CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Trend Diet Terbaharu, Hasilkan Badan Seperti Cinderella. Mampu Tak?

27-3-2018 04:15 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6018| Komen: 22|Original author: Oleh: Amiey

Description: Semua orang mempunyai bentuk badan idaman dan ada yang sanggup lakukan apa sahaja bagi mencapai keiinginan tersebut sehingga kadang kala boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan.
Semua orang mempunyai bentuk badan idaman dan ada yang sanggup lakukan apa sahaja bagi mencapai keiinginan tersebut sehingga kadang kala boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan.


Ini termasuklah dengan mengamalkan diet tak seimbang yang mengabaikan nutrien dan zat penting untuk tubuh badan. 


Terbaru, diet Cinderella pula menjadi 'trend' semasa di kalangan rakyat Jepun.

Puteri-puteri Disney selalu digambarkan memiliki pinggang yang sangat ramping dan bertubuh langsing dan ianya hampir mustahil untuk mendapatkan bentuk badan sebegitu di alam realiti.

Ter'inspirasi' daripada bentuk badan kartun Disney itu, diet Cinderella mula tersebar di kalangan wanita di Jepun. 


Formula untuk mencapai berat Cinderella ini adalah dengan mendarabkan tinggi badan (dalam meter) dengan tinggi badan, kemudian didarab dengan 18. 

Foto: Wolipop
Sebagai contoh: Tinggi 158cm. Jadi cara pengiraannya adalah = 1.58m (tinggi) x 1.58m (tinggi)= 2,4965. Kemudian, 2,4965 x 18 = 44.9Kg. Jadi, berat badan ideal untuk mendapatkan bentuk badan seperti Cinderella ini adalah 44.9kg sahaja!

Bagaimanapun, berdasarkan World Health Organization, 18 adalah indeks massa tubuh yang sudah masuk dalam kategori underweight atau kurang berat badan. 

Sementara indeks massa tubuh normal sepatutnya diantara 18.5 hingga 25.

Perkiraan yang sepatutnya adalah dengan mendarabkan tiggi dengan tinggi dan kemudian didarabkan pula dengan 20. (Tinggi x Tinggi x 20)

Contohnya: 1.58m (tinggi) x 1.58m (tinggi) = 2,4965. Kemudian, 2,4965 x 20 = 49.9kg. Jadi, berat ideal adalah 49.9kg

Jika dilihat,perkiraan berat ideal untuk mereka yang berketinggian 158cm mengikut diet Cinderella ini cuma 44.9kg. Manakala, mengikut perkiraan World Health Organization, seorang yang mempunyai ketinggian 158, perlu mempunyai berat ideal ini 49.9kg. 
Jauh berbeza bukan?

Diet berat Cinderella ini menimbulkan gejala kurang sihat. Seseorang itu akan merasakan dirinya gemuk walaupun sebenarnya dia sudah mempunyai berat badan yang ideal! (Foto: Carian Google)
Ini adalah sesuatu yang tidak sihat kerana dengan dikhuatiri mereka yang terpengaruh dengan berat Cinderella ini terdorong untuk tidak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat atau langsung tidak menjamah makanan yang akhirnya menyebabkan badan mereka lemah. 

Jadi, berhati-hatilah ye. Nak kurus tak salah, tapi jangan sampai anda berada di dalam kategori 'underweight' pula! -CARI
13

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 27-3-2018 04:52 PM
nangis xbelagu klu xmkn 1ari..
xdpt la pinggang cinderella..
Quote MissMamamia75 27-3-2018 05:02 PM
Dapat body kakak tiri cinderella pun dah syukur sgt..hahaha{:smile
Quote alieyrina 27-3-2018 05:31 PM
Mati hidup balik 18x pun aku rasa x dapat berat yg dia suruh tu..kecuali tiba2 sakit..
Quote noraidil_06 27-3-2018 07:15 PM
Tayah i ssh2 kire, sbb 158 adalah tinggi sy.yihaaaaa
Quote meisapoya 27-3-2018 07:31 PM
Org yg kurus kerempeng pon kire gemuk pakai standard ni....
Quote imransulaiman 27-3-2018 11:19 PM
MissMamamia75: Dapat body kakak tiri cinderella pun dah syukur sgt..hahaha{:smile

Hahahaha! Adoi lawak! {:good
Quote retnoel 28-3-2018 12:16 AM
No thnx.. Akak lbh suka badan yg curvy n voluptuous..hahaha..
Quote sabar_sabariah 28-3-2018 10:34 AM
berat cinderella aku is 52kg
so aku nak kena loss weight 16kg..
mampusss
nak hilang sekilo pun payah weh
Quote leylapple 28-3-2018 10:54 AM
berat aku 52kg skrg nie pun org ckp aku mcm org sakit...

kalau berat ideal patutnya 48kg nie masa aku remaja mmg berat max mcm nie... dpt gelaran cicak kubin, bini popoye zaman nie..

kalau ikut berat cinderella, aku patutnya 43kg... entah2 org panggil aku anoreksia pulak dah
Quote CardiGans85 28-3-2018 11:49 AM
Klu ikut cinderella diet, kena 47kg.

Berat sy skrg 52 kg dan suami ada ckp psl isu aneroxia. Fhm la sy...
Quote mieymiey 28-3-2018 12:59 PM
So berat cinderella iols sepatutnya 42kg. Masa zaman study iols pernah 41kg, tak sangka masa tu iols Cinderella
Quote insulin 28-3-2018 01:03 PM
mieymiey replied at 28-3-2018 12:59 PM
So berat cinderella iols sepatutnya 42kg. Masa zaman study iols pernah 41kg, tak sangka masa tu iols ...

So sekarang ni body you masih berat Cinderella ke?
Quote shernazz 28-3-2018 01:25 PM
Iols umur 18tahun berat 56kg
Masa tu pon iols rasa gemuk.lg
Skang pregnant berat 82
Ko rase ? Hahahahahaa.....
Quote sufi^_^ 28-3-2018 01:47 PM
Fad diet memang takkan berkesan untuk jangka masa panjang.
Sanggup ke terseksa tubuh badan, paling dasyat kalau sampai jatuh sakit.
Harap tak adalah gadis bbnu atau acik bbnu yang terpengaruh.
Quote iznanaziz 28-3-2018 02:18 PM
tak ada le aku nak badan cenggini.
dapat yg berat ideal pun dah cukup baik.

tu kalau dapat sakit, nyesal tak sudah.
Quote fishcracker 28-3-2018 02:23 PM
Menjelang ramadhan berat cinderella,menjelang penghujung syawal berat fairygodmother cinderella
Quote mieymiey 28-3-2018 04:17 PM
insulin replied at 28-3-2018 01:03 PM
So sekarang ni body you masih berat Cinderella ke?

Alhamdulillah dah bertambah 6kg sis. Masa iols seberat Cinderella semua kata iols umpama orang tak makan, tinggal tulang
Quote monmonku 29-3-2018 02:17 PM
MissMamamia75 replied at 27-3-2018 05:02 PM
Dapat body kakak tiri cinderella pun dah syukur sgt..hahaha{:smile

hehehe..betul tu
Quote beeeee 29-3-2018 02:57 PM
ya tohan ngeri aku kalau nak dpt kan berat cinderella ni. haha

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.124197 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top