CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5736|Reply: 3

[Tempatan] Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024

[Copy link]
Post time 22-9-2024 06:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-9-2024 10:21 AM
KUALA LUMPUR - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang memasuki hari ketujuh telah mencatatkan jumlah kehadiran pengunjung seramai 2.3 juta setakat ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dari 11 hingga 22 September ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

"(Setakat ini, nilai) jualan terus telah mencapai RM17.30 juta dan nilai MoU (Memorandum Persefahaman) dan juga MoA (Memorandum Perjanjian) sebanyak RM3.1 bilion berbanding RM6 bilion yang disasarkan,” katanya ketika menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.

Beliau berkata, edisi MAHA kali ini meliputi lima kluster iaitu Kingdom of Agro Food, Food Empire & Food Viral, Food Truck Fiesta, Food Trade dan Rhythm of Farmers.

"Tahun lepas, Kluster Kingdom of Agro Food atau yang menjual anak benih, buah-buahan dan sayur-sayuran telah mencatat angka jualan tertinggi iaitu lebih RM4 juta dan pada tahun ini, kita sasarkan RM5 juta. Sekarang ini dah cecah RM3 juta.

"Kita ada lima segmen dalam Food Empire iaitu best out of the best dari empat negeri iaitu Gulai Tempoyak dari Pahang, Nasi Ambeng dari Selangor, Mi Bandung dari Johor dan Nasi Ganja dari Perak," katanya sambil menambah sebanyak 1,001 jenis makanan dan minuman dijual pada edisi kali ini.

Abdul Rashid pula berkata, pada tiga hari pertama MAHA 2024, pihaknya telah membawa 62 pembeli berpotensi dari luar negara untuk bertemu bakal pengeksport di Malaysia dan daripada usaha itu, sebanyak RM662 juta potensi jualan berjaya dijana melalui lebih 750 padanan perniagaan.

"Kita dapati banyak produk Malaysia sebenarnya mampu untuk menembusi pasaran luar negara tetapi kadang-kadang mereka tidak berkesempatan...

"Jadi apa yang pihak Kementerian (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) buat ialah kita bawa pembeli-pembeli dari luar negara untuk lihat dan berjumpa, buat padanan perniagaan dengan potensi-potensi pengeksport dari Malaysia,” katanya. - Bernama

Bang Mat menyambut ketibaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri yang berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 hari ini.

Terima kasih atas kunjungan Tun yang turut memeriahkan sambutan MAHA 2024.

Sumber: Mohamad Sabu FB




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2024 08:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak Lah letak jawatan akibat desakan Mahathir. Waktu Najib jadi PM pun Mahathir duk sibuk nak jatuhkan Najib. Pak Lah tak pernah nak masuk campur urusan kerajaan selepas meletakkan jawatan. Tetapi Mahathir tak henti-henti nak masuk campur walaupun dia sendiri dah letak jawatan.Dia masih berdendam dengan pak lah kerana cancel project dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak uzur betul... moga dipermudahkan/sihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038200 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list