Tampuk pemerintahan yang bertukar tangan pasti memberi perasaan yang berbeza kepada setiap rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan Barisan Nasional yang telah memegang kerajaan selama 60 tahun banyak berjasa dalam pembangunan negara.
Namun, tidak dapat tidak, kuasa memilih berada di tangan rakyat yang pastinya mahu yang terbaik untuk negara dan seterusnya berharap agar barisan kepimpinan negara yang baru akan mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih baik lagi. Dalam pada kebanyakan rakyat terutama golongan muda bersyukur dengan peralihan kuasa yang berlaku, kita mungkin terlupa bahawa golongan tua adalah yang paling terkesan dengan perubahan ini. Mereka lahir dan membesar sehingga meniti usia tua mereka di bawah pemerintahan Barisan Nasional dan Umno dan telah melihat pelbagai perubahan dan pembangunan negara di bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional.
Ekoran ini, beberapa status dilihat dimuat naik di media sosial yang meminta agar anak-anak muda untuk menjaga sensitiviti orang tua mereka kerana golongan ini sangat menyayangi parti yang telah banyak berjasa pada rakyat itu. Hati-hati dalam berkata-kata dan jaga perasaan orang tua... Semoga ini menjadi 'wake-up call' untuk parti BN dan Umno.. Disebabkan seorang, yang lain kena tempias.. Apa yang berlaku di negara kita ini menunjukkan betapa rakyat kita terutama sekali golongan muda semakin matang dan serius untuk merubah masa depan negara ke arah yang lebih baik. Tidak kira parti mana yang memerintah, apa yang penting adalah siapa yang memerintah dan bagaimana mereka mentadbir negara kita yang tercinta ini. Apa pun setiap orang pastinya mempunyai pendapat yang tersendiri yang harus kita hormati. Jangan sesekali membiarkan perbezaan itu menjadi punca perbalahan sesama kita.-CARI
|
9
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pumpkingirl replied at 11-5-2018 05:34 PM
Mil aku memang sedihla..dia antara org kuat permata dulu..cucu2 panggil rosmah pun marah..kena horma ...
AbukRokok: iols sejak kul 3 pagi 10/5 dah xbunyi kat grup wassap family.... jaga hati org yang lebih veteran..walaupun ada veteran lain yg berbunyi copy text gru ...
ADVERTISEMENT