|
Masakan Sunda, apa tu? Kalau belum pernah merasa masakan ini, anda harus singgah ke Rumah Makan Cibiuk yang semakin dikenali ini. Ia menjanjikan keenakan hidangan Sunda yang banyak terdapat di Bandung, kota yang sinonim dengan syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia.
Wah, tak payah ke Bandung kalau nak nikmati masakan Sunda. Yuk, kita lihat apa yang ada di sini!
Cibiuk... dapat sambutan kerana menepati selera ramai
Rumah Makan Cibiuk Taman Putra Kajang (yang pertama, dilengkapi ruang makan untuk 100 orang, bilik mesyuarat untuk 15 orang, surau dan lain-lain) ini didirikan hasil usahasama gabungan para pelabur tempatan dengan pihak francaisor di mana ibu pejabatnya terletak di Garut, Jawa Barat. Memang selesa nak menganjurkan sebarang majlis atau pertemuan keluarga.
Santai dan nyaman dengan alunan irama tradisional
Konsep 'fine-dining family restaurant' memang indah dengan dekorasi masyarakat Sunda. Iringan irama tradisional turut mewujudkan suasana 'rumah makan' sama seperti berada di Indonesia. Malah pramusaji juga berpakaian batik dan bertutur slanga autentik.
Untuk merealisasikan kesinambungan Sunda, kebanyakan nama menu yang asal digunakan. Juga ada 'pondok' sambal untuk memilih sendiri pelbagai ulam-ulaman dengan beraneka sambal berlainan pedasnya.
Pelbagai pilihan nasi, ikan 'kipas' dan sup bikin kecur air liur
Udang goreng tepung dan sayur kangkung... mesti leka makan sampai tak sedar dah habis!
Demi mengekalkan rasa masakan Sunda asli, kebanyakan resipi dibawakan terus dari Garut (85 km dari Bandung). Jangan lupa pesan Nasi Luwet dengan Ayam Panggang berserta cebisan bawang berempah yang rangup!
Selain itu, ada pelbagai jenis nasi disajikan di dalam gulungan daun pisang, cucur jagung, tempe dan tauhu goreng serba bermacam jenis sayuran. Bukan itu saja, ada minuman dan jus serta beberapa hidangan sampingan popular sebagai penyedap rasa.
Aduh, enaknya Ayam Panggang dengan taburan rangup serta kuahnya
Kini ada 7 cawangan restoran ini di MITC Melaka, Shah Alam, Kinrara, Seremban, Kota Damansara dan berikut:
8 & 10, Lingkaran Mitc, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka
No. 25, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur.
No. 1-G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, 43000, Kajang, Selangor, Malaysia
Apa kata bawa ayah dan ibu atau teman hidup ke sini, untuk makan masakan Sunda yang enak itu. Tak perlu ke Garut, Indonesia! - CARI |
|