CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"IC Malaysia, Tak Reti Cakap Melayu" - Rhys William Pelik Kenapa Ramai Malu Dengan BM

16-3-2018 01:57 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 8191| Komen: 23|Original author: Oleh: Ain

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia (BM) tertakluk dalam Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963 sebagai Bahasa Kebangsaan.

Namun, penggunaannya kian dipandang sepi termasuk 'Anak Malaysia' sendiri walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi memperkasakan Bahasa Melayu.

Perkara ini turut mendapat perhatian lelaki dari United Kingdom yang telah hampir lima tahun menetap di sini, Rhys William.

"Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Tapi, kenapa ramai warganegara Malaysia tak reti cakap BM, ataupun malu nak cakap BM?"
soalnya menerusi laman Twitter.

 


Posting Rhys itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan pengguna lain yang turut tertarik membincangkan isu berkenaan.


Alasan

 


Seorang pengguna berkata, terdapat banyak batasan menghalang orang ramai daripada menggunakan BM.

"Tolong senaraikan semua batasan tu. Ramai nak tahu kot,"
balas Rhys.

 



Selagi ada sekolah jenis kebangsaan, BM takkan dapat diperkasakan.
 




IC Malaysia, tapi tak reti cakap BM

 



Baru perasan, jati diri rakyat Malaysia semakin tipis


Foto: Twitter

Di manakah salah dan silapnya apabila rakyat sendiri malu bertutur dalam bahasa ibunda? - CARI
7

Bagus
11

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 16-3-2018 02:17 PM
en rhys tak tahu ke yg BM tak popular pun kat opis2 dan surat rasmi pun perlu ditulis dlm BI...
BM dah hampir pupus kat bumi msia ni selain kat froum cari je
Quote fliphair8 16-3-2018 02:40 PM
krustykrab: en rhys tak tahu ke yg BM tak popular pun kat opis2 dan surat rasmi pun perlu ditulis dlm BI...BM dah hampir pupus kat bumi msia ni selain kat froum c ...


Dalam ni bukan bahasa malaysia...dalam ni bahasa porem....hehehe
Quote debab76 16-3-2018 03:08 PM
bahasa ponen dlm forum cari siap ada kamus jgn di lupakan yach
Quote spiderman80 16-3-2018 03:22 PM
Kaum India ok lagi berbanding Cina menguasai BM.
Quote lonso 16-3-2018 03:36 PM
mengajar pengajian msia dkt ipts pon kene bahasa inggeris.. bgs jugak mat salleh totok ni persoal.. deme boleh je fasih bahasa melayu ..x lupe pun bahasa ibunda...
Quote mizruncing 16-3-2018 03:40 PM
porum cari je dlm BM dlm bhsa nk membawang
Quote kroit92 16-3-2018 03:47 PM
porum cari ni lagi la bahasa ponen dan bawang

masa aku mula2 join 11 tahun lepas, pening gila baca
Quote hyie 16-3-2018 04:55 PM
ummah suka cakap BM berslanga BI, nak2 huruf R. Pastu, kalau cakap BM mesti ada terselit istilah BI....x gitu sisturrr?
Quote ReginaGeorge 17-3-2018 08:24 AM
Tak malu ngan bm. Just malu ngan pm.
Quote giyomi 17-3-2018 01:11 PM
tang ni, bkn pelajar sekolah kebangsaan jer, anak melayu kita termasuk artis2 kekonon urban tapi jilat jari makan budu makan sambal belacan pon sama...meluat tul klu dak melayu ckp melayu tp ada slang omputih...puiii sgt. look at our own backyard before looking at others. Akak stuju dgn @hyie
Quote Catpaw 17-3-2018 11:05 PM
Edited by Catpaw at 17-3-2018 11:13 PM

Kalau hurup T Tu mesti nak bunyi omputih slang2 gitu. Ade retis mana tah sebutan ya ampun ala2 American Ku dengar lagu melayu tu  . memang iols tak dengar la babaaaiiiiii.     retis bbnu kot. Who r yuss je lah
Quote purpler 18-3-2018 01:11 PM
Edited by purpler at 18-3-2018 01:17 PM

kalau tgk kat youtube, majoriti org melayu kita nak ckp english jek....
kalau tak fasih siap cakap sorry segala...
apa susah2... cakap melayu jela, kan....
tapi kalau tgk youtuber indonesia, cina kat sana pun nak cakap bahasa indonesia....
yg ni budak korean dah lama dok indonesia pun tak malu nak cakap bahasa indonesia....[youtube]y9wV8TvuavU[/youtube]
Quote HannahMontana 18-3-2018 04:23 PM
orang rasa  ko kurang berpelajaran kalau tak ckp omputih heheh...
Quote ohnoLia 18-3-2018 07:33 PM
Ai pk sebab kehendak globalisasi maka kat opis2 mmg fully dah berenglish.... bm dah makin terketepi....  time interview pun kna english blaka la ni...  jd ibu bapa urban pun menyiapkan anak2 dgn english sejak paling awal. Malah ada yg siap dgn mandarin sekali...

Jd akhirnya create trend bhw org yg at least boleh ber english adalah gol org yg professional maju dan kehadapan...  
Quote exclusive_vvip 18-3-2018 08:46 PM
I ok je kalu opis2 guna @ kene interact dlm English...yg I heran dan menyampah tu, skrg ni ramai melayu yg acah2 x reti ckp melayu..pdhal dari lahir dok interact dgn family dlm bhs melayu, pastu masuk sekolah kebangsaan dari darjah 1 sampai darjah 6..pastu sambung sekolah menengah kebangsaan dari tingkatan 1 smpi tingkatan 5..masuk uni, dok campur pun sesama melayu...hujung2 skrg,claim tak terrer cakap @ tulis bhs melayu...kebabian apakah ini?...kot zaman sekolah dulu makpak antar sekolah international,tidaklah nak heran sgt klu kata x mahir bhs melayu...
Quote faraway1 19-3-2018 02:36 AM
rugilah tak tahu bahasa ibunda sendiri,
even my 23 bulan pun reti cakap bahasa melayu...

Quote Lollipop111 19-3-2018 07:41 AM
Edited by Lollipop111 at 19-3-2018 07:48 AM

Sebab kurang keyakinan diri padahal ini tanah air sendiri. Tu yang berselindung di sebalik bahasa Inggeris yang kononnya agar terlihat lebih berpelajaran... inilah satu stigma yang sukar dikikis sehingga sekarang. Orang Indonesia berkeyakinan tinggi malah bangga dengan pertuturan bahasa Indonesia. Mereka pon ada bahasa rojak juga malahan lagi hebat, gokil dan keren serta turut diraikan. Oleh sebab itu, bangsa selain Indonesia (Cina, Korea, Jepang, Bule (Orang berkulit putih) dll) di sana pon turut nak menyertai "kemeriahan" dan meraikan berbahasa Indonesia. <--- Ok tak bahasa Melayu saya? Mod Cari pon bagilah kredit untuk forumer yang menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk menggalakkan lagi.
Quote haryatie 19-3-2018 08:13 AM
pndai ckp org putih tu rsa tinggi sikit darjat..
tu yg malu2 nak ckp dlm BM..
Quote cik-jaja 21-3-2018 05:57 PM
tu tak cukup pelik Rhys..lagi pelik bila 'tak reti bahasa'

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060207 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top