CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perang Besar Bakal Berlaku Di Bumi Arab

29-8-2013 12:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26124| Komen: 214

100 Peluru Berpandu Seawal Hari Ini         2013/08/29 -  05:26:09 Am       
London: Amerika Syarikat dan Britain akan melakukan serangan peluru berpandu dalam tempoh 48 hingga 72 jam seawal hari ini terhadap Syria jika pemimpin  negara itu memberi arahan bagi menghukum penggunaan senjata kimia.

Serangan ditujukan terhadap ibu pejabat kawalan tentera, pusat penghantaran senjata, markas perisikan dan kem latihan ketenteraan, lapor akhbar The Telegraph.      

Pemimpin tentera Amerika dan sekutu serantau di Asia Barat mencapai persetujuan itu dengan pembangkang Syria dalam sidang dua hari yang tamat di Amman, kelmarin.      
      
      
Mesyuarat dua hari itu menyaksikan Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika, Jeneral Martin Dempsey dan panglima tentera Britain, Jeneral Nick Houghton, membentangkan pelan serangan kepada ketua tentera 10 negara.


Persetujuan bersama dicapai bahawa tindakan perlu dilakukan terhadap Syria dan serangan peluru berpandu oleh tentera laut atau jet pejuang adalah cara terbaik, kata pegawai tentera Jordan.

Obama bersetuju

Presiden Amerika, Barack Obama dipercayai sudah bersetuju dengan pendekatan itu selepas berbincang dengan Kabinet Perang beberapa hari lalu.      
Sementara itu, pertentangan juga bakal disaksikan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas Britain memohon kebenaran melancarkan tindakan ketenteraan  meskipun ia hampir pasti disusuli veto oleh Russia dan China.

Kumpulan penyiasat senjata kimia PBB sedang menyiasat serangan gas yang membunuh beratus-ratus orang awam di kawasan  pemberontak di Damsyik.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon meminta  mereka diberi lebih banyak masa untuk menamatkan misi.

Persalah Bashar

Bagaimanapun, Amerika dan sekutunya di Eropah dan Asia Barat sudah pun menyalahkan Bashar al-Assad dan hampir pasti melancarkan serangan tanpa kebenaran PBB meskipun bila ia akan bermula tidak diketahui.

Kemungkinan Syria diserang meningkatkan ketegangan di antara penyokong Bashar, Iran dengan Israel.

Konflik di Syria sudah menyebabkan lebih 100,000 orang menjadi pelarian masuk ke Turki, Lubnan, Jordan dan Iraq.

Ia juga meningkatkan pertumpahan darah antara mazhab di Lubnan dan Iraq apabila letupan bom membunuh 65 orang.

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata tindakan Amerika akan membawa bencana  kepada rantau itu.

Seperti juga Russia, China tidak suka campur tangan Barat dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Akhbar Peoples Daily menyifatkan serangan udara akan menyemarakkan perang saudara di Syria bertujuan menjatuhkan Bashar. 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamat2009 29-8-2013 11:55 AM
mungkin kah rusia dan china akan bantu syria jika amerika dan sekutunya menyerang?
Quote Santeira 29-8-2013 12:02 PM
So it has come to this. Plan US/Israel nak jatuhkan kerajaan Syria menggunakan FSA, dan sepenuhnya media kawalan israel dan US tak menjadi, Assad dan tenteranya dapat bertahan. So terpaksa dorang serang terus Syria.

Rakyat Amerika pun tak setuju kalau US get involved:

Not really , im not against patriotism personally but im against fascism or ultra nationalism , i just say facts that hurt the well being of my nation and participation in wars like this do exactly that , you simply dont help someone if you dont have anything to win.


Quote ogata 29-8-2013 12:02 PM
can someone here explain dengan i kenapa Oman kuwait and Yemen tidak mahu dikaitkan dengan gugusan bangsa arab ni?

iols hari tu da customer dari kuwait oman and yemen..bila i cakap pasal syria pales and gaza dey ol sound irritate and kata we are not arab...

i was mm???????????????????????????
Quote Santeira 29-8-2013 12:03 PM
ogata posted on 29-8-2013 12:02 PM
can someone here explain dengan i kenapa Oman kuwait and Yemen tidak mahu dikaitkan dengan gugusan b ...

Dorang bukan Arab kot, dorang Persia/Parsi.
Quote solstice 29-8-2013 12:03 PM

The end is near
Quote ogata 29-8-2013 12:04 PM
Santeira posted on 29-8-2013 12:03 PM
Dorang bukan Arab kot, dorang Persia/Parsi.

owh ye ker???i tot mereka ni tak mau disamakan sebab arab-kulit hitam....
Quote Santeira 29-8-2013 12:04 PM
Dan of kos, yg paling bangang ialah melayu sunni caprut yg menyebarkan pelbagai2 fitnah yg direka FSA kepada melayu sunni caprut yg lain yang terus percaya Assad & tentera syria yg bunuh rakyat dia sendiri.
Quote ifanonline 29-8-2013 12:06 PM
in war, some will lose, and others benefit...

sebab tu perang sukar di haramkan...war is profit...war is business
Quote Santeira 29-8-2013 12:06 PM
ogata posted on 29-8-2013 12:04 PM
owh ye ker???i tot mereka ni tak mau disamakan sebab arab-kulit hitam....

Dop, dorang bangsa lain kekdahnya. Lebih kurang melayu dengan jawa la kiranya, bahasa pun lain.
Quote kegimaru 29-8-2013 12:06 PM
us bkn nk bom askar  basyar..diorg nk bom pemberontak
Quote ogata 29-8-2013 12:09 PM
Santeira posted on 29-8-2013 12:06 PM
Dop, dorang bangsa lain kekdahnya. Lebih kurang melayu dengan jawa la kiranya, bahasa pun lain.

bahasa or slang je lain??sebab dey ol kata bahasa mereka sama...

masa org kuwait datang tu ada orang yemen dalam bilit tu..mereka bercakap bahasa ereb (ereb ke) i guess so..tak kan nak cakap itik and ayam kan??

cuma perasan mereka ni stock stock kulit hitam.....



Quote dainese 29-8-2013 12:14 PM
pecayala..sure bom tu akan tersasar kat puak2 sunnah jugak..nih propa amazion je...
Quote Santeira 29-8-2013 12:14 PM
ogata posted on 29-8-2013 12:09 PM
bahasa or slang je lain??sebab dey ol kata bahasa mereka sama...

masa org kuwait datang tu ada  ...

Ada org parsi yg tahu bahasa arab. Kalau bukan parsi, maybe dorang Ethiopian mcm Bilal bin Rabah. Ethiopian kulit hitam dan pandai bahasa ereb.
Quote mizsrose 29-8-2013 12:14 PM
makin nak kiamat dah...
Quote Santeira 29-8-2013 12:15 PM
dainese posted on 29-8-2013 12:14 PM
pecayala..sure bom tu akan tersasar kat puak2 sunnah jugak..nih propa amazion je...

pandai pulak bom tu plih sapa dia nak target ikut mazhab eh?
Quote Santeira 29-8-2013 12:18 PM
kegimaru posted on 29-8-2013 12:06 PM
us bkn nk bom askar  basyar..diorg nk bom pemberontak

Mana ko tau? In denial? US, UK & Israel tuduh Assad guna bom kimia utk bunuh Syrians, itu alasan dorang nak campurtangan perang dalam Syria. Sebelum ni guna FSA tapi dah setahun lebih tak berjaya jugak.
Quote ogata 29-8-2013 12:20 PM
Santeira posted on 29-8-2013 12:14 PM
Ada org parsi yg tahu bahasa arab. Kalau bukan parsi, maybe dorang Ethiopian mcm Bilal bin Rabah.  ...

owh ye ker Bilal bin Rabah Utophia....

just wonder je kan..kita sini sibuk sibuk claim mereka arab bagai..padahal 3negera tu depan i tak ngaku arab...





Quote scorpionkiki 29-8-2013 12:21 PM
dainese posted on 29-8-2013 12:14 PM
pecayala..sure bom tu akan tersasar kat puak2 sunnah jugak..nih propa amazion je...

Berlakon saja.... US tak akan serang Iran dan Syria... syiah sekutu dlm kain depa... jgn tertipu dgn lakonan depa ni

Quote Santeira 29-8-2013 12:24 PM
Seperti biasa, melayu sunni caprut walaupun tanpa bukti, akan mengatakan Assad sekutu US/ISrael, walaupun dah jelas dan terang US dan Israel memusuhi Assad dan kawan FSA.

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.064022 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top