"Beri ruang untuknya jadi lebih matang, bukan terus menghukum dan kritiknya terus-menerus." Selebriti popular Neelofa berkata demikian bagi memohon jasa baik orang ramai supaya memberi ruang kepada adik-beradiknya terutama adik bongsu perempuannya, Nur Ameera Khan untuk menjadi lebih matang dan belajar daripada kesilapan. Jelas pemegang trofi Top Top MeleTop Wanita Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) itu, tidak adil apabila adik-beradiknya dikecam netizen kerana mereka bukannya selebriti, lapor Media Hiburan.
"Sebenarnya tidak adil kerana mereka bukan secara langsung terlibat dalam industri seni. Mereka bukan selebriti terutama Ameera. Lagipun, dia hanya berusia 16 tahun, bakal menginjak usia 17 pada tahun ini. "Kadang-kala perlu diberi ruang untuknya menjadi lebih matang dalam proses menjadi dewasa, seterusnya belajar daripada kesilapan. Bukan terus menghukum dan mengkritiknya secara terus-menerus," katanya kepada MH.
Dalam masa sama, pelakon dan pengacara popular itu melahirkan rasa bangganya terhadap adiknya itu kerana memiliki semangat yang kuat. "Dia lebih kuat daripada saya sebenarnya sebab saya sendiri tak rasa boleh jadi sekuat dia ketika di usianya," jelas Neelofa. Neelofa akui, ada masanya, air matanya turut gugur di saat nama terpalit pelbagai kontroversi dan kecaman. Anda rasa, tindakan Neelofa ini akan meredakan kemarahan orang ramai terhadap Ameera atau sebaliknya? - CARI |
16
Bagus |
8
Marah |
26
Terkejut |
10
Sedih |
25
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT