CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Azalea: Derhaka Seorang Madu

5-9-2013 12:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32382| Komen: 37

Konflik Derhaka Seorang Madu


Sedih juga la tengok slot Azalea ni tak ada orang nak ambik port, padahal banyak juga cerita-cerita yang best. Tetambah kalau ada Farahdiya berlakon, memang benci yang amat. Kalau tengok dia dalam cerita ni rasa macam nak sepak2 jer, tetambah dengan laki dia yang ikut jer cakap si Farahdiya ni. Baru hari ni tau cerita disebalik apa yang berlaku dalam family ni, lagila menyirap dengan Farahdiya yang tak kenang dek untung.



Sapa2 ada masa terluang tu tgklah dekat TV3, setiap hari Isnin-Khamis, pukul 4.00. Kalau tak sempat, tgk jer dekat Tonton

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
Kalau diikutkan pengalamannya yang terbabit dalam kerja di sebalik tabir sebagai kru pada 1994, Lizam Togil atau Ujang sudah lama bergelar pengarah seperti mana rakan-rakan seangkatannya. Bagaimanapun dia mengambil pendekatan berhati-hati dengan menimba pengalaman sebaik mungkin penolong pengarah kepada beberapa pengarah seperti Azhari Zain.
Apabila merasakan dirinya sudah bersedia sepenuhnya, barulah dia berani memikul tanggungjawab untuk mengarahkan drama dan terbaru drama bersiri Derhaka Seorang Madu sebanyak 20 episod yang sudah menemui peminat menerusi slot Azalea di TV3 ketika ini. 


“Sebelum ini saya banyak jadi pengarah seni untuk syarikat Primeworks Studios. Banyak pengalaman ditimba bersama mereka. Alhamdulillah sekarang saya sudah mula terbabit sebagai pengarah untuk projek drama A Aida Productions. Bagi saya tugas ini menuntut tanggungjawab yang penuh namun tiada masalah sangat kerana saya dah pernah mengarahkan drama bersiri sebelum ini.

“Cuma saya banyak terbabit dengan drama komedi dan rasa lebih ‘enjoy’. Saya tak suka drama yang berat. Namun apabila diberi kepercayaan untuk buat drama seperti Derhaka Seorang Madu ini, saya ambil sebagai satu cabaran baru,” katanya.

BABAK membabitkan Kismah (kiri), Farahdhiya dan Lisdawati.



Menurutnya, bekerja dengan artis popular seperti Lisdawati, Azhan Rani, Kismah Johar dan ramai lagi memberikan sesuatu yang berbeza. Lakonan hebat mereka mencabarnya untuk menghasilkan sebuah drama yang baik.

“Drama ini berkisarkan konflik keluarga, seorang yang beristeri dua dan nasib anak-anak. Sebenarnya cerita begini sudah banyak dihasilkan tapi saya ubahkan karakter pelakon supaya lebih menarik dan berkesan. Setiap penampilan artis dengan karakter berbeza. Mudah bekerja dengan pelakon berpengalaman kerana mereka cepat faham apa yang dikehendaki. 

“Mereka berikan lakonan 100 peratus dan pengalaman ini juga digunakan dengan membimbing pelakon baru yang berlakon. Saya ambil pendekatan mesra dengan pelakon agar mereka tak tertekan,” katanya.

Ujang terpaksa menyiapkan sekurang-kurangnya 17 babak dalam masa sehari bagi memastikan drama ini siap seperti yang dirancang. Mudah baginya kerana semua pelakon memahami situasi ini.

“Memang agak mencabar kerana drama sudah ditayangkan sedangkan penggambaran masih berjalan. Kerja perlu cepat tapi kualiti tetap kena jaga kerana saya bawa nama produser. Dia beri amanah kepada saya dan sudah tentu saya perlu buat yang terbaik. Saya bersyukur kerana sudah menyiapkan sebanyak 11 episod untuk tontonan. Penggambaran sudah bermula sebelum Ramadan lagi,” katanya.

Kata Ujang lagi, penonton perlu menonton cerita ini dari episod pertama hingga sebelas dan dari situ barulah mereka faham jalan cerita drama ini. Derhaka Seorang Madu sebuah naskhah yang baik dan saya tak rombak banyak sangat. Hanya beberapa elemen dimasukkan bagi meman-tapkan watak. 

“Sebenarnya sebelum ini saya jadi pengarah seni untuk drama popular Teduhan Kasih. Saya dan pengarahnya Jamal Khan banyak berbincang bagaimana nak mewarnakan drama ini agar nampak menarik. Jadi, saya tahu bagaimana nak ‘tackle’ perasaan penonton supaya menyukai drama Derhaka Seorang Madu,” katanya.


