CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Perlis Murka, 9 ADUN BN Tak Hadir Istiadat

24-5-2018 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25547| Komen: 297

Tindakan  sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis telah menyebabkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka.


Baginda kecewa kerana kesemua ADUN tersebut berada di Perlis ketika jemputan dihantar dua hari lalu.

“Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama, tetapi tuan-tuan pun tahu siapa.

“Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir..sebab apa (tidak hadir) saya pun tidak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.

“Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang.. ini berdasarkan laporan saya terima."

Foto: Berita Harian

Harian Metro melaporkan, sehingga malam tadi baginda masih memikirkan siapa bakal menjadi Menteri Besar dan terdapat dua nama di dalam fikirannya.

“Seorang lagi calon pula mempunyai hubung kait dengan Pengerusi Perhubungan UMNO (Perlis)...apabila saya berjumpa semua wakil rakyat BN, mereka ini lebih patuh (kepada kepemimpinan UMNO) yang di negeri, daripada (kepemimpinan) yang di pusat.

“Ia seperti ada grip (pegangan) lain..saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim...saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi puppet (boneka)."

“Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah Menteri Besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet...tidak boleh keluar rahsia langsung.

“Tetapi kalaulah adik jadi Menteri Besar, tentu dia akan beritahu kepada abang...jadi saya tidak mahu...saya berterus-terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar.

“Kalau Shahidan nak patutnya dia bertanding di DUN, tetapi dia bertanding di Parlimen...ini yang jadi masalah...saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar."

Titah baginda lagi, sembilan rakyat BN tersebut tidak hadir kerana dikawal oleh seseorang.

“Sembilan wakil rakyat BN tidak hadir kerana dikawal seseorang...tarik semua ke Kuala Lumpur dan tidak hadir majlis ini.

“Ini yang saya bimbang dari awal dan hari ini syak wasangka saya betul. Ini hanya perkara kecil...kalau dibiarkan lebih daripada ini boleh berlaku.

“Silap pilih Menteri Besar, cuma satu kumpulan sahaja yang memperoleh faedah.”-CARI
11

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote owenkatz 24-5-2018 12:58 PM
plot cita katun nih.

tak sangka perlis sampai macam ni.   
Quote cairel_azlie 24-5-2018 01:01 PM
Shahidan letak proxy latuh...kalo macm ni dlm umno still ada napoleon...jgn harap nak berubah
Quote dauswq 24-5-2018 01:03 PM
owenkatz replied at 24-5-2018 12:58 PM
plot cita katun nih.

tak sangka perlis sampai macam ni.

Kemungkinan pilihanraya negeri baru kot mcm sabah dulu hahaha

Ye tak? @chazey



Cc. @hzln @atira
Quote dauswq 24-5-2018 01:05 PM
Geng shahidan kassim ni ade 9 adun perlis yg support proxy dia sbg mb. Jadi lebih majoriti mudah. Tp kerabat tak mau geng shahidan kassim ni.

Dengar2 diorg nak buat parti baru mcm parti warisan sabah

Quote edoraixora 24-5-2018 01:06 PM
dah kenapa beria2 benor shahidan kassim tu???
Quote chiquititamichi 24-5-2018 01:06 PM
aduhai...sudah2lah shahidan kassim...buat malu je..iols rasa raja perlis mesti berduka kenapa rakyat nya x celik mcm negeri pantai barat yg lain.....dia pun kena tempias angin perubahan.....
Quote monkaS 24-5-2018 01:08 PM
dah kerabat tak nak
apa la bangang
jadi la dari tak ada
Quote prizadane 24-5-2018 01:08 PM
alahai. perlis sekangkang kera tu yang direbutkan.

c'mon!
Quote hzln 24-5-2018 01:12 PM
alahai peghelih tanah sekangkang kera, hasil pun takde, pun nak direbut
kalu kaya raya macam temasik logik lah juga nak direbut
kronik dah puak umngok ni
Quote lazim 24-5-2018 01:12 PM
hr tu tgk awani maza kata istana perlis ni "xjauh" dari PH. masa Tun M diperlakukan oleh kerabat lain raja perlis tetap jemput tun M hadir ke majlis keputraan baginda.. rasanya raja perlis mmg xnk la tu geng2 shahidan.
Quote atira 24-5-2018 01:13 PM
dauswq replied at 24-5-2018 01:03 PM
Kemungkinan pilihanraya negeri baru kot mcm sabah dulu hahaha

Ye tak? @chazey

raja perlis tu mmg tak mau shahidan...
pelik betul dgn umno perlis ni..
yg pi letak pulak boneka shahidan ni apasal
Quote sukacactus 24-5-2018 01:13 PM
Raja perlis tu mmg xberapa ngam dgn shahidan.
Kalau adik dia naik, sama cam menaikkan shahidan balik
Tu pasal la raja xnak
Quote kecimpret 24-5-2018 01:15 PM
Dr Zuhdi PAS tak mau komen ka kjaan UMNO perlis ni kelam kabut??


mentang2 dah kawan



Quote babyhubby85 24-5-2018 01:16 PM
Hangpa nak pelik apa tu lah UMNO....  sudah2lah shahidan... hang letak adik hang pun takde maknanya federal bukan kepunyaan BN dah. BTW aku suka Raja Perlis nie, waktu TUN M kena macam2 dulu dia yang tak ambil pusing jemput Tun ke majlis2 dia
Quote dauswq 24-5-2018 01:17 PM
lazim replied at 24-5-2018 01:12 PM
hr tu tgk awani maza kata istana perlis ni "xjauh" dari PH. masa Tun M diperlakukan oleh kerabat lai ...

Tp maza ni kawan baik shahidan dan juga disukai raja perlis. Kau rasa?

Quote atira 24-5-2018 01:17 PM
bodoh tak bodoh set2 ni

Krisis pelantikan MB Perlis imbau nostalgia 2008


Adha Ghazali
[email protected]





HARI ini genap dua minggu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), menyaksikan Perlis selaku satu-satunya negeri yang bergerak tanpa dikemudi seorang Menteri Besar.

Seperti biasa sejak tiga PRU lalu, Perlis sekali lagi berdepan krisis kepemimpinan apabila wujud konflik dalam soal pelantikan jawatan nombor satu pentadbiran kerajaan negeri itu.



Selain pertikaian antara dua 'kem' dalam Barisan Nasional (BN) Perlis, bidang kuasa Istana Diraja Arau juga perlu diambil kira sebagai kuasa penentu dalam soal pelantikan Menteri Besar Perlis.

Untuk rekod, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan mandat parti untuk melantik adik beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim sebagai Menteri Besar, menggantikan Datuk Seri Azlan Man yang juga ADUN Bintong.

Azlan selaku penyandang bagaimanapun mengakui tidak menerima maklumat mengenai perkara itu. Malah lebih mengejutkan, nama ADUN Tambun Tulang yang diberikan BN negeri dikatakan sukar diperkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Memperlihatkan kedudukan ini, wajar sekali diimbau pasca PRU-12 pada 2008 yang dianggap sebagai detik pemula kepada krisis kepemimpinan dalam UMNO dan BN Perlis.

Ketika itu, wujud gerakan membabitkan majoriti sekumpulan ADUN Perlis untuk menggantikan Shahidan yang menjawat kedudukan Menteri Besar selama tiga penggal sejak 1995.

Lapan ADUN BN Perlis ketika itu 'berkelana' hampir seminggu di beberapa lokasi rahsia sekitar ibu negara, dengan nasi bungkus dikatakan menjadi antara juadah utama.

Motifnya, mengelak daripada dikesan konco Shahidan yang ketika itu bersungguh-sungguh berusaha untuk mengesan bagi 'memujuk' mereka supaya melupakan hasrat menukar kepemimpinan di Perlis.

Hasilnya selepas kira-kira dua minggu Perlis melalui hari tanpa Menteri Besar, mandat awal diberikan BN kepada Shahidan bertukar arah, sebelum watikah pelantikan dikeluarkan dengan tertera nama ADUN Bintong, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Kuasa Raja Perlis
Menilai senario, tidak mustahil apa yang berlaku pada 2008 akan berulang sekali lagi. Malah tidak mustahil keadaan kini mungkin sekali lagi tidak akan berpihak kepada Shahidan.

Pada 2008 Shahidan sudah menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis menetapkan Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikiran baginda mendapat kepercayaan ramai iaitu majoriti ADUN bagi mengetuai majlis kerajaan negeri. Itu yang berlaku ketika itu.

Dalam situasi hari ini, Ismail berada di posisi sama apabila diumum Shahidan sebagai calon Menteri Besar yang didakwa direstui pucuk pimpinan BN, namun Raja Perlis berhak mempertimbangkan calon lain yang difikirkan sesuai menerajui negeri.

Titah Raja Perlis beberapa hari selepas PRU-14 wajar diambil kira. Baginda memaklumkan ramai ADUN di Perlis dipilih rakyat melalui PRU-14 tidak dikenali, lantas baginda memerlukan masa untuk menilai dan mengenali mereka terlebih dahulu.

Pertimbangan utama baginda termasuk agar Menteri Besar dilantik tidak hanya memenuhi kehendak individu atau puak tertentu sahaja, sebaliknya mengambil kira kepentingan rakyat Perlis secara keseluruhan.

Perlis walaupun kekal dalam penguasaan BN, statusnya kini sebagai negeri pembangkang perlu juga diambil kira, terutama dalam keadaan negeri yang banyak bergantung kepada dana daripada pentadbiran peringkat Pusat.

Utamakan rakyat

Pelbagai spekulasi timbul sebelum ini termasuk ada yang mengandaikan beberapa ADUN BN Perlis bakal 'kalih' (ubah) untuk menghapuskan status negeri sebagai pembangkang.

Malah, ada sumber mengatakan rundingan sedang berlangsung untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Perlis, dianggotai wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), PAS dan segelintir daripada BN, demi matlamat sama.

Apa pun langkah yang diambil, amanat Raja Perlis supaya kerajaan dibentuk dan Menteri Besar yang dilantik membawa manfaat kepada rakyat, harus diutamakan.

Terbaru semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, menghadap Raja Perlis di Istana Diraja Arau.

Diharap pertemuan itu bakal menamatkan kekusutan yang timbul dalam soal pelantikan Menteri Besar Perlis kelapan ini.

Tidak kisah siapapun dipilih, sama ada Azlan atau Ismail, yang penting semua ADUN harus sepakat menerima mandat diputuskan.

Cabaran Perlis untuk mendepani hari-hari sebagai negeri pembangkang cukup besar.

Perlis mula mengalami krisis menteri besar melalui PRU 2008 apabila Shahidan digantikan Md Isa melalui pertembungan dua kem BN yang berlarutan hampir dua minggu.

Pada 2008, Azlan yang ketika itu menang kerusi DUN Pauh dilantik menggantikan Md Isa melalui PRU-13.

Pada PRU-14 Rabu lalu, BN menang 10 daripada 15 kerusi DUN, manakala PH pula memenangi tiga kerusi dan baki dua lagi milik PAS.







Quote prettyuglybabe 24-5-2018 01:18 PM
tahun ni raja perlis buka istana bila?
Quote kiambang 24-5-2018 01:19 PM
Raja  raja patut berkecuali bukan berpihak ke mana mana parti politik ..
Quote dauswq 24-5-2018 01:20 PM
Edited by dauswq at 24-5-2018 01:21 PM
atira replied at 24-5-2018 01:13 PM
raja perlis tu mmg tak mau shahidan...
pelik betul dgn umno perlis ni..
yg pi letak pulak boneka ...


Seingat aku shahidan ni pengerusi bn  perlis. Jadi, dia dah letak orang-orangnya jd calon bn di perlis. Azlan man ni asalnya dipindahkan dr  dun pauh ke kerusi tak selamat di bandar, di dun bintong berharap dia kalah di pru nanti. Dan lebih teruk lagi, najib tak tapis di peringkat atasan tak mcm kak wan tapis semasa jemin letak orang2 dia di selangor tempoh hari.

Lihat semua komen(297)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052720 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top