CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Misha Omar Kesal Dengan Miss J

2-9-2013 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15508| Komen: 57


Misha nak saman siapa?

MISS J dapat tahu yang Konsert Jelajah 3 Permata membabitkan penyanyi Misha Omar, Adibah Noor dan Jaclyn Victor terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Sepatutnya konsert tersebut berlangsung di enam buah negeri iaitu Sarawak, Sabah, Johor, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur bermula awal bulan ini.

Tapi terpaksa dibatalkan sebab penganjur ada masalah. Miss dapat tahu ada sedikit konflik yang berlaku di antara pihak penganjur dan artis. Tak tahulah Miss J.

Tapi yang Miss J kasihan adalah nasib ketiga-tiga artis yang terlibat. Sebab selama ini mereka bertiga memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan Konsert Jelajah 3 Permata itu.

Jadi apabila konsert itu batal, tak pasal-pasal jadual seni mereka turut terganggu. Mana nak cari ganti job yang ditolak sebelum ini untuk menampung kerugian sepanjang memberi komitmen dengan penganjur?


Atas dasar rasa tertipu, Miss J dengar cerita penyanyi Misha Omar nak saman penganjur konsert itu. Sebab Misha lebih terasa dirinya teraniaya. Banyak job yang ditolak semata-mata untuk memberi komitmen dengan pihak penganjur.

Miss J dapat tahu kawan-kawan yang lain turut menyokong hasrat Misha. Sebab dengan cara itu artis boleh ajar pengajur yang tak pandai tepati janji.

Tindakan Misha itu boleh dijadikan pengajaran kepada pihak penganjur sebelum membuat perjanjian dengan mana-mana artis. Beringat sebelum terkena!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote strawbenna 2-9-2013 09:06 AM
mohtip reporter memandai mandai buat cerita?
Quote Mamason 2-9-2013 09:06 AM
Aper nak heran...wartawan malaysia kan serba serbi tahu..... tak payah interview...hal org lain semua dlm tangan depa..... besor sgt gamaknya jadi wartawan tuhhh
Quote malaywood.NET 2-9-2013 09:06 AM
maksud nyer artikel tu tipu lah yer..
apa nak jd wartawan ni...
mkn duit mcm tu lg..
Quote miawpink 2-9-2013 09:06 AM
miss j tu sape?
Quote malaywood.NET 2-9-2013 09:08 AM
vangang betol wartawan ni..saman jgn tak saman misha miss j ni
Quote larikesurga 2-9-2013 09:09 AM
Miss J - Aku harap ko lemas kat laut...
Quote beatgirlX 2-9-2013 09:10 AM
hurm..mana la wartawan ni dpt info?
org2 macam ni la yg menjatuhkan martabat wartawan2 lain yg betul2 buat homework..
suka carik jalan pintas je
Quote wickedcat 2-9-2013 09:11 AM
habis ler.......reputz nak keje senang...main tulis jer citer....harap misha saman missJ...
Quote strawbenna 2-9-2013 09:11 AM
miss J menjadi misteri..
patut reporter yg xde identiti ni dilemaskan jah..
Quote tomet05 2-9-2013 09:13 AM
sape la pulak nih
Quote nurfariezza 2-9-2013 09:15 AM
ketaq lutut ke miss J? hahha
Quote mycute 2-9-2013 09:20 AM
dah kantoi..
ada gak baca twitter misha semalam..

bila wartawan KOSMO nak buat follow up pasal kes ni,
misha suruh tanya miss J..

adakah wartawan kosmo ni nak cari miss J?
Quote debab_78 2-9-2013 09:24 AM
miss j = jenab, jijah, joyah, jezabell, jongos, jamilah, julia, juju, jolok, jajan, jeng jeng jeng, jojo, joko suprianto, julie, juling..

so, mana satu nama di atas nama sbnr miss j?
Quote strawbenna 2-9-2013 09:26 AM
miss J ni kenal ke tidak misha omar?
tah sape2 dia gi interbiu gamaknye..
Quote malaywood.NET 2-9-2013 09:36 AM
debab_78 posted on 2-9-2013 09:24 AM
miss j = jenab, jijah, joyah, jezabell, jongos, jamilah, julia, juju, jolok, jajan, jeng jeng jeng,  ...

tambah lagi
miss j = jamban,janda,jantan,

Quote coconico 2-9-2013 09:46 AM
Dpt info lepas menilik air dlm mangkok ala nujum pak belalang kot.....
Quote sokmogitu 2-9-2013 11:12 AM
lagu terbaru misha - bermimpi agak best. hot fm buat preview...tp jarang plak dgr lately
Quote nreezt 2-9-2013 11:12 AM
ini la miss J



Quote strawbenna 2-9-2013 11:30 AM
nreezt posted on 2-9-2013 11:12 AM
ini la miss J

kalo miss J ni memang mulut longkang

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062842 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top