Sinopsis

Derhaka Seorang Madu mengisahkan seorang isteri bernama Hawa iaitu isteri pertama bersama dua anaknya iaitu Muaz dan Malissa diabaikan oleh Kamal, suami dan ayah kepada anak-anaknya. Selepas berkahwin dengan janda beranak satu iaitu Rozita, sikap Kamal mula berubah malah sentiasa menghabiskan masanya di rumah Rozita dan akan pulang ke rumah Hawa apabila perlu saja. 

Muaz dan Malissa pula sudah biasa hidup tanpa ayah sejak mereka kecil lagi disebabkan pekerjaan Kamal sebagai pemandu lori yang memaksa dia bertugas ke luar daerah berhari-hari lamanya. Dalam masa yang sama, mereka lebih suka jika Kamal tiada di rumah disebabkan sikap panas baran Kamal, yang sentiasa melepaskan kemarahan kepada ibu mereka, malah turut menjadi mangsa sepak terajang Kamal hanya disebabkan perkara kecil. 

Namun Hawa sentiasa menasihati anak-anaknya agar tidak membenci Kamal. Selepas berhenti kerja, Hawa terpaksa membuat kuih muih untuk jualan, untuk menampung perbelanjaan dia anak beranak serta ibu mentuanya, Mak Tok (ibu Kamal) yang tinggal bersamanya kerana Kamal sentiasa tidak menghulurkan nafkah perbelanjaan kepadanya. Bukan itu saja, dia juga terpaksa menanggung hutang bank, pinjaman peribadi.

Kamal seakan lupa tentang bayaran balik pinjaman tersebut, menyebabkan Hawa yang terpaksa menanggung beban. 


Min gementar berlakon

Pertama kali berlakon sememangnya memberi pengalaman baru buat penyanyi Min Yasmin. Tidak disangka pertemuan dengan A Aida membuka ruang untuk bergelar pelakon pula.

“Saya ikut Julfekar yang berbincang dengan Kak Aida untuk masukkan lagu Hilangkanlah yang berduet dengan Nikki Bacolod sebagai lagu tema. Tiba-tiba dia tawarkan saya cuba bakat untuk berlakon. Kebetulan ketika itu ada sesi uji bakat untuk cari pelakon drama ini, jadi dia suruh saya beraksi depan kamera. Terasa macam seronok pula dan saya akhirnya bersetuju.

“Awalnya kak Aida berikan saya watak kecil tapi dia lihat saya boleh kembangkan lagi karakter dan tukar kepada watak lain. Karakter saya sebagai Anita sangat fleksibel kerana ada pelbagai rupa,” katanya.

Min bersyukur kerana sebagai orang baru, dia banyak dibantu oleh pengarah dan pelakon lain seperti Lisda dan Farahdhiya.

“Keseronokan lebih pada nyanyian dan saya memang tak rancang untuk jadi pelakon. Pada saya ini kerjaya baru dan saya sanggup belajar dari bawah untuk berjaya. Walaupun awalnya susah, lama kelamaan saya dapat sesuaikan diri,” katanya.

Klip video khas lagu tema untuk drama ini turut dihasilkan yang menampilkan Min dan Nikki bersama barisan pelakonnya. 

Hilangkanlah dimuatkan dalam album Pinay Lullaby, satu kolaborasi penyanyi Filipina (Nikki Bacolod, Diya & Grendel) dan Malaysia (Min Yasmin, Rahayudean, Nyak Mira & Julfekar). 

Album ini diterbit dan diedarkan DREAM MUSIC MILLENNIUMART. Sementara di Filipina akan diedarkan oleh VIVA Records dan akan dilancarkan di Manila pada awal Oktober ini.


Aida belanja besar

Produser A Aida ketika ditemui berkata, ini projek drama bersiri keduanya selepas menghasilkan drama bersiri Putera Rayyan untuk slot Samarenda. Justeru dia cuba mencari skrip terbaik bagi ditampilkan kepada penonton.

“Saya gembira kerana TV3 terus memberikan kepercayaan kepada A Aida Productions untuk menghasilkan drama. Peluang ini diraih menerusi sesi ‘pitching’ yang diadakan. Saya ajukan kertas cadangan dan mereka bersetuju mengambilnya untuk slot ini.

“Selepas dapat skrip daripada Zakinah, saya tokok tambah beberapa elemen supaya drama ini lebih dramatik dan meninggalkan kesan di hati penonton. Saya faham penonton sukakan cerita yang dekat dengan kehidupan mereka. Kalau diikutkan saya sebenarnya suka tulis skrip sendiri. Namun disebabkan sibuk dengan beberapa projek lain, saya buka peluang kepada orang baru pula,” katanya.

