CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32505|Reply: 1

Pernah alami detik cemas apabila tercekik buah durian, Selebriti internet IShowSpeed bikin kecoh pula Restoran Uncle Roger

[Copy link]
Post time 18-9-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 18-9-2024 12:14 AM

Selebriti internet IShowSpeed terkenal dengan perangai yang bertenaga dan ‘over the top’.

“Gila kau sampai management kedai Uncle Roger tutup shutter door penangan IShowSpeed ni. Tak rileks langsung fans ishowSpeed,” tulis seorang pengguna X (dahulu Twitter), @jammymcandy.

Kehadiran dia ke Malaysia telah mencetuskan kekecohan di kalangan peminat dengan insiden terbaru berlaku ketika beliau hadir ke restoran terkenal milik Uncle Roger di tengah pusat kota.

Situasi yang tidak dijangka apabila peminat IShowSpeed menjadi tidak terkawal sehingga pihak pengurusan terpaksa menutup shutter pintu restoran.

Menerusi video yang tular di media sosial, beliau juga kelihatan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Kedengaran juga suara dipercayai pekerja Restoran Uncle Roger yang menyuarakan rasa kesal beliau kepada IShowSpeed kerana pelanggan di kedai tersebut tidak dapat menikmati makanan mereka disebabkan kekecohan yang berlaku.

Selain itu kedengaran juga suara yang sama meminta IShowSpeed untuk bergegas ke belakang kerana peminatnya kelihatan sudah tidak terkawal.

Sikap ‘hype’ yang tidak terkawal daripada peminat IShowSpeed memaksa pihak pengurusan kedai Uncle Roger untuk mengambil tindakan pantas untuk melindungi pelanggan dan memastikan keadaan kekal selamat.

Meskipun situasi sedikit tidak terkawal, namun tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun netizen tidak berdiam diri, sebahagian mereka mengkritik IShowSpeed kerana kehadiran beliau mengganggu pelanggan yang mahu menikmati makanan.

Selain itu, ada netizen yang menyuarakan rasa terkejut dengan pengaruh IShowSpeed terhadap golongan muda di Malaysia.

Sebelum ini, IShowSpeed alami detik cemas apabila dia tercekik buah durian.

Selebriti internet dari Amerika Syarikat itu berkunjung ke Malaysia dalam jelajah Asia Tenggaranya.

IShowSpeed atau nama sebenarnya, Darren Jason Watkins Jr.  lahir 21 Januari 2005), ialah personaliti internet Amerika dan penstrim dalam talian.

Dia terkenal dengan tingkah laku dramatik dan teruja dalam pelbagai strim langsung, terutama sekali ketika bermain permainan video.

Pada tahun 2022, IShowSpeed ​​mula beralih ke kandungan yang berkaitan dengan bola sepak sambil turut menjadi penyokong tegar pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 12:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.053180 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list