Disebabkan desakan dari anak-anak, Rita Rudaini terpaksa membuka akaun Instagram untuk mereka. Namun aktres jelita ini tidak akan membenarkan merkea untuk mengendalikan laman sosial tersebut sendiri. “Saya buka akaun Instagram untuk mereka kerana mereka minta, kawan-kawannya di sekolah sudah ada Instagram dan sering mendesak mereka untuk membuka laman sosial itu. “Jadi saya buka jugalah, tapi saya yang pantau, saya tak benarkan dia baca komen, cuma saya akan tanya dulu nak muat naik gambar yang mana sahaja,” ujarnya kepada mStar Online. Malah semua mesej atau komen pun akan ditapis terlebih dahulu untuk kebaikan Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7. "Tak boleh, banyak bahaya dari baiknya, semua komen dan mesej saya akan baca dan balaskan. “Setakat ini mereka akur dan faham dengan apa juga syarat yang saya letakkan," katanya. Rita kata dia harus tegas dalam mendidik supaya mereka takut dan tidak akan terpengaruh dengan perkara yang bukan-bukan. “Saya kena tegas bagi mereka takut sedikit, perkembangan kanak-kanak sekarang berbeza, kadang-kadang kita tidak tahu pun muzik dan lagu-lagu baharu tapi mereka dah kenal artis luar negara. “Saya sudah pesan mereka hanya boleh cium dan pegang Mummy (Rita) sahaja, perempuan lain tidak boleh. Saya takut pergaulan di sekolahnya terbuka sedikit." Sebagai seorang ibu tunggal semua tanggungjawab mendidik anak di bahunya, jadi baguslah Rita ambil pendekatan sebegitu, betul tak? -CARI |
12
Bagus |
28
Marah |
17
Terkejut |
22
Sedih |
13
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Duta lover: Off jela komen?? Pastu private la kan..add kawan2 anak ko je. Kalau nk sgtla
“Saya sudah pesan mereka hanya boleh cium dan pegang Mummy (Rita) sahaja, perempuan lain tidak boleh. Saya takut pergaulan di sekolahnya terbuka sedikit."
ladybugz replied at 27-3-2018 06:56 PM
My 11 year old nephew pun dipaksa buka akaun instagram by his teacher kononnya nak jual barang onlin ...
chicozinn replied at 28-3-2018 09:55 AM
ade ke subjek IT kat skola rendah??meollsss xpenah dgar plak..
ADVERTISEMENT