Kata Aida lagi, dia juga tidak kisah terpaksa berbelanja besar menampilkan pelakon popular dalam dramanya kerana mahukan produknya berkualiti.

“Saya memang tak berkira sangat kerana drama terbitan A Aida Productions sentiasa membariskan pelakon hebat. Biarpun hanya drama, saya pernah tampilkan Farid Kamil, Wawa Zainal, Zahiril Adzim dan ramai lagi sebagai pelakon. Untuk drama ini, saya berani ambil Lisdawati, Farahdhiya dan Azhan yang memang dikenali peminat.

“Ini adalah ‘branding’ A Aida Productions dan rasanya semua stesen TV sudah tahu. Biarlah kena berbelanja lebih pun kerana dari situ orang akan kenal syarikat saya,” katanya yang turut mengambil Awie dan Yana Samsudin berlakon telefilem Malaikat Di Pintu yang akan menemui peminat menerusi slot Cerekarama TV3 Sabtu ini (24 Ogos).

5

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hafeeza 5-9-2013 10:28 AM
benci kat rozie tu...jahat gile
Quote kumanheart 5-9-2013 12:36 PM
Geram betul dengan madu tu
Quote Lavender_Violet 5-9-2013 01:09 PM
Drama ni editornya adik lelaki aku tp aku sendiri tak pernah tengok

Tayang petang2 time mcm tu tengah bertungkus lumus kat opis Nak tengok kat tonton mcm malas la pulak. Mcm x umph
Quote tepisket.. 5-9-2013 04:58 PM
Menjejeh air mata tgk si icha tu melalak!!
Quote syue86 5-9-2013 05:00 PM
kenapa cite ni tak diletakkan di slot akasia?
lagi best kot dari cite lain
Quote kumanheart 5-9-2013 05:30 PM
Lakunan lufya bagus gak
Quote DTECCONAN 5-9-2013 06:55 PM
slot Akasia kan untuk cerita2 Novel

kalau buat mcm dulu2, ada ulangan dekat TV9, 8.30 lagi okey
Quote cikara 5-9-2013 08:38 PM
Tertengok cerita ni tadi. Sungguh tidak sesuai minah baju belang merah tu jadi anak. Pastu melalak tak renti dari awal sampai tamat episod harini. Senin depan sambung meraung lagi kot.

Quote noxnox 6-9-2013 12:54 AM
lufya too old for icha. over acting imo. tgk lufya teringat ketiak basah beliau di af hahahahaha
Quote azilamie2 6-9-2013 01:51 AM
faradhiya nampak jahat dlm cite tu... ketawa jahat pun macam xdibuat2 heheh..
Quote kumanheart 6-9-2013 02:41 AM
azilamie2 posted on 6-9-2013 01:51 AM
faradhiya nampak jahat dlm cite tu... ketawa jahat pun macam xdibuat2 heheh..

Gitu lah jdnya, .bersuamikan lelaki dayus heheh
Quote berusjamban 6-9-2013 10:13 AM
tak ble blah 2 org opismate hawa tu...kayu sgt...mcm drama swasta tahun 80an dulu je
Quote tepisket.. 10-9-2013 04:50 PM
argggh!! dkt last2 ni mnyirap plak ngn si Rozie ni..
muke ko sungguh evil!!
Quote kumanheart 10-9-2013 05:58 PM
tepisket.. posted on 10-9-2013 04:50 PM
argggh!! dkt last2 ni mnyirap plak ngn si Rozie ni..
muke ko sungguh evil!!

Hidup watak tu
Quote tepisket.. 10-9-2013 08:48 PM
Aku harap sgt, si hawa tu ganyang mulut rozie.. tgok die marah pun relax je...


Y benarnye, time aku tgk derg gaduh, tringt rr gaduh ngn lisda.
Manelah x trjun kolam, lmbut sgt suare lisda ni
Quote DTECCONAN 10-9-2013 08:57 PM
si laki pangai mcm tah papa, yg isteri tu baik sangat, yg madu pula perangai hazab
Quote cocolava 11-9-2013 03:24 AM
Iols pun secara kebetulan tertukar channel tv3 semalam.. dengan mak iols turut sama melekat jam 4ptg arini semata2 nak tengok faradhiya..
Quote berusjamban 11-9-2013 03:55 PM
aku rase faradhiya ni mati nanti....
berdasarkan beberapa hint
Quote DTECCONAN 11-9-2013 04:06 PM
kalau tgk iklan ada tunjuk laki dia yg berbuih2 mulut

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.104038 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top