CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hati Ayu Raudhah Berbelah Bagi Untuk Balik Berlakon

5-9-2013 05:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23644| Komen: 100




Lima bulan menyepikan diri selepas melahirkan putera sulungnya Muhammad Aisy Qaiser, membuatkan pelakon cantik Ayu Raudhah berbelah bagi untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Kata isteri kepada pemain bola sepak Johor, Zaqwan Adha itu, semuanya disebabkan hatinya kini sudah terpaut dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu selain sebagai suri rumah sepenuh masa kepada suami dan anak tersayang.

Memberikan tempoh sehingga bayinya itu mencecah usia tujuh bulan, Ayu Raudhah yang ditemui portal murai.com.my semalam berkata, semu itu bergantung kepada dirinya. Malah dia tidak akan pernah menutup sebarang tawaran yang datang kepadanya.

Memang perasaan saya sekarang agak berbelah bagi untuk kembali berlakon kerana sekarang saya sedang seronok menjaga bayi sendiri. Terus terang saya katakan, ianya merupakan pengalaman paling indah dalam hidup saya ketika ini.


Suami saya juga tidak pernah menghalang untuk saya kembali berlakon. Dia juga tidak pernah menyimpan perasaan cemburu jika saya kembali berlakon atau berlakon dengan orang lain, kerana dia seorang yang sangat sporting.

Tapi sebagai isteri orang, saya tahu di mana batas-batas yang perlu saya lalui. Takkan dengan status saya sekarang ini, saya mahu mengambil watak peluk? Itu sama sekali akan saya elakkan dan saya pasti ramai pihak faham dengan status saya sekarang ini," katanya.

Ayu Raudhah ditemui portal murai.com.my ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Laugh Out Loud Entertaiment di kondominium mewah Binjai 8 semalam yang lengkap dengan persalinan indah rekaannya sendiri.

Tidak hadir keseorangan, dia turut ditemani suami tersayang dan putera sulungnya itu yang telah mendapat perhatian pihak media dan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
Tambah Ayu Raudhah, buat masa sekarang dia memilih untuk menyusukan badan anaknya itu sehingga waktu yang sesuai barulah dia berhenti berbuat demikian.

Kalau boleh saya mahu menyusukan Aisy sampai bila-bila kerana susu badan banyak faedahnya terutama untuk tumberasan bayi. Tambahan pula, cara ini akan membuatkan bayi lebih dekat dengan ibunya dan berat badan saya juga senang turun.

Selepas bersalin, saya mengamalkan pantang selama 44 hari dan selepas itu saya menjaga rutin makan saya.

Suami pula selalu membantu saya menjaga Aisy. Dia seorang suami yang tahu dengan tanggungjawabnya. Tak payah disuruh, dia akan lakukan sendiri apa sahaja apabila dia tahu saya memerlukan bantuan.

Lebih-lebih lagi sekarang dia sedang menjalani latihan untuk merawat kakinya yang tercedera. Jadi masanya sekarang banyak dihabiskan bersama kami berdua sebaik sahaja selepas rawatan," katanya sambil tersenyum.

Sangat bahagia dengan kehidupannya kini, jelas Ayu Raudhah tiada yang lebih sempurna daripada memiliki seorang suami yang penyanyang dan juga bayi yang comel.
         


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote p.timur3831 5-9-2013 04:19 PM
x pyah berlakon..x ingin tgk muka engkau..btw, anak kau mmg comey..e2 x dpt dnafikan
Quote malaywood.NET 5-9-2013 04:27 PM
sekarang ni banyak pelakon baru lg cantik dr dia ni..
so kalau takde mmg tak dicari pun..
Quote cammie1711 5-9-2013 04:27 PM
ye betul.. duduk umah jaga baby lagi bagus. especially 'baby besar' tu lagi perlukan perhatian yg rapi sket
Quote mitnick 5-9-2013 04:51 PM
agknya kalau berlakon blk, watak ape yg sesuai utk dia?
Quote asher 5-9-2013 05:02 PM
mitnick posted on 5-9-2013 04:51 PM
agknya kalau berlakon blk, watak ape yg sesuai utk dia?

isteri tok adi kot..tanah kubur..
Quote jerukkedondong 5-9-2013 05:03 PM
dok je la kat rumah tu rodoh..
basuh kain lipat kain masak tido jaga anak...
ala2 isteri mithali gitu..
esok dak ZA tinggalkan kau...baru buat comeback...
Quote tintin22 5-9-2013 05:03 PM
Isteri mithali
Quote myariesa 5-9-2013 05:05 PM
asher posted on 5-9-2013 05:02 PM
isteri tok adi kot..tanah kubur..

wakaka..siot ja ganti tmpt hamidah wahab
Quote ihtisyam 5-9-2013 05:05 PM
dia tak berlakon pun, industri jalan jugek
Quote asher 5-9-2013 05:09 PM
myariesa posted on 5-9-2013 05:05 PM
wakaka..siot ja ganti tmpt hamidah wahab

citer yg dpt rating tertinggi..ingat senang nk dpt watak isteri tok adi..bleh jalan la hamidah wahab nk bg can..
Quote cikatilia 5-9-2013 05:27 PM
mitnick posted on 5-9-2013 04:51 PM
agknya kalau berlakon blk, watak ape yg sesuai utk dia?

wanita teraniaya..

kena paksa kawin nikah

Quote bluecrystal 5-9-2013 05:30 PM
cite yang dia berlakon kat rtm agak bestla pada aku...cuma tang berlakon tu banyak kerut kening..ko jual tudung padusi tu jela ayu
Quote jarikuku 5-9-2013 05:37 PM
suka ko la rodoh... nak berlakon balik pun best sangat ke acting uols
.. tapi kalau tak berlakon lagi la iols suka...
Quote jarikuku 5-9-2013 05:37 PM
cikatilia posted on 5-9-2013 05:27 PM
wanita teraniaya..

kena paksa kawin nikah

itu je la yg mampu kot
Quote syafiq79 5-9-2013 05:38 PM
Dok umh je...jg ank n laki...kang kne tggl lak cam RR meroyan lak kang..hehehe...rmai dh pelakon yg muda cntk n best lkonannya...bye bye le rodoh..
Quote SANKURIANG 5-9-2013 05:39 PM


Tambah Ayu Raudhah, buat masa sekarang dia memilih untuk menyusukan badan anaknya itu sehingga waktu yang sesuai barulah dia berhenti berbuat demikian.
~ Ni reporter cap ayam ke yg buat liputan ni..........
Quote leni 5-9-2013 05:43 PM
Kaki suami dia ni bertahun2 cedera...takyah la nk main bola dah..buang duit jdt aje..rodoh punya lakonanpun bkn mantap mana pun..laki bini g jaga anak la..tu lebih baik
Quote mixed 5-9-2013 05:43 PM
baik ko berlakon skunk rodoh

laki ko tu tunggu masa nk kena tendang dr JDT
kang sape nk bagi ko makan anak banak

fasha yg berlaki kaya pn sibuk cari duit
ko yg kurang berduit nk goyang kaki
Quote misskitty 5-9-2013 05:45 PM
ok jeee kalau ko takde kat skrin tv aku.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.033705 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top