CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kuih Melayu Dikongsi Lebih 2,000 Kali Di FB! Kuih Apa, Tu?

20-12-2017 10:29 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 7467| Komen: 14|Original author: Oleh: Zailina

Kuih Melayu viral? Jarang dengar, kan? Selalu yang viral adalah kek, biskut atau manisan seperti pavlova dan churros. 

Talam Kacang Hijau adalah sejenis kuih yang sudah hampir 'pupus' kerana tak begitu dikenali. Tapi bila tengok gambar, memang menyelerakan sekali! Jom tengok apa lagi yang menarik pasal kuih ni.

Ia menggunakan empat bahan asas saja iaitu kacang hijau, gula, santan dan tepung beras. Daun pandan jangan dilupakan pula, ya. Kuih Melayu ni macam 'tak sah' pula kalau tak menggunakan daun pandan. Memang tak renyah langsung walaupun ia sejenis kuih yang dikukus. 

Kalau mengikut 'peraturannya', pasti menjadi sebab ianya mudah sangat. Bahan pun murah saja.


Bahan asas yang senang dibeli di kedai runcit


Yang paling penting bila membuat kuih ini adalah bab 'mengacau atas api perlahan sehingga naik wap'. Maknanya, kacau adunan sehingga nampak macam 'asap' di atas permukaannya. Jangan terlebih masak kerana adunan akan menjadi pekat dan susah nak dituang ke dalam acuan. Proses 'naik wap' ni sangat penting bila membuat sebarang kuih yang dikukus.


Senang nak buat dengan foto setiap langkah

Talam Kacang Hijau antara kuih yang terdapat dalam buku '101 Resipi Pengikat Kasih Mertua'. Ada 100 lagi resipi lauk-pauk, manisan, nasi, kerabu, ikan, daging, ayam dan lain-lain. 

Kebanyakan resipi adalah koleksi akhbar atau majalah sekitar tahun 1960-an. Boleh dikatakan, ianya resipi-resipi yang sudah jarang dibuat masa kini dan susah nak ditemui di mana-mana gerai atau restoran.


Berharga RM29.90, buku ini boleh dibeli di kedai buku Popular

Kena cuba buat kuih ni dan rasa sendiri sebab dah 2,618 kali ia dikongsi di laman Facebook (FB). Jadi, memang tak syak lagi ia amat popular. Malah, ramai yang dah mencubanya berkata, sedap gila!


TALAM KACANG HIJAU


Khasiat kacang hijau, lemak santan dan aroma pandan buat kecur air liur

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan gula halus
1 cawan tepung beras
1-3/4 cawan santan (1/2 biji kelapa)
3/4 cawan kacang hijau, direndam 4 jam, direbus empuk & dikisar halus

Bahan Lapisan Atas
2/3 cawan tepung beras
1-3/4 cawan santan (1 biji kelapa)
Garam secukup rasa

1.  Untuk Lapisan Bawah: Satukan semua bahan hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang 22cm yang dilengser minyak.
2.  Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
3.  Untuk Lapisan Atas: Kacau rata semua bahan, tapiskan ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan hingga naik wap.
4.  Tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

Petua: Bahagian bawah penutup kukus hendaklah dilap setiap 10 minit atau dibungkus dengan tuala nipis yang besar.

Senang saja nak buat kuih Melayu ni sebenarnya. Jom kita 'hidupkan' kembali kuih tradisi Melayu! - CARI
8

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
17

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 20-12-2017 10:53 AM
ak suke kueh tamingsari. dalam buku ni ade resipi tak.. huhu
Quote dubuk 20-12-2017 11:13 AM
hmmmmmm sedapnyaaaaa
Quote mizruncing 20-12-2017 11:52 AM
dah lame x mkn kuih
Quote pearl.silver 20-12-2017 01:18 PM
Suka kole kacang
Quote Cari-Faizal 20-12-2017 01:46 PM
Sedapnya kuih ni.
Quote sabar_sabariah 20-12-2017 05:08 PM
teknik nengok asap tu mmg aku setuju
tips penting kalau buat kuih kukus ni
last time aku join kelas buat kuih talam dgn chef terkenal (tapi maaf. aku tak kenal dia haha!)
memang di tekankan kat situ - tengok asap
Quote Cari-Zai 21-12-2017 09:04 AM
Edited by Cari-Zai at 21-12-2017 09:07 AM
chinta89 replied at 20-12-2017 10:53 AM
ak suke kueh tamingsari. dalam buku ni ade resipi tak.. huhu

Takde tapi kalau nak cuba, di bawah resipinya. Ada orang sebut Kuih Laman Sari. Dalam buku tu ada resipi Dodol Kukus, Hati Susu, Enche Abas Demam, Serikaya Pisang dll.

Bahan Lapisan Bawah
1¾ cawan tepung kacang hijau
1¼ cawan gula pasir
3½ cawan santan pekat (1 kelapa)
½ sudu teh esen ros
3 biji telur
Garam secukup rasa

1. Gaul (atau kisar) semua bahan di atas dan tapis. Kemudian kacau atas api perlahan.
2. Bila agak pekat, tuang adunan ke dalam loyang bulat 24-26inci (telah disapu minyak dan dipanaskan dalam kukusan).
3. Kukus selama 30 minit.

Bahan Lapisan Atas
6 biji telur
2½ cawan santan pekat (1½ biji kelapa)
1¼ cawan gula pasir
4 sudu besar tepung gandum
½ sudu teh esen ros
Garam secukup rasa

1. Gaul semua bahan di atas dan tapis. Masak di atas api kecil sehingga pekatsedikit.
2. Tuangadunan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 40-45 minit.
3. Biarbetul-betul sejuk sebelum dipotong dengan spatula plastik.



Quote chinta89 21-12-2017 09:40 AM
Cari-Zai replied at 21-12-2017 09:04 AM
Takde tapi kalau nak cuba, di bawah resipinya. Ada orang sebut Kuih Laman Sari. Dalam buku tu ada  ...



OMG sedapnya..... Tamingsari ni org tua2 lama buat mmg 'jadi'

org2 baru skg x jumpa lg yg buat btl2 sedapppp


tenkiu resipi. nt iols cuba.
Quote yangsemb 21-12-2017 10:36 AM
Emmmmm....mesti best
Quote ira_229 21-12-2017 10:56 AM
nak kena cari buku ni...i suka buku resipi yg isinya masakan tradisional tapi nak betul2 lah..
Quote shernazz 23-12-2017 09:51 PM
iols penah tgk buku resipi.kat popular
puteri ayu dengan.kelapa kuning
kuning tu maknanya dh lama
xlalu nak makan.apatah lagi nak.membeli buku tu....
nak buat buku resipi biarlah gambar nya proper
Quote CiliPadiSedap 22-2-2018 01:31 PM
sabar_sabariah: teknik nengok asap tu mmg aku setujutips penting kalau buat kuih kukus nilast time aku join kelas buat kuih talam dgn chef terkenal (tapi maaf. aku ta ...

Dapur rumah akak pakai electric asap xkeluar
Quote krustykrab 22-2-2018 04:21 PM
CiliPadiSedap replied at 22-2-2018 01:31 PM
Dapur rumah akak pakai electric asap xkeluar

kuih ni kukus la kak...bukan pakai oven..

teknik tgk asap tu masa masak adunan atas api tu, nnt adunan tu mcm berasap....i pun tak brp pandai teknik ni, sbb tak nmpk pun asap tu

Quote sapasapa 14-5-2021 05:55 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.279320 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top