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Melayu Dengan Rayanya

31-5-2018 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7215| Komen: 14

Description: Google apa makna “raya” antara penjelasan yang muncul ialah “ Raya maksudnya besar ” . Dan "raya sering digandingkan dengan perkataan lain untuk memberikan maksud berbeza dalam menyatakan kelebi ...
Google apa makna “raya” antara penjelasan yang muncul ialah “ Raya maksudnya besar ” . Dan "raya sering digandingkan dengan perkataan lain untuk memberikan maksud berbeza dalam menyatakan kelebihan perkataan itu berbanding perkataan asal”. Raya juga membawa erti “rai”. 


Mungkin berdasarkan itu – sedikit  sebanyak menjelaskan “facination “ orang Melayu terhadap perkataan atau makna “raya”. Kita tertarik, terpukau, terpesona. Senang cakap kita suka dengan “raya”.

Tahun 50-an dulu ada satu “konsep” atau “impian” dinamakan – Melayu Raya  (yang juga dikenali sebagai Indonesia Raya ). Ia merupakan satu gagasan kesatuan Malaya- Indonesia – Brunei – disatukan dalam satu rumpun. Idea itu tidak menjadi realiti. Panjang ceritanya. Sila google jika mahu lanjutannya.

Proses demokrasi memilih pemimpin dan kerajaan. Di Indonesia ia dipanggil pemilu, singkatan pemilihan umum. Kita di Malaysia proses itu kita gelar  pilihanraya.


Itu urusan politik. Perkara berat. Bagaimana pula dengan hal atau istilah untuk benda benda simple? Raya tetap menjadi pilihan. Contoh – jalan. Ada laluan tanah merah, jalan kampung sebagainya. Bila jalan itu ditar dan jadi agak besar kita panggil ia jalanraya. Dan bila ada lebih besar – highway – kita namakan lebuhraya .

Begitu juga pasar. Ada pasar kering, pasar basah. Tapi untuk pasar besar atau  supermarket  – kita namakan ia  pasar raya. Tempat orang berkumpul khususnya di kampung, untuk bermesyuarat  dan lain aktiviti dinamakan balai raya. Tidak terkecuali jabatan khasnya jabatan yang menyediakan infrastrutur  – kita kenali ia sebagai jabatan kerja raya.

Dan agensi yang menguruskan  harta dan yang berkaitan dengannya – dalam bahasa Inggeris “public trustee “  - bagi kita – amanah raya. Pegawai atau pakar perundangan yang membuat pendakwaan ialah pendakwaraya.

Beralih kepada bunga. Ya bunga kebangsaan kita. Nama asal atau nama saintifiknya hibiscus rosasinensis. Berbelit lidah nak menyebutnya. Saya difahamkan nama “komannya”  atau common name ialah bunga sepatu atau kembang sepatu. Waullahualam.

Tapi bagi kita ia adalah si bunga raya. Nama yang manis dan amat sesuai  sebagai  bunga kebangsaan Malaysia.  Takkan nak panggil bunga kebangsaan negara bunga sepatu – ia tak? By the way tahu tak anda apakah itu sepatu? Untuk pengetahuan orang muda sepatu ialah kasut. Orang tua tentu tahu. 

Foto Carian internet
Ok dan jika anda percaya atau gemar kisah alam mistik – kisah hantu – tentunya  tahu hantu pun tak dapat lari daripada raya. Lantas ada hantu raya. Ada lagi. Bila kota atau bandar pesat membangun dan jadi besar kita namakan ia bandar raya. Banyak lagi raya sebenarnya. Tapi yang paling best ialah hari raya.

Dan ucapan raya diiringi dengan mohon maaf. Oleh kerana ini ada artikel saya yang terakhir untuk Cari.com.my saya memohon maaf kepada semua jika ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan dalam penulisan saya sepanjang saya menulis untuk portal ini.

Dan walaupun ada lebih kurang dua minggu lagi sebelum datangnya 1 Syawal, saya  mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca, pengunjung ,kakitangan dan pengendali  Cari.com.my. Maaf zahir batin.
17

Bagus
36

Marah
53

Terkejut
27

Sedih
42

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (213 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 31-5-2018 04:15 PM
Hantu raya maksudnya hantu yang besor la.ek..
Hahahahaha
Quote pinkpunk 4-6-2018 09:29 AM
ok. baru paham maksud raya
Quote misscendol 25-6-2018 11:54 AM
mcm tu ke? bru tauuu.........
Quote munchkin 1-8-2018 07:21 PM
Aku meluat dengar raya kan sebulannnnnn. Menyudahnya ramai tak buat kerja. Kerja tertunda. Mcm cipet.

Bangsa lain ada ke raya sampai sebulan. 2-3 hari sudahlah....
Quote matkpop 1-8-2018 11:31 PM
teringat dgn lagu jalil hamid - raya.
Quote ummuibrisim 26-7-2019 06:49 PM
raya...raya....selamat hari raya....
Quote Rob07 9-8-2019 07:33 AM
Yaku paling suka hari raya sebab ini jer lah masa nya aku nak  spending time dgn mak bapak & family aku. kalau  hari2 biasa  masing2 busy dgn kerja.. w/pun ada group whatsapp itk family tapi tak sama bila jumpa masa hariraya.  yg penting masa hari raya mak aku mesti akan buat kan kek buah kukus fav aku.. mekasih mak
Quote nanayaya 13-10-2020 03:28 PM
Raya sekarang dah xsemeriah dulu. Arwah ayah dah xda. Rumah dah sunyi. Mak pun xsehappy dlu sbb ayah dah xda. Sedih sbb rindu zaman raya dulu walaupun swrba kekurangan.
Quote Ain_h 26-1-2021 02:36 AM
Rindunya raya yg mcm ni
Quote dexter1013 4-5-2021 05:09 PM
ok. baru paham maksud raya
Quote amansihat 25-7-2021 09:10 PM
Raya orang Melayu membazir.Sebulan raya.Open house,baju raya,kuih raya,lauk raya ,tudung raya.Balik kampung.Nak ikut cara orang Arab raya sehari dah
Quote ctaz 25-7-2021 09:44 PM
raya aidilftri tu 1 hari jer....
raya aidiadha tu 3 hari jer...

raya melayu baru sebulan
Quote heythere123 31-7-2021 06:00 PM
dulu masa darjah satu, cikgu BM ajar. Lepas tu baru tahu, tapi kadang2 tak ingat jugak
Quote heythere123 31-7-2021 06:00 PM
terima kasih untuk perkongsian menarik ni!

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054600 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top