CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suami Isteri Jarang Bercinta? Awas, Tubuh Akan Mengalami Gejala Negatif Ini Tanpa Seks!

11-4-2018 01:00 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4203| Komen: 6|Original author: Oleh: Suzy

Adakah hubungan intim anda masih lagi berkualiti sepertimana di awal perkahwinan? Atau semangat sudah semakin lentur dan kurang berselera?

Jangan begitu, aktiviti seks amat diperlukan supaya kehidupan lebih ceria dan harmoni. Hormon terhasil daripada melakukan hubungan intim yang sihat banyak manfaatnya seperti memanjangkan usia dan menambah produktiviti di tempat kerja.




Baru-baru ini satu kajian telah dijalankan kepada lelaki dan wanita di Amerika Syarikat tentang kesan apabila aktiviti seks tidak dilakukan dalam tempoh yang lama. 

Kajian yang diperoleh daripada laman web Hackspirit mendapati, jika seseorang itu tidak melakukan hubungan seks dalam tempoh yang lama dia akan mengalami lapan kesan sampingan memudaratkan kepadanya. Jom tengok sama ada anda tersenarai dalam golongan ini atau tidak. 



1. Risiko penyakit jantung yang lebih tinggi

Kajian saintifik mendapati, lelaki yang melakukan hubungan seks dua kali seminggu mempunyai peredaran darah jauh lebih baik dan risiko arteri untuk tersumbat adalah lebih rendah.


Foto: Google Imej

Tetapi, faedahnya kurang jelas untuk wanita kerana perasaan ghairah mereka lebih kurang dan bergantung pada aliran darah yang sihat.


2. Lebih tekanan

Anda mungkin akan mengalami tekanan sama ada di temat kerja, rumah atau di mana sahaja. Bagaimanakah cara melegakan tekanan? Seks jawapannya. 

Seks meningkatkan tahap endorfin dan hormon kasih sayang atau oksitosin yang dihasilkan oleh otak. Kajian menunjukkan hormon oksitosin dapat mengimbangi kesan hormon yang menyebabkan tekanan. 


3. Pertumbuhan otak lebih perlahan

Bercinta dengan lebih kerap membuatkan fikiran anda lebih matang dan cerdas di usia tua nanti. Kajian mendapati tikus di pertengahan usia menghasilkan sel-sel otak baru selepas mengawan.


4. Kerap sakit

Sistem imun tubuh manusia mendapat sokongan daripada hormon yang terhasil ketika melakukan seks. Kajian menunjukkan ia menghasilkan lebih banyak Immunoglobulin A iaitu antibodi yang melawan penyakit seperti selesema.


Foto: Google Imej

Mereka yang melakukan hubungan seks dua kali seminggu menghasilkan 30 peratus lebih hormon tersebut daripada mereka yang menahan diri, menurut Universiti Wilkes di Pennsylvania.


5. Lambat berlaku ereksi

Lelaki yang tidak mengalami ereksi boleh merosakkan kehidupan seks mereka pada masa akan datang. Kajian menunjukkan lelaki yang jarang melakukan seks akan cenderung dua kali ganda mengalami ‘mati pucuk’ berbanding mereka yang melakukan seks dengan lebih kerap.


6.Risiko tinggi untuk kanser prostat

Hasil penyelidikan menunjukkan lelaki yang mengalami ejakulasi 21 kali atau lebih setahun mempunyai 33 peratus risiko lebih rendah untuk menghidapi kanser prostat.


7.Kurang pelinciran

Selepas rehat dari aktiviti seksual, vagina boleh gagal dilumasi dengan betul. Dipercayai, ia berpunca akibat kekurangan hormon estrogen, yang menjadikan wanita yang lebih tua mudah terdedah kepada kesan negatif ini.


Foto: Google Imej

Wanita muda antara usia 20-an dan 30-an kurang mengalami kesan negatif ini kerana mereka sudah menghasilkan banyak hormon.


8. Lemah syahwat

Setelah kehilangan pelinciran, tiada aktiviti seks untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan anda menjadi kurang berahi dan sukar mencapai klimaks. 


Foto: Google Imej

Pakar mengatakan, menonton pornografi boleh menyebabkan kaum lelaki menjadi kurang berahi di kamar tidur. Manakala, lelaki pada usia lewat dan awal 20-an yang menonton pornografi akan menderita masalah ejakulasi sepertimana dialami lelaki pada pertengahan umur.


Semoga info ini bermanfaat buat yang sudah atau bakal mendirikan rumah tangga. Yang belum berkahwin tu jangan memandai-mandai pula ya. - CARI

11

Bagus
20

Marah
20

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 11-4-2018 04:11 PM
ngarut jerk..
abis yg x kawin2 tu mcam mana..
Quote Jorja 11-4-2018 04:39 PM
Ni kalau manusia hedonisme baca ni pasti dia tanya balik kt kita so kenapa larang dia orang berzina
Quote dubuk 12-4-2018 07:51 AM
cerita mende gambar nombor satu tu
Quote olafhul 12-4-2018 08:18 AM
dubuk replied at 12-4-2018 07:51 AM
cerita mende gambar nombor satu tu


Quote dubuk 12-4-2018 09:25 AM

ooooooooooooooo.. thank you very much

Quote Zuhdi74 19-9-2018 12:41 PM
sekadar perkongsian ilmu yg hampir sama boleh klik link di bawah :

untuk info kesihatan sila klik link :
https://paklongmadupower.blogspot.com/

untuk info produk sila klik link :
http://themeramadupower.blogspot.com/

untuk rujukan aktiviti harian boleh klik link:
https://www.facebook.com/MaduPowerOfficial/

#madupowerofficial

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.077258 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top