Restoran burger di Durham, Carolina Utara, menawarkan menu tambahan istimewa untuk pemilihan topping bulan ini, iaitu seekor tarantula! Pendekatan unik dan ‘menakutkan’ ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke premis tersebut. Mengikut keterangan di laman web restoran tersebut, Tarantula Burger yang dihidangkan secara eksklusif di Bull City Burger and Brewery pada April, merupakan burger yang dihidangkan menggunakan daging lembu dari lembu tempatan, disirami sos cili pedas, keju gruyere dan tarantula panggang. Menurut jurucakap restoran, pelanggan yang telah mencuba menu pelik itu memaklumkan rasa tarantula itu seperti ketam dan logam. Menariknya, rasa setiap anggota badan serangga tersebut adalah berlainan. Untuk menikmati menu ini, pelanggan perlu membayar sebanyak ASD30 (RM116) untuk menyertai satu undian. Mereka yang berjaya, berpeluang menikmati burger tersebut serta mendapat sehelai baju T. Seorang pemenang akan dipilih setiap hari dan nombor tiket mereka dikongsi di media sosial. Mereka kemudian mempunyai masa selama 48 jam untuk menghubungi restoran tersebut dan menetapkan masa untuk menuntut hadiah burger tarantula itu. Setakat ini, seramai empat orang pengunjung sudah mencuba menu tersebut dan restoran berkenaan memiliki sebanyak 18 ekor tarantula untuk dihidangkan kepada pelanggan. Selain burger tarantula, restoran tersebut turut menawarkan menu burger yang dihidangkan bersama daging buaya air masin, iguana, ular sawa, seladang dan kura-kura. Sungguh eksotik! Sehingga kini, apa makanan paling eksotik pernah anda makan? - CARI
|
5
Bagus |
1
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
1
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
damian_lee replied at 19-4-2018 01:13 PM
Nape aku rasa mcm sedap????
Crunchy ke kulit tarantula tu
Ala2 letak nachos. ...
ADVERTISEMENT