Awal tahun lalu, kecoh di laman sosial apabila seorang ‘intern’ merungut mengenai bebanan kerja yang diberikan majikannya dan menuduh syarikat tempat dia menjalani Latihan Industri itu menyuruhnya membuat tugas di luar bidang pengajiannya. Didapati, rata-rata netizen menganggap pelajar tersebut tidak pandai berdikari dan manja. Maka dengan itu, laman web Rileklah telah menyusunkan beberapa nasihat kepada graduan terutamanya anak melayu apabila mahu memohon pekerjaan dan sesudah diterima bekerja supaya tidak dilabel MANJA. 1. Apabila mendapat tawaran kerja, bekerjalah sekurang-kurangnya enam bulan di tempat tersebut untuk menimba pengalaman.
2. Apabila tidak berminat untuk bekerja lagi, maklumkan dengan baik kepada majikan. Bukan tinggalkan pejabat sesuka hati. 3. Sekiranya mendapat jawatan sebagai pereka sebagai contoh, tidak bermakna tugas anda hanya mereka bentuk sahaja. Tugas sampingan seperti menyapu sampah, kemas meja, susun buku, juga perlu dilakukan sekali-sekala. 4. Apabila ditegur majikan, jangan melepaskan kemarahan menerusi laman sosial dan menghasut pekerja lain. 5. Sekiranya kod pemakaian syarikat adalah kasual atau bebas, anda tidak perlu mengeluh untuk bergaya. Kenakan pakaian yang anda gemari kerana peraturan pakaian adalah BEBAS. Janji siapkan kerja. 6. Jangan memilih pekerjaan. Rebut peluang yang ada. Tidak semestinya dengan segulung ijazah kejuruteraan, anda WAJIB menjadi jurutera. 7. Bagi yang baru bekerja, jangan membazir dengan membeli gajet terkini yang tiada kepentingan. 8. Jangan jadikan pejabat lokasi pertemuan dengan kekasih mahupun rakan-rakan. 9. Hormati majikan dan rakan sepejabat. Jangan anggap dengan ijazah yang kita miliki, kita lebih hebat daripada orang lain. 10. Paksa diri untuk menyukai kerjaya sekarang kerana peluang pekerjaan yang anda dapat mungkin menjadi dambaan orang lain. 11. Bersabar dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan majikan dan syarikat. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, hargai peluang yang ada. Sebenarnya, kita boleh ajar diri kita untuk menyukai apa yang sedang kita kerjakan. Tak kenal, maka tak cinta. Jika gaji besar tapi hati tak gembira, masalah juga tu kan? - CARI
|
19
Bagus |
11
Marah |
25
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
anastasia7 replied at 17-4-2018 07:45 AM
Anak2 muda ada yg kurang adab. Sampai kat tempat kerja / praktikal pn terbawa2 perangai kurang adab, ...
SLAManya replied at 16-4-2018 11:23 AM
Mostly staff kat office i fresh grad dan i bangga diorang bagus sangat.. 90% chinese 10% malay
fushimi replied at 17-4-2018 01:23 AM
opis aku ramai junior and budak practikal semua cina
suruh je apa semua main angguk je
fushimi replied at 17-4-2018 09:23 AM
opis aku ramai junior and budak practikal semua cina
suruh je apa semua main angguk je
Red_mAnc replied at 17-4-2018 09:46 AM
Anyway nak komen ckit and shared pengalaman as a HR practitioner bila deal dgn graduan local especia ...
anastasia7 replied at 17-4-2018 04:33 AM
HR la yg byk jumpa perangai 'pelik2' kan.
Nak kata ipta xde program khas utk bantu kebolehpasa ...
Red_mAnc replied at 17-4-2018 09:46 AM
Anyway nak komen ckit and shared pengalaman as a HR practitioner bila deal dgn graduan local especia ...
ADVERTISEMENT