CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Ke Oversea, Tapi Blacklist PTPTN? Ini Cara Anda Akhiri Penantian Itu

27-4-2018 03:40 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3795| Komen: 10|Original author: Oleh: Azza Rai


Mahasiswa dan hutang pelajaran PTPTN berpisah tiada. Namun, setelah bekerja sepatutnya mereka yang berhutang harus melunaskannya. Jika tidak pernah membuat pembayaran, maka ia akan tersenarai sebagai 'blacklist'. Paling teruk pastinya tidak dibenarkan untuk ke luar negara.

Hal ini lah yang menyebabkan ramai terpaksa memendam rasa untuk menimba pengalaman di negara orang. Padanlah selebriti seperti Faizal Tahir terlepas untuk ke Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta manakala Puteri Sarah pula yang sudah sampai dilapangan terbang  tidak dibenarkan terbang ke Krabi bersama keluarganya pada 2010 gara-gara soal PTPTN ini.

Nampak kejam kan? Tapi PTPTN ada alasan tersendiri. 

Foto Carian internet
Berita baiknya, Maukerja Malaysia telah berkongsi di Facebook mengenai langkah-langkah membuang blacklist PTPTN yang mencapai 16 ribu perkongsian.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

1) Semak status di laman web Jabatan Imigresen Malaysia

Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan anda dan jika keluar ayat "SILA RUJUK KE PEJABAT IMIGRESEN", itu bermakna anda sudah kena block.


2. Semak nilai tunggakan untuk mengenalpasti berapa nilai yang anda perlu bayar.
Anda perlu buka laman web PTPTN dan cari "SEMAKAN PENYATA PINJAMAN".

Anda perlu masukkan IC dan akan keluar link "PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH". Tekan link tersebut serta-merta. Semak di bahagian penyata baki. Dari penyata tersebut anda akan tahu NILAI TUNGGAKAN anda. Jika mahu bersih dari senarai blacklist, wajib untuk membayar tunggakan tersebut. Tetapi jangan risau kerana anda boleh berbincang dengan pihak PTPTN dan kebanyakan boleh membayar sekurang-kurangnya 25% daripada nilai tunggakan.


3) Sekarang adalah langkah untuk membuat pembayaran. Maybank2u adalah cara termudah untuk melangsaikan hutang PTPTN anda.

Anda hanya perlu masuk ke akaun dan pergi ke "BILL PAYMENT". Tekan pada "MAKE A ONE OFF PAYMENT. Pilih "EDUCATION & EDUCATION LOANS"


4) Seterusnya ialah memilih option PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan




Seterusnya ialah membuat pembayaran. Diingatkan sekali lagi, anda perlu membayar sekurang-kurangnya 25% dari NILAI TUNGGAKAN atau ikut nilai yang anda dapat dari PTPTN

Itu sahaja! Sekarang anda boleh ke luar negara dan yang paling penting, jangan tangguh dan lambat membayar untuk memastikan laporan kredit anda tidak terjejas! - CARI 

Kredit : Seismikx
17

Bagus
31

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
26

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 27-4-2018 04:47 PM
Boleh pki kwsp juga bayar ptptn tu
Quote Artemesiaa 27-4-2018 04:51 PM
Tak ada jalan singkat kena buat pembayaran juga kalau tidak pasti tak lepas masa dipemeriksaan immigresen
Quote imransulaiman 27-4-2018 05:19 PM
Saja terus cuba try test website imi tu...Alhamdulillah "tiada halangan" {:hooray
Quote pcr13 27-4-2018 05:27 PM
umbut replied at 27-4-2018 04:47 PM
Boleh pki kwsp juga bayar ptptn tu

Betul tu.. sape2 yg dah kerja bertahun-tahun tu tapi still ada hutang ptptn tertunggak tu, guna je la kwsp. Nampak sakit tapi hutang kena bayar.
Quote moonbug 27-4-2018 05:43 PM
Jgn lupa bayar balik ikut schedule baru lps tu. Kalau tak kena blacklist balik nnt
Quote armin 27-4-2018 05:53 PM
Kat klia ada kaunter ptptn kn. Kalau byr dpt jugsk berlepas kan? Ke amik masa nk clear jgk?
Quote yokoono 27-4-2018 05:56 PM
i bru clear kan ptptn last year...
Quote Cari-Azza 27-4-2018 07:09 PM
armin replied at 27-4-2018 05:53 PM
Kat klia ada kaunter ptptn kn. Kalau byr dpt jugsk berlepas kan? Ke amik masa nk clear jgk?

Dulu katanya amik masa, sebab Puteri Sarah pernah nak bayar on d dot PTPTN kat KLIA masa dia n familynya nak ke Krabi, tapi tak lepas. Memang kena thru PTPTN gak. sekarang tak tau lah

Quote beautifulliar 27-4-2018 08:54 PM
armin replied at 27-4-2018 05:53 PM
Kat klia ada kaunter ptptn kn. Kalau byr dpt jugsk berlepas kan? Ke amik masa nk clear jgk?

Kt klia2 sis.24jam buka.klo byr dorg trus clearkan.
Quote LautBiru52 28-4-2018 10:32 PM
Dah pandai pinjam tu bayar la balik. Nak berjalan oversea ade pulak duit. Tapi liat nak bayar ptptn. Mengarut

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052506 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top