CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rajanya Sambal, Jaguhnya Tilapia, Topnya Ayam Kampung - Yuk, Ke Cibiuk!

9-2-2018 10:16 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 3660| Komen: 3|Original author: Oleh: Zailina

Masakan Sunda, apa tu? Kalau belum pernah merasa masakan ini, anda harus singgah ke Rumah Makan Cibiuk yang semakin dikenali ini. Ia menjanjikan keenakan hidangan Sunda yang banyak terdapat di Bandung, kota yang sinonim dengan syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia. 


Wah, tak payah ke Bandung kalau nak nikmati masakan Sunda. Yuk, kita lihat apa yang ada di sini!


Cibiuk... dapat sambutan kerana menepati selera ramai

Rumah Makan Cibiuk Taman Putra Kajang (yang pertama, dilengkapi ruang makan untuk 100 orang, bilik mesyuarat untuk 15 orang, surau dan lain-lain) ini didirikan hasil usahasama gabungan para pelabur tempatan dengan pihak francaisor di mana ibu pejabatnya terletak di Garut, Jawa Barat. Memang selesa nak menganjurkan sebarang majlis atau pertemuan keluarga. 



Santai dan nyaman dengan alunan irama tradisional

Konsep 'fine-dining family restaurant' memang indah dengan dekorasi masyarakat Sunda. Iringan irama tradisional turut mewujudkan suasana 'rumah makan' sama seperti berada di Indonesia. Malah pramusaji juga berpakaian batik dan bertutur slanga autentik. 

Untuk merealisasikan kesinambungan Sunda, kebanyakan nama menu yang asal digunakan. Juga ada 'pondok' sambal untuk memilih sendiri pelbagai ulam-ulaman dengan beraneka sambal berlainan pedasnya.


Pelbagai pilihan nasi, ikan 'kipas' dan sup bikin kecur air liur

Udang goreng tepung dan sayur kangkung... mesti leka makan sampai tak sedar dah habis!

Demi mengekalkan rasa masakan Sunda asli, kebanyakan resipi dibawakan terus dari Garut (85 km dari Bandung). Jangan lupa pesan Nasi Luwet dengan Ayam Panggang berserta cebisan bawang berempah yang rangup!

Selain itu, ada pelbagai jenis nasi disajikan di dalam gulungan daun pisang, cucur jagung, tempe dan tauhu goreng serba bermacam jenis sayuran. Bukan itu saja, ada minuman dan jus serta beberapa hidangan sampingan popular sebagai penyedap rasa.


Aduh, enaknya Ayam Panggang dengan taburan rangup serta kuahnya

Kini ada 7 cawangan restoran ini di MITC Melaka, Shah Alam, Kinrara, Seremban, Kota Damansara dan berikut:

8 & 10, Lingkaran Mitc, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka
No. 25, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur. 
No. 1-G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, 43000, Kajang, Selangor, Malaysia


Apa kata bawa ayah dan ibu atau teman hidup ke sini, untuk makan masakan Sunda yang enak itu. Tak perlu ke Garut, Indonesia! - CARI
21

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
11

Sedih
19

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 9-2-2018 10:21 AM
Edited by aleesyasofia at 9-2-2018 10:23 AM

sedapnya.. nasi luwet dan ayam panggang.. lbh suka nsi ayam pnyet kat sana..
Quote meisapoya 9-2-2018 11:46 AM
Aduuuduuuduuu sambal dia {:cryrun
Quote beeeee 9-2-2018 12:25 PM
Teringin nak try bawak family tapi dengar harga mahal

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053392 